ANAK ENGGAN KEMAS MAINAN SEHINGGA MENDATANGKAN KEMARAHAN IBU BAPA

Apa yang anda akan buat bila pulang ke rumah selepas penat seharian bekerja, bukak je pintu. MASYAALLAH..ni rumah ke `tongkang pecah` ni.  Rumah penuh bersepah dengan barang mainan yang di taburkan di atas lantai. Lagi dasyat bila kita terpijak mainan- mainan tu. Fuhh... Sabar ibu.. Sabar...Rasa nak marah kn, namun ku tahan jua bila terfikirkan, dia bukanny paham pun kalau kita beria marah sehinggakan keluar asap melalui  telinga sekalipun.

Untuk ibu bapa yang menghadapi masalah yang sama seperti saya. Jom kita kongsi tip mengajak anak kemas mainan.

ibu penat balik mudah marah apabila melihat mainan anak bersepah
anak saya juga suka sepahkan barang mainan seperti ini

7 TIPS MENGAJAK ANAK - ANAK KEMAS MAINAN

1. Puji krativiti susunan mainan anak

Walaupun tidak sempurna, sekurang- kurangnya mereka cuba untuk memastikan barang mainan mereka berada dalam keadaan kemas. Apa la salahnya kita memuji sedikit untuk meningkatkan motivasi dalam diri mereka untuk sentiasa kemaskan mainan selepas ini. Hal ini penting untuk membiasakan mereka mengemas selepas bermain supaya menjadi amalan sehingga besar nanti.

2. buat perjanjian sebelum anak mula bermain,

pastikan anda membuat perjanjian sebelum anak anda mula bermain. Hal ini penting untuk memastikan sebaik sahaja mereka selesai bermain, mereka perlu mengemaskan kembali barang permainan tersebut di tempat yang telah di sediakan. Jika tidak beri tahu mereka bahawa anda akan membuangkan mainan tersebut di dalam tong sampah atau barang mainan ini akan diberikan kepada  orang lain. Bila anda dan anak sudah ada persetujuan, selepas bermain kita ingatkan tentang perjanjian yang pernah dibuat. Kalau diingatkan pun dia tak mahu kemas, baru buang betul-betul, supaya anak tahu perjanjian dan peraturan yang dibuat adalah serius, bukan main-main atau senang diingkari.

3. Beri penghargaan kepada mereka

Apabila mereka berjaya mengemas balik apa yang mereka selerakkan, misalnya mereka tumpahkan air ketika makan dan bermain, anak anda mahu lap air yang ditumpahkan, tetapi cara lapnya menyebabkan air semakin merebak dan berselerak. Ibu bapa MESTI berikan penghargaan. Hal ini penting untuk menggembirakan hati anak disamping dapat memupuk rasa gembira untuk mengulangi perbuatan itu lagi.

4. Berlumba mengemas dengan anak

Anda boleh juga cuba turut sertai anak-anak anda bermain. Hal ini perlu kerana anak anda akan merasakan diri mereka dihargai dan disayangi oleh ibu bapa. Ketika ini anda boleh la adakan satu game perlumbaan untuk mengemas kembali barang mainan yang bersepah. Siapa dapat kutip paling bnyak dia lah juaranya....

5. Jadikan aktiviti ini sebagai sesuatu yang menggembirakan.

`make it fun`. Jadikan saat bermain ini adalah menyeronokkan. Anda sangat di galakkan untuk memasukkan unsur penceritaan dan juga bunyi-bunyian untuk menarik perhatian anak mengemas. Misalnya membuat bunyi lori sambil memasukkan lori ke dalam bekas mainan mereka.

6. Sentuhan terakhir supaya anak anda adalah juara. 

Anda perlu mengemas 80% dari sepahan tersebut, pastikan anak anda juga turut sama mengemas sebanyak 19%. Haha yang lg 1% ni tinggal kan untuk anak anda supaya mereka adalah juara mengemas pada hari tu. ''tahniah.. Anak umi dah jadi big boy dan juga  juara mengemas.. Yeayyyy''... Sambil tepuk tangan ke arahnya.

7. Berjanji akan main lagi

Pastikan anda telah bermain bersama anak , dipenghujung masa untuk bermain nyatakanlah kepada mereka bahawa ''jika anak umi ni mahu main lagi lego ni, kemaskan la dulu ye. Umi janji akan main sama- sama lagi''.
Lego dikatakan satu permainan yang mampu merangsang minda kanak-kanak.

Walau apa pun aktiviti anak anda setiap hari  sarat dengan aktiviti menerokai dunia baru, namun kesihatan mereka tidak boleh la diabaikan. Perkembangan minda mereka adalah sangat bergantung dengan kesihatan mereka. Anda boleh la memberikan makanan- makanan tambahan kepada mereka untuk meningkatkan imunisasi tubuh. Bila anak sihat , makin banyak aktiviti bileh dia jalani untuk dan belajar. Jika anda berniat untuk mendapatkan set kanak-kanak terbaik untuk anak anda , jom hubungi saya sekarang di 0182890438. Anak yang bijak bermula dari kesihatan yang baik. Jadi untuk dapatkan respon yang lebih cepat, boleh whatsapp / telegram / wechat saya ok.

0 comments:

Post a Comment