TIPS UNTUK MERANCANG KELUARGA BERKESAN

Dari hasil belekan sebuah buku kesihatan pagi tadi, saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya rasa agak merungsinkan fikiran  ibu yang baru sahaja mendapat bayi baru. Ye la kan, baru je beberapa bulan melahirkan bayi selepas merasakan keasikatin bersalin, terdapat segelintir ibu yang merasakan sangat fobia jika terfikirkan untuk mengandung lagi. Ok jom teruskan membaca entry saya sehingga habis. Saya nak kongsikan beberapa tips untuk merancang kehamilan yang berkesan:

kesakitan ketika bersalin juga antara faktor ibu-ibu ramai yang fobia untuk mengandung lagi

Merancang keluarga mengikut hukum Islam:

Ada pendapat yang boleh dikaitkan dengan kongsep merancang keluarga dari perspektif Islam. Tanzim al Usrah, perkataan ini bermaksud menrancang keluarga dengan kaedah menentukan masa untuk melakukan hubungan suami isteri yang bertujuan untuk menyusun jadual kehamilan. Perkara ini mestila atas dasar persetujuan antara dua pihak.

Tujuan merancang keluarga yang dibenarkan oleh Islam. 

I) Merancang untuk memberi tempoh waktu untuk menyehatkan badan si ibu.

2) Memberi cukup masa buat si ibu menyusukan anak yang baru di lahirkan. Tempoh masa yang sempurna bagi menyusukan seseorng bayi ada 2 tahun. 

Surah al-Baqarah, ayat 233 :
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ
Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

3) kelonggaran kepada ibu yang mempunyai masalah kesihatan . Hal ini di khuatiri boleh mendatang kan kemudaratan kepada ibu dan juga anak.

4) Masalah ekonomi yang ditanggung oleh sesebuah keluarga seperti tidak cukup dan kurang berkemampuan

Antara kaedah merancang keluarga secara natural.
I) elakkan bersama ketika waktu subur. Korang boleh la waktu subur dan elakkan persama ketika waktu tersebut. Kepada yang masih belum tahu tu (terutama pengantin-pengantil baru ni take note ye) . Waktu subur adalah ketika ovulasi berlaku di mana ia terjadi I4 hari daripada kitar period korang yang pertama ( mengikut kitaran masing-masing ye)

2) Ejakulasi luar bagi mengelakkan sperma da ovum bercampur untuk di senyawakan. 

3) Breastfeeding sebaik mungkin, pengalaman saya susukan anak sendiri secara aktif selama 2 tahun , period saya terus stop. Apabila cukup je umur dia 2 tahun sebulan yang lepas, period da mula start datang. alhamdulillah hampir 2 tahun xde period, betul la pakar perubatan menyatakan yang breastfeeding ni merupakan perancang terbaik untuk menjarakkan kehamilan. 

4) Periksa lendir yang keluar dari faraj. Dikatakan watu adalah subur jika  lendiran kelihatan agak likat seperti putih telur. Elakkan bersama pada waktu ini. 

5)Senaman selepas bersama. kaedah ini adalah dari pengalaman makcik-makcik saya yang menyampaikan secara turun temurun. Senang je. Selepas bersama , pastkan korang tidak terus baraing ye. Berada dalam kedudukan meluruskan kaki kehadapan dan berlahan-lahan rendahkan badan korang smbil mencapai hujung kaki. lakukan selama beberapa kali. Sambil meluruskan tangan tu boleh la di baca 'Tabbat Yada Abi Lahabbiwatab'. kemudian picit kedua-dua ibu jari kaki.
6) amalkan memakan kunyit hidup sebagai ulam. kunyit juga dikatakan baik untuk mengatasi penyakit keputihan. 
Kunyit dikatakan mempu memberikan kesan panas di dalam badan kita

7)Pengambilan jamu yang bersesuaian dengan badan dapat membantu korang merancang kehamilan.

Kesimpulannya, anak adalah anugerah daripada Allah yang paling utama kepadaan manusia untuk menyambung zuriat. Apa yang penting di sebalik ikhtiar yang kita lakukan, kita hanya mampu merancang tetapi hanya Allah yang berkusa menentukan segala-galanya. Anak adalah rezeki yang teridah buat sesuatu perkahwinan. 


 

0 comments:

Post a Comment