KESIBUKAN BERKERJA PUNCA GEMUK

Perkara kita biasa dengar, " Gemuk di sebabkan tidak berkerja", tidak tahu apa nak di lakukan... alahai.. makan..tidur..makan..tidur je la kejanya...Pantang nampak peti ais, kejap-kejap bngun bukak, kejap-kejap rasa nak selongkar apa lagi yang boleh di telan. Boleh di katakan, apa yang nampak depan mata, sedap ke x sedap, belakang cerita... janji boleh hilangkan boring duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa.. Selepas tu, boleh pulak tertidur depan tv.. betul ke tidak... korang pun selalu buat benda yang sama kan..kan..kan?? Tambahan pula sekarang pun da masuk musim hujan kan, Pagi-pagi sebelum memulakan hari siap pasang niat lagi '' petang ni nk g bejalan kat luar la.'' last-last bila smpai masa hujan la pulak.... huuuu ape lagi sambung tidur la kita.

kesibukan bekerja punca gemuk
Punca gemuk suatu ketika dahulu
Ahem..ahem... oh ini cerita dulu-dulu, Sekarang zaman da berubah. Orang ramai mengatakan STRESS KERJA yang menyebabkan berat badan naik, Gemuk Melampau... Hmmm. xpecaya.... tngok ni. keratan surat akhbar ahad lepas.
gemuk kerana kerja
Gemuk kerana kerja
Kebelakangan ini kita semua yang hidup di bandar, yang melibatkan kerja-kerja di office, duduk, tidak bnyak bejalan, sering kali dikaitkan dengan cara hidup yang tidak sihat. Ape tidaknya stree keja bnyak ... makan... lepas makan tenagh hari, sempat lagi tapau makanan kot-kot la rasa lapar masa keja sebelah petang nanti. makan..makan.. terus makan... sambil ketuk-ketuk key board makan. mana tak nak nya badan awak tu Cik Kiah oiii.......ini la yang dikatakan dunia da semakin berubah.

untuk atasi masalah sentiasa rasa nak makan ni.. cara saya saya akan sentiasa bersedia dengan ESP (Protein soya), lechitin dan Alfalfa. Tambahan saya adalah seorng ibu yang menyusu sepenuhnya ank bujang saya yang berusia 2 tahun beberapa hari lepas. oh perut... mamang la sentiasa akan berasa lapar.Alasan ibu menyusu boleh makan sesuka hati amatla tidak betul ye korang. Masa menyusu ni la kita nk maintain kn berat badan selepas penat-penat berpantang dulu... ye tak? hehe...

tip kurangkan rasa hendak mengunyah:

# makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap

# Banyakkan minum air suam.

# Kalu rasa nk kunyah juga, cuba amalkan makan buah-buahan

# Elakkan membeli ( stok makanan ringan) contohnya coklat, keropok, biskut manis-manis dan lain-lain

# boleh juga sediakan salad ringkas jika korang rasa nk mengunyah walaupun selepas makan. cth: epal + salad + angur + yogurt.

#amalkan supplement diet yang betul

ok la.untuk dapatkan bantuan dan nasihat mengenai vitamin slimming Shaklee untuk membakar dan menyingkirkan lemak, boleh pm atau wasap saya ye.

Lin Alin
0I8-2890438 

PANDUAN MAKANAN TIDAK SIHAT UNTUK IBU HAMIL

"TAHNIAH.... anda menagndung... " seronik kan bila kita dengar seorng doktor mengungkapkan ayat ini. Terasa di awang-awangan sekejap antara percaya atau tidak di dalam rahim kita hidup sesuatu yang boeh di ibaratkan sebagai tanda cinta kita terhadap suami. Dia awal fasa mengandung ni, banyak benda yang biasa kita makan kita perlu kurangkan , dan ade juga benda yang jarang kita makan kita perlu ambil lebih sedekit demi kesihatan anak. 

Tahukan korang, sebenarnya terdapat beberapa jenis makanan yang perlu di elakkan ketika mengandung?
Jom kita bincang apakah makanan yang perlu di elakkan ketika kehamilan. 

I. Alkohol

Minuman beralkohol adalah benda paling utama yang perlu di elakan oleh ibu mengandung. Dikatakan minuman berakohol akan menyebabkan pembantutan tumbesaran bayi dalam kandungan serta boleh merencatkan pertumbuhan sel-sel otak nya. 

2.Minuman berkafein dan bergas

Pengambilan minuman berkafein secara berlebihan dikhuatiri menyebabkan anak dilahirkan degan berat yang kurang dan menyebabkan risiko besar keguguran. Selai itu pengambilan air bergas dan juga coklat yang berlebihan berisiko menyebabkan anak besar dalam kandungan.  Pengambilan kafein yang berlebihan mampu merosakkan zat kalsium di dalam tulang dan membantutkan pertumbuhan tulang bayi korang. Namun kepada ibu-ibu pencinta setia kopi, yang la terlalu rungsing ye. Korang masih boleh menikmati kopi korang dalam kuantiti yang sedikit. Hadkan kepada kopi korang kepada maximum 200mg sehari (I2 ouns cawan). Xde lakorang mengidam pula nanti ye hehe.

