5 TIP PENYUSUAN DI TEMPAT AWAM

Anggapan bahawa penyusuan di tempat awam adalah sangat rumit dan susah adalah tidak boleh di terima sama sekali. Ibu-ibu sekarang ni ramai yang telah membuka minda mereka untuk menyusukan anak dengan susu ibu sendiri selama 2 tahun. Tepi seperti yang kita tahu, bayi kita memang tidak boleh bersabar jika mereka terasa lapar. walaupun ibu bapa mereka sedang berjalan di tempat yang penuh sesak dengan lautan orng yang turut berada di kawasan tersebut. Jika bayi ada menangis dan mahukan juga susu di saat itu. jadi jom cuba 5 tips penyusuan di tempat awam ini ye. Teruskan membaca untuk mencari maklumat yang korang ingin ketahui. 


I) Gunakan nursing cover




menutup bahagian yang akan terdedah apabila menyusu bayi
Penggunaan nursing cover memang sangat membantu ibu-ibu menyusukan bayi walau di mana pun tempatnya. Bahagian hadapan akan di tutupi degan sehelai kain yang selesa dan tidak panas. Bersandarlah kepada dinding, insyaallah ibu dan anak pasti akan selesa. 


2)Berpakaian selesa

 Telah terdapat pelbagai rekaan Nursing close di pasaran seperti Jubah menyusu, blouse menyusu, T-shirt muslimah untuk ibu menyusu di pasaran. Pilih sahaja bekenan yang warna apa mesti boleh dapat. Sesetengah baju di reka khas untuk membolehkan anak-anak korang menyusu dengan selesa di khalayak ramai. Elakkan menggunakan baju yang menggunakan butang, ini kerana ia akan membuatkan korang berasa sedikit terdedah. 


3) Pilih kawasan yang agak terlindung

Apabila anak korang sudah mengamuk, itu tandanya sudah tiba waktu menyusu untuk bayi korang. Cari lah tempat yang agak sedikit tersorok dan kurang dilalui oleh orng ramai. Jika korang sedang berada didalam bangunan atau syoping complx, carilah bilik-bilik untuk nursing atau bilik persalinan bayi. Cara ni lebih memberikan keselesaan kepada ibu dan anak. 


4) Susukan sebelum keluar 

Jika korang bersiap awal, korang boleh lah memilih untuk menyusukan bayi korang dahulu sebelum keluar rumah. Maklum sahajalah apabila bayi terasa lapar, dia hanya akan berkehendakan susu tidak kira masa. Bayi yang kenyang akan berada dalam keadaan selesa. Tenang la sikit korang apabila nak mulakan aktiviti kan.


5) Bawa Peneman 

Kalu saya, saya hanya akan keluar apabila suami saya di sisi sahaja. bukannya mengada-ngada atau tidak boleh berdikari, tetapi saya akan berasa lebih yakin apabila mahu menyusukan anak ketika anak buat perangai di khalayak ramai. Masa anak menagis ni sekurang-kurangnya suami saya dapat temankan saya dan juga menjadi pelindung sewaktu nak menuyusukan anak. Tempatng yang paling saya memerlukan peneman adalah kitika menyuskan di kedai makan. fuuhhh mencabar sungguh ( untung nye la kan dapat lelaki besau.. =P)

Bila anak ceria , ibu pun rasa happy je melakukan aktiviti hariankan ?

Walaupun terdapat pelbagai cabaran ketika menyusukan bayi, korang sebagai ibu perlulah menyediakan minda dan azam yang kuat untuk menjayakan penyusuan ini. cabaran-cabaran yang mendatang ini pasti akan menjadi kenangan manis sewaktu melihat kejayaan anak-anak nanti. Percaya lah, anak-anak yang menyusu degan susu ibu pasti memilikan kepintaran dan lebih rapat degan keluarga bila besar nanti insyaallah...

Jom sembang-sembang mengenai pengalaman penyusuan korang. jom la tinggalkan ruangan komen di bawah atau pun boleh whatsapp saya di 0I8-2890438- lin ( umi Sobirin ; 2 thn 2 bulan). 

#Teknik mengeluarkan susu yang ibu-ibu wajib tahu

#kompilasi teknik membanyakkan susu ibu

#makanan tambahan untuk ibu menyusu



4 comments:

  1. betul betul, kena guna tips nih supaya senang nak susukan anak..tapi nursing cover tu tak sempatla nak sarung, anak tak menyabar..hihi

    ReplyDelete
  2. tu tandanya anak dah terlalu lapar la tu kn hehe..lin lagi suka kalu kt public area cm kawasan padang ke...sebelum keluar kereta bg susu. Demi menjaga mood baby sebelum beriadah. =)

    ReplyDelete
  3. yang mencabarnya kalao baby jenis dok tepis2 dan singkap2. adoihai lah anak. anak baby kecik x pe. ni yang dah toddler ni, sungguh la buat ibu rasa gelisah.

    ReplyDelete
  4. Antara faktor buat ibu2 bf ni malu dan segan nak NIP sebab ada orang usha pelik. Tapi demi baby, buat tak tau je. Mental kena kental. Hehe. Kang kalau baby kita nangis, kita jugak yang jenuh nak pujuk. Bukan diorang, ye dok? As long kita tak buat dosa, move on je dengan cara kita with the right way. :D

    ReplyDelete