3.Pil dan ubat-ubatan
Kita selalu dengar ibu-ibu hamil ni bertanyakan soalan sebegini. ''Boleh ke ibu mengandung makan penadol?''..."kalu ambil ubat batuk akan ade kesan ke tidak ke atas bayi dalam kandungan saya ni".. dan macam-macam lagi la. PAda pendapat saya, sebelum korang buat keputusan untuk mengambil sesuatu ubat atau pil, bertemulah doktor korang dulu untuk meminta nasihat. Sesetengah dari ubat-ubatan ini boleh memberikesan kepada bayi korang. Rujuk lah pakar sakit puan dan farmasi korang sebelum mengambilnya terutama pada fasa awal kehamilan. 

4.Merkuri
Sebagai seorang ahli kimia di salah sebuah pusat penyelidikan, risiko untuk terdedah dengan bahan merkuri ini adalah sangat tinggi. Tetapi harus di ingatkan disini. Merkuri bukan sahaja terdapat di makmal-makmal kimia sekolah, universiti atau pun pusat penyelidikan. Ia juga berada di sekeliling korang termasuk di dalam makanan korang.. Haa? betul ke?....

Ye betul, Merkuri juga terdapat di lama ikan bilis, "shark-fin", ikan tuna, Macerel dan juga ikan-ikan besar lain. Hati-hati juga degan makanan yang di dalam tin ye. Kandungan merkuri ini adalah sangat bahaya dan boleh menyebabkan masalah saraf kepada bayi korang. 

5. Daging mentah atau separuh masak / makanan mentah
Maaf kepada peminat daging mentah dan separuh masak. Pelbagai bakteria termasuklah bakteria toxoplasma yang tidak di perlukan oleh bayi korang banyak terkumpul di dalam makanan jenis ini. Elakkan memakan daging  atau ikan mentah seperti sushi, tiram separuh masak dan juga daging BBQ yang korang x pasti msak ke tidak. Cuba elakkan di sepanjang tempoh mengandung 9 bulan ni ye. 

Demi kesihatan dan perkembangan anak, apa salahnya ibu-ibu berkorban sedikit nafsu makan kan. Pejam celik pejam celik alah.. kejap je 9 bulan tu.... lepas tu da boleh makan la balik... hehehe... harap sedikit sebnyak entry ni dapat memberi manfaat kepada korang . Untuk ibu-ibu yang sudah bersedia untuk menyusukan anak. Jom tambah ilmu mengenai makanan harian wajib untuk tambah susu ibu. Persedian awal tu penting untuk memastikan kita bersedia di kemudain hari kn.

                                                    JOM BREASTFEED BABY KITA

Your Shaklee Distributor                                     

    Pn Lin Alin

SID     : 954892   
Tel       : 018-2890438
Fb       : Lin Alin
Fb Page: cutecottonshop.com    


GEMUK SELEPAS BESALIN, APA PUNCANYA?

Kita sering mendengr luahan rasa hati kebnyakan ibu-ibu yang merungut tentang kenaikan berat badan selepas besalin. Apakah yang menjadi penyumbang kepada msalah gemuk selepas besalin ini ye? jom kita siasat beberapa punca yang saya kira mungkin menjadi penyebab berpandukan pengalaman saya dan juga beberapa orng sahabat saya.

"Masa berat naik mendadak x rasa pape, semudah ABC, tapi nak turunkan baik kepada asal bukan main susah lagi".... anatara keluhan para ibu selepas besalin.

gemuk selepas besalin
Benarkah Bengandung punca kegemukan seseorng ibu ?

Vitamin Ibu mengandung seperti obimin menjadi sebab kandungan menjadi dan mengemukan?

Tidak sama sekali, menurut pakar-pakar perubatan pengambilan multivitamin seperti obimin bertujuan untuk menambahkan tahap darah merah ibu, bukan nya untuk membesarkan bayi dan juga menggemukan ibu semasa kehamilan mahupun selepas kelahiran. Malah multivitamin ini sangat di perlukan ibu mengandung untuk mengurangkan masalah pendarahan sewaktu prosess kelahiran. Saiz bayi di dalam kandungan besar pula lebih banyak di pengaruhi daripada baka atau adakalanya ibu menghadapai diabetis.

Berapa banyak kalorikah yang di perlukan oleh ibu sepanjang tempoh kehamilan?

Sebagai panduan untuk mengawal pemakanan dan berat badan semasa mengandung, anda tidak digalakkan makan dengan niat ' makan untuk berdua'. Ini penting untuk mengelakkan penambahan terlalu banyak berat badan. Seharunya kenaikan berat badan haruslah mengikut jumlah yang telah di tetapkan bagi setiap bulan kehamilan. Dikhuatiri kenakan berat badan yang tidak terkawal boleh menyebabkan ibu menghadapi risiko diabetis dan kesukaran ketika kelahiran akibat ruang untuk bayi keluar berkurangan. Jadi, para ibu perlu mengawal pemakanan dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan mengurangkan manis-manisan dan karbohidrat yang menjadi punca kenaikan berat badan.
punca masalah ibu gemuk selepas besalin
Risiko anak besar di dalam kandungan akibat jumlah pemakanan ibu yang tidak terkawal.

Dua punca yang di kenal pasti ni sering kali di jadikan alasan untuk mereka yang yang risaukan bentuk badan akan berubah selapas kelahiran. Seharusnya kita lebih peka kepada jenis-jenis pemakanan yang kita ambil sewaktu tempoh mengandung dan menyusu. Bukan sahaja dikatakan ibu mengandung sahaja sering menggunakan alasan ''makan untuk berdua'', masalah yang sama juga seringkali juga di gunakan oleh ibu menyusu. '' Saya perlu makan dengan banyak untuk memastikan kesihatan anak.'' Ini salah sama sekali kerana bukannya jumlah kuantiti makanan itu yang perlu di risaukan semasa menyusu, tetapi betul ke ibu menyusu ini mendapat vitamin yang cukup untuk menampung keprluan ibu dan anak. Makanan lah sampai pecah perut pun, tetapi hanya sebahagian zat dari makanan ini sahaja yang akan sampai kepada bayi anda melalui penyusuan. Amalkan lah pemakanan dengan cara yang betul untu mengelakankan masalah yang lebih teruk berlaku selepas kelahiran.Sekian.

''Cantik luar, cantik dalam, cantik selepas besalin, barula suami sayang''

TIPS PUJUK ANAK GOSOK GIGI

Pejam celik , pejam celik, minggu depan umur Sobirin akan genap 2 tahun. Terasa masa sangat pantasberlalu. gigi dia pun sudah genap I2 batang tumbuh. Pecaya atau tidak Sobirin da mula tumbuh gigi bawah sejak berumur 3 bulan lagi. agak mencabar juga la penyusuan Sobirin ni dalam tempoh 2 tahun di sebabkan dia yang tumbuh gigi awal. hehe.. Alhamdulillah rezeki ada gigi awal.



Tips memilih berus gigi yang sesuai bagi bayi dan kanak-kanak:

* Apabila gigi anak anda kurang dari I0 batang
Saya cadangkan beli berus gigi yang boleh disarungkan pada jari untuk memudahkan kita mencapai kawasan dalam mulut mereka. Pada masa ni kanak-kanak akan mengigit berus berkenaan kerana beraa tidak selesa dan  merasa gatal gusi. Ibu-ibu teruskan mengosok untuk memastikan nmereka biasa degan berus berkenaan. Saya mulakan tabiat mengosok gigi Sobirin degan menggunakan kain bersih. Apabila giginya semkain bertambah baru saya bertukar degan berus gigi yang di sarung di jari ni. 



* Apabila gigi anak lebih dari I0 batang
Semakin bertambah gigi anak-anak, ibu-ibu boleh la menukar jenis berus gigi yang lebih sesuai, iaitu bentuk yang hampir sama degan berus gigi orng dewasa. Boleh juga ibu-ibu memberi kebebasan kepada anak-anak untuk membuat pilihan sendiri warna da corak berus gigi pilihan mereka. Ini adalah untuk menggalakkan keseronokan mereka ketika memberus gigi. tetapi AWAS. saya cadangkan para ibu tidak melekankan lagi ubat gigi kanak-kanak ketika ni. Pastikan mereka selesa dahulu menggunakan berus gigi berkenaan dan ajar untuk meludah. Selepas 2 bulan atau keadaan anak sudah terbiasa degan habit meludah, baru llah kita boleh meletakkan umat gigi kanak-kanak ini. Sobirin suka ubat gigi berperisa anggur.  
  

Saya pernah menulis sebelum ini tentang Panduan dan cara-cara untuk memberus gigi anak

Tips menggalakkan anak untuk memberus gigi

tips anak suka gosok gigi
Berus Gigi kegemaran Sobirin

I) Selalu becerita atau beritahu anak secara berulang-ulang tetang akibat tidak menggosok gigi. Cara saya adalah dengan bercerita kepada Sobirin sambil mencari contoh-contoh yang berkaitan. contohnya setiap kali memandikan dia saya akan beceritakan tentang gigi kita yang pernah bertampal. Saya selalukatakan kepadanya jika Sobirin tak nak gosok gigi nanti mushrioom akan naik.. jadi la hitam-hitam cam gigi umi. Kalu da lama sangat tak gosok gigi. nanti gigi Sobirin akan patah semua dan kena la pakai gigi palsu sama macam tok ayah punya... ( sambil ingtkan dia gigi palsu tok ayah yang sellau di tinggalkan di dalam bilik air kt kampung. Jika para ibu tidak ade contoh gigi yang tidak elok, ape slahnya rajin-rajinkan diri goggle gambar-bambar gigi yang telah rosak. hehe

2)Selain tu anda boleh la pancing minat anak-anak memberus gigi degan memberi hadiah. Contohnya, selepas kita gosok gigi ni, abi akan bawak Sobirin g swimming. Play ground atau jalan-jalan. Atau apa-apa yang anda rasa sesuai la. Yang penting cuba bina minat anak-anak anda untuk memberus gigi setiap kali mandi.

3) Cuba cipta satu lagu untuk menjadikan proses memberus gigi anak-anak korang menarik... masa ni la anda boleh latih diri anda jadi composer lagu kanak-kanak yang hebat. Sobirin jenis suka lagu, tak kira la sumbang ke tidak umi dia menyanyi, dia akan trut goyang-goyang sambil mintak berus gigi.. hehe

Mulakan dari awal tabiat memberus gigi anak-anak kerana gigi anak anda amat penting walaupun gigi itu tidak kekal. Tanpa gigi, anak anda akan menghadapi masalah untuk makan dan boleh mengganggu tumbesaran mereka. Jika tabiat ini tidak diterapkan dari awal, juga di khuatiri mereka akan jadi malas untuk menggosok gigi bila besar nanti betul x.. hehe.... sekian

RAWATAN DAN CARA ATASI GOUT

Salam sejahtera dan Assalamualaikum semua. Hari ini saya ade buat sedikit research mengenai penyakit GOUT. Daripada hasil pembacaan ini saya ingin berkongsi serba sedikit kefahaman saya mengenai gout.

Apa itu gout?

sendi membengkak akibat penghasilan hablur kristal dari asid urik

Penyakit Gout ini boleh datang kepada kita sama ada menerusi keturunan atau pun kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan Asid Urik. Faktor pengambilan makanan yang terlalu banyak kandungan Acid Urik juga menyumbang kepada penyakit gout ini. 

Pemdapan Acid Urik ini lama kelamaan di dalam badan akan menyebabkan terbentuknya hablur kristal seperti pasir didalam sendi-sendi dan lama kelamaan akan menyebabkan bengkak kepada bahagian sendi. 

Antara makanan dan amalan yang boleh di amalkan untuk mengurangkan sakit Gout adalah:

i). minum air suam degan banyak terutama sebelum tidur.
2) Amalkan minum Teh Misai kucing 2 kali sehari.
3) Amalkan makan peria katak
4) Amalkan makan sawi pahit, kacang botor,kacang panjang, kailan, ulam raja, pucuk gajus, pegaga , dan sebagainya
5) amalkan makan minyak jagung
6) Amalakan makan dima/ cuka delima
7) Epal hijau 2 biji  seminggu sekurang-kurangnya
8) Gantikan penggunaan garam kasar kepada garam halus
9) Amalkan berendam di dalam air panas dan meminum air suam. 

Makanan tambahan untuk mengurangkan kesakitan Gout:


VIVIX - Kehadiran jus anggur ''Muscadine'' uang unik dapat membantu melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End products) yang menyebabkan kerosakan sell. 

# Omega Guard  - Kehadiran DHA dan EPA merupakan asid lemak 3 yang di extrak dari ikan yang hidup di kawasan laut dalam, mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit gout.

# Alfalfa - Diambil degan tujuan ntuk menurunkan asid serum (alkalin ) dalam badan. Bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh badan akan di nyahkan melalu prosess pembuangan. 

# Ostemetrix - baik untuk mengurangkan sakit dan bengkak









BAHAYAKAH MENYUSU ANAK KETIKA IBU DEMAM DENGGI?

Sejak dua menjak ni masalah DEMAM DENGGI semakin menjadi-jadi di negara kita. Statistik jumlah demam denggi yang dilaporkan semakin meningkat dari hari kehari di kaca television dan corong-corong radio. Keadaan ini sangat membimbangkan. jom kita kenal pasti apa kah punca masalah demam denggi ini.

nyamuk aedis
Nyamuk Aedis betina punca penyebaran wakak virus denggi

Apakah Punca Demam Denggi terjadi?

Virus Demam Denggi atau nama lainnya (germs flavirines), biasanya di sebarkan oleh nyamuk Aedes betina. Kebiasaannya demam ini mengambil masa selama 3 hingga 4 hari sebelum mula menunjukkan tanda-tanda virus ini telah merebak di dalam badan pesakit.

Punca Demam Denggi

antara pinca-punca yang di kenal pasti merebaknya virus demam denggi ni adalah:
*Keadaan longkang di sekitar rumah yang tersumbat dan dibiarkan tidak terurus tanpa dibersihkan. Sampah sarap yang tersangkut di dalam longkong tersebut tidak dibersihkan dan menyebabkan takungan air hingga menjadi markah pembiakan nyamuk-nyamuk aedis ini.
Antara tempat-tempat pembiakan Nyamuk Aedis
* takungan air di dalam rumah, kadang-kadang kita sendiri alpha dan tidak ambil berat mengenai takungan air di dalam rumah, misalnya di celah-celah pasu bunga, kolam air, stor-stor penyimpanan yang tidak di bersihkan dari barang yang boleh menakingkan air dan banyak lagi la. Berikut merupakan tanda-tanda anda terkena virus denggi:

Tanda-Tanda Denggi Kepada Kanak-Kanak dan Orang Dewasa

Tanda kepada kanak-kanak:
*demam
*hidung berair
*batuk
*ruam kulit yang ringan

Biasanya kanak-kanak yang lebih besar akan mengalami simptom-simptom yang lebih kurang sama seperti orng dewasa: antaranya adalah

*demam panas
*sakit dibahagian belakang mata dan sendi-sendi
*sakit kepala
*ruam kulit bertompok merah dan putih
*kurang selera makan
*loya
*muntah-muntah
*gatal di tapak kaki
*berasa lesu dan lemah badan

Bolehkah Ibu menyusu yang terkena Virus Denggi Menyusukan bayi mereka?

Boleh. Banyak pendapat-pendapat dari pakar perubatan, bahawa penyususan susu ibu harus diteruskan walaupun seorang itu sedang mengalami demam. Apabila seorang ibu sedang ‘demam biasa’ seperti selsema, sakit tekak, batuk, mereka digalakkan untuk terus menyusukan anak mereka. Ia tidak memudharatkan anak yang disusui.

Cuma apabila mendapatkan rawatan, harus memberitahu doktor bahawa anda sedang menyusukan anak, agar doktor akan memastikan ubat yang diberikan untuk merawat ibu yang demam itu selamat untuk diberikan kepada mereka. Dalam kebanyakan kes-kes demam, tidak satu pun yang menghalang pemberian susu kepada anak kecuali pesakit HIV atau keadaan itu terlalu lemah - sumber info Dr Zubaidi Hj Ahmad

Tips Atasi demam Denggi

# minum air suam sebanyak mungkin
# berikan sup ketam kepada pesakit
# minum I00 plus 
# berikan jus daun betik yang ditumbuk dan di perah untuk dapatkan jus nya.
# Jus buah kiwi fresh juga dikatakan baik untuk merawat denggi
# Jus kurma yang di bland bersama air suam juga baik untuk mereka yang terkena denggi.

Rawat Denggi dengan Supplement 

Performance Drink Shaklee

 

Disarankan juga korang mencuba makanan tambahan untuk menyahidratkan cecair dalam tubuh, Sama konsepnya dengan saranan minum air I00 plus, tujuannya adalah untuk mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh bagi mengelakkan dehidrasi ( kehilangan air yang banyak dlam tubuh). Tetapi awas. kepeda mereka yang pengidap penyakit kencing manis dan gaot tidak didalakkan sama sekali untuk meminum air I00 plus ni ye kerana kandungan gula dan gas nya sangat tinggi. Oleh itu saya cadangkan untuk semua ibu-ibu menyusu , mereka yang mempunyai penyakit lain selain dan terkena denggi, dan juga mereka yang ingin menjaga kesihatan supaya sentiasa mengambil Performance Drink Shaklee.  Dengan pengambilan Performance Drink ini akan membantu tubuh untuk berhidrasi dengan lebih baik. Terbukti dengan ujian klinikal dan yang paling penting ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat dan kurang gula.
NutriFeron the immune booster

Disamping itu, pengambilan Nutriferon juga adalah baik ketika terkena demam denggi  kerana nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit. Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya di dunia membantu mempertingkat interferon dalam tubuh. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit.

Mencegah lebih baik dr mengunati.

Jom teruskan pembacaan anda degan topik-topik pilihan terbaik:

#rahsia penyusuan tanpa stok EBM di dalam freezer 

#Tips elak susu merudum ketika period 

#cara gunakan susu ibu beku (EBM)

Your Shaklee Distributor                                    

    Pn Lin Alin

SID        : 954892  
Tel         : 018-2890438
Fb         : Lin Alin
Fb Page: cutecottonshop.com    


PENGEDAE SAH BARANGAN SHKLEE DI SEKITAR:
Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Sepang, Dengkil, dan postage ke seluruh Malaysia

BARANG APA YANG KENA ADA DALAM FIRST AID KIT UNTUK BABY?

Memang agak susah untuk kita sebagai ibu bapa memastikan anak kita duduk diam sahaja di depan kita. Hak bermain adalah hak anak-anak yang sememangnya tidak boleh di halang. Tetapi sebagai ibu bapa kita harus memastikan keselamatan anak-anak kita selamat. 

Malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa dan di mana kita berada. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar, saya sarankan untuk mengadakan fist aid kit ni di setiap rumah. Kelengkapan first aid kit ni bukan la tujuan untuk untuk merawat anak seperti seorang doktor merawat pesakitnya tetapi sekadar untuk bantuan kecemasan awal sebelum sempat berjumpa doktor.

first aid kit untuk baby
First Aid Kit untuk baby

Antra kejadian yang mungkin boleh berlaku di rumah 

I) terjatuh
2) Luka
3) demam
4) selsema
5) terkena gigitan serangga
6) melecur
7) cirit-birit
8) tercekik
9) kembung perut
I0)melecur

Jadi penyediaan first aid kit ni sangat penting untuk langkah awal rawatan kecemasan yang ringan untuk anak-anak kita. Simpan  kotak ubat-ubat ni di tempat yang mudah dilihan dan mudah dicapai semasa di perlukan. Ini First Aid Kit box untuk Ahmad Sobirin. saya dah stanby by jika perlu.
fiest aid kit
ini contoh fiest aid kit untuk hero kesayangan ku

Antara BArang yang perlu ada di dalam First Aid Kit box dan simpanan saya ni adalah:

I) termometer - menyukat suhu

2) cool fever - meredakan panas badan

3) Ubat demam (mengikut dose dan nasihat Doktor ye)

4) ubat batuk

5) Gel alovera - untuk kulit melecur

6) minyak baby - kembung perut

7)Bandage strip - (hansaplast) untuk menutup luka kecil

8) minyak gamat - meringankan luka

9)oral syringe - memberi bayi makan ubat

I0) lampu suluh kecil - untuk menyuluh jika didapati bayi tertelan sesuatu, elak tercekik

II)Calamine lotion / herbal bland - melegakan gigitan serangga dan masalah kulit


# yang paling penting saya rasa wajib ada bersama dgn first aid kit ini adalah number telefon kecemasan yang boleh di hubungi ketika perlu. Antaranya adalah ;

I) Klinik pakar kanak-kanak berhampiran  / Doktor keluarga anda

2) Hospital yang berdekatan

3)Balai polis dan balai bomba yang berdekatan

4) 2 orng jiran yang berhampiran
kemalangan ke atas kanak-kanak
Sentiasa fokus kepada aktiviti anak-anak kita. BAhaya menanti di manana-mana

Ambil Tahu Serba Sedikit tengtang Cara Rawatan kecemasan awal:

Setiap ibu bapa perlu mempelajari serba sedikit mengenai CPR kerana anak-anak berkemingkinanbesar terdedah degan kejadian seperti tercekik, sesak nafas, dan sebagainya. Ilmu mengendalikan anak yang terkena minyak panas, gigitan serangga, patah juga sngt penting untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih parah setibanya di hospital. Ilmu-ilmu seperti ini kita boleh dapati di klinik-klinik yang berhampiran. 


Semoga apa yang di kongsikan ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua demi anak-anak tersayang. 



TIPS ATASI KULIT BERMINYAK DENGAN RM 0.50 SEHARI

Sebut pasal kulit berminyak ni kan... memang kita semua tidak terkecuali .... Sesiapa yang cakap kulit dia x pernah berminyak tu memang tidak logik la ye. Segala kekotorang di sekeliling kita sudah memadai untuk membuatkan kulit kita menghasilkan minyak, melekit dan juga kelihatan berkilat.

testimoni diri sendiri....sebelum ni saya memang ade masalah jerawat, parut jerawat, dan kulit muka berminyak. Sejak dari dulu lagi sya memang tidak suka mengamalkan kosmetik dan juga produk kecantikan lain. Simple , mudah, cepat.... haha moto diri sendiri la sangat kan. pissttt korang yang ikut cam g ni ye... Pic pemalas nak jaga muka.. bukan tak suka sebernya, cuba cakap perempuan mana yang tak suka bercantik-cantik.. semua suka kan. same with me... tp di sebabkan kadang-kadang bila nk pegang make up je anak tarik kain... so pada saya xpe la.. utamakan anak dulu la...

vitamin C terbaik
Picture selepas penggunaan 2 botol vitamin C shaklee

Pergi kenduri kawen abang sendiri tanpa make up

Haha kalu di kenangkan kembali, sepatut nya sebagai the only one anak perempuan dalam fmly tu, masa hari bahagia abang sendiri harus la bercantik-cantik kan sebab nak bergambar. tapi tebalik pula, waktu ni muka memang x sememeh habis lah... peluh di dahi sibuk menyiapkan bahan hantaran yang last minit buatnye pun. degan x cukup tidur nye lagi... degan vitamin C shaklee ni.. saya bertambah yakin untuk keluar rumah tanpa make up. bakan msa ni je. smpai sekarang pun saya memang sudah tidak menggunakan make up. paling-paling rasa seperti nak sapu bedak. kebas je la bedak talkum anak.. hehe.. pengambilan vitamin C secara berterusan berjaya menghilangkan parut jerawat yang ketara ....

jom saya belanja lah satu gambar sebelum dan selepas penggunaan vitamin C ni. Kalau dahulu jerawat dan parut jerawat kiri kanan... sekarang da lebih yakin untuk tampil kehadan tampa make up. Jimat kos. Duit tak banyak habis untuk beli make up bukan-bukan. Sekurang-kurangnya dengan harga serendah 50 sen sehari, saya boleh berjimat dan merasa selamat dengan produk semula jadi.

Natural Beauty
Sebelum dan selepas.. insyaallah selamanya anpa make up. 


GEGEBLOG DAY 6 : Atasi kulit berminyak dengan Sustained Release Vita C

PEMBONGKARAN RAHSIA KEKAL CERGAS SELEPAS SEHARIAN BEKERJA

Tajuk ni memang menarik untuk di kupas, saya sendiri seorng ibu yang berkerjaya, bejalan sana si sini demi untuk membantu ekonomi keluarga dan juga merupakan ibu yang menyusukan seorng anak lelaki yang tersangat la lasaknya. Seorang full time house wife yang menguruskan rumah  eisyhhhs ... orng cakap wanita ni kalu ye pun fokus untuk berjaya dalam kerja. tapi hal-hal rumah tangga tidak boleh juga nak di abaikan betul tak?. Selepas penat seharian berperang di tempat kerja. Balik je kerja terus singgah ke taska atau pun rumah pengasuh untuk ambil anak.

ESP sumber tenaga
Ninja Mak tidak akan pernah mengalah kerana keletihan.
Anak ..... setelah seharian di tasaka masa yang sikit ni la juga dia nak bermanja degan kita. Belum pun sempat letak bag-bag yang penuh di bahu, dalam kepala setiap ibu-ibu ni sudah terbayangkan.. ''hari ni nak masak ape ye? semaknya rumah.nk mulakan mengemas dari mana dahulu ni?'' lepas tu mula la pegang itu tak kena pegang ni nampak sana da di sepahkan balik oleh anak bertuah kita tu kan.. Keadaan ni sememangnya sudah menjadi rutin harian saya. 8-9 jam di office, 6-8 jam bekerja di rumah sebagai agen Shaklee. Keesokan paginya sebelum anak dan suami bangun.. dah bermula aktiviti kita masak memasak di dapur untuk siapkan bekalan sarapan suami dan anak nanti....

Penatkan.. ini x termasuk kalu anak demam dan merengek tanda badan tidak sihat, kadang-kadang waktu tidur cuma 3 jam je sehari. menjadi seorang wanita berkerjaya ,juga ibu kepada seorng bayi, dan juga full time amik task sebagai isteri menguruskan anak memang memerlukan tenaga yang secukupnya. Jom saya kongsikan tips-tips kekal sihat saya.

tips kekal sihat Ninja Mak saya :

# amalan memulakan aktiviti harian dengan sesudu madu asli- dikatakan dapat membantu memberikan tenaga sepanjang hari.

# ambil sarapan yang agak berat- biasanya sakan akan pastikan sarapan saya lengkap degan sumebr tenaga seperti nasi, roti, dan juga mee.. Makanan ini sangat di perlukan oleh badan kerana pada waktu pagi ni, penggunaan tenaga untuk melakukan kerja-kerja analisis di dalam makmal sangat-sangat di perlukan.

# ambil supplement protein tambahan - untuk saya.. of course saya pilih Energy soy Protein (ESP) Shaklee. Sekadar berkongsi ape yang saya rasa sepanjang pengambilan ESP ni.. biasanya selepas balik dr kerja memang saya da habis energy. Orang kata bagai mengntuk di sorong bantal. Dapat 'landing atas lantai walaupun tiada bantal, merupakan satu nikmat yang tidak terhingga. terlalu penat. Tetapi bila teringatkan yang saya ade satu lagi perut kecil yang tengah membesar. tepaksa lah ku gagahi jua tulang 4 kerat ni untuk bangun mengetuk kuali dan periuk. untuk kekal cergas. saya pilih untuk minum ESP sebagai sumber tenaga sbooster saya. Pernah juga sebelum ni try tidak ambil selama beberapa hari... feuuhhhh penat teramat sangat.. eisyh... eisyh.. eisyh...... sebab ni la saya telah terjatuh cinta degan kebaikan ESP ni.
ESP dulu jom ...

# time management diri kena betul - jika korang ade jadual aktiviti korang insyaallah penat yang korang rasa juga boleh dikurangkan. Maksudnya disini, make sure korang pandai membahagikan masa untuk berkerja, membuat kerja rumah , dan habiskan masa berkualiti dengan anak dan suami. Jangan bertangguh kerja .. tanguh kerja bermaksud korang menempah hidup yang lebih memenatkan.

# Amalkam minum susu bercampur halia sebelum tidur - insyaallah berhasil.. saya da cuba amalkan minun susu suam bersama halia selama 3 minggu. Alhamdulillah sebaik je bangun pagi terus ke toilet untuk membuang semua toxin dalam badan. Kajian menunjukakan apabila usus kita sihat dan toxin semua sudah keluar dari badan. Badan kita akan rasa segar dan kekal sihat bertenaga. Kalau korang tidak percaya silakan cuba sendiri ye.. insyaallah...

susu sumber tenaga
rahsia kekal bertenaga teknik Ninja saya.. amalkan minum susu bersama halia sebelum tidur

GEGEBLOG DAY 7 : atasi keletihan bersama ESP

ATASI MEROYAN SECARA NATURAL

Penyakit meroyan atau juga dikenali sebagai kemurungan, biasanya lebih mudah mengginggapi wanita yang dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak. Di dalam ilmu perbidanan pula, penyakit meroyan dikatakan serius kerana sekali terkena berkemungkinan untuk berlarutan seumur hidup sekiranya di biarkan tanpa rawatan. Salah satu punca penyakit meroyan ini ialah darah bantal yang tidak keluar degan sempurna atau teratur, yang seterusnya boleh menjadi darah beracun. Darah Beracun ini akan menyerang saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita. 

Jenis-jenis meroyan

Sempat juga saya membelek-belek beberapa buku rawatan tradisional dan juga menyelak-nyelek info di google. Ringkasan dari kefaham saya terdapat beberapa jenis penyakit meroyan yang selalu menyerang kita. antaranya adalah:

I) Gila meroyan - keadaan angin serta darah kotor yang terkumpul dalam badan selepas berpantang. Ia boleh menyebabkan punca sakit kepala, sakit urat, dan boleh membawa kepada penyakit angin meroyan jika tidak dikawal. Keadaan ini berkemungkinan berpunca daripada pengeluaran darah kotor dari badan secara tidak sempurna. 

2) Meroyan Api - keadaan emosi ibu yang tidak stabil menebabkan si ibu yang kesakitan, keresahan, kebingungan menjadi garang, bengis dan juga boleh bertindak di luar jangkaan keatas bayi sendiri. 

3) Meroyan Urat - Ibu mengalami ketegangan urat saraf hingga kadang kala boleh menyebabkan kekejangan anggota badan secara tiba-tiba.

4) Meroyan Lendir - si ibu sentiasa kelihatan pucat, lesu dan mata pudar. juga menyebabkan keguguran rambut dan susut berat badan.

5) Meroyan Tinggal - si ibu akan bercakap atau membebel seorang diri. Sering bertindak di luar jangkaan seperti ketawa mengilai, cuba melarikan diri dari rumah dan memukul anak. 

6) Meroyan Bulu - ibu sentiasa merasa seram sejuk, mengigil dan menggeletar sehingga boleh menyebabkan kancing gigi

7) Meroyan Kulit - mereka akan sentiasa tergaru-garu kerana mengalami kegatalan pada kulit .

Rawatan penyakit meroyan

Meroyan , penyakit angin, dan juga ketegangan urat boleh di kawal secara natural. Bagi rawatan tradisional, penggunaan herba juga dikatakan dpat membantu mengurangkan masalah ini, Misalnya, dari pengalaman saya selepas melahirkan Sobirin 2 tahun lepas. Bidan yang mengurut saya menggunakan campuran beberapa jenis rempah untuk mengelakkan diri dari terkena penyakit meroyan. Sempat juga la saya bertanyakan itu da ini semasa bertungku. Antara herba yang digunakan adalah herba cekur, halia, kunyit dan lada hitam dikatakan bagun suntuk membuang angin dan berfungsi sebagai antioksidan serta antibengkak. 

rawatan meroyan
kepelbagaian herba untuk atasi masalah angin dan bengkak urat selepas besalin

Kalau dahu orng menggunakan semua bahan-bahan asli dengan kaedah tersendiri, sekarang kita semua juga boleh menjaga kesihatan dengan natural tampa melibatkan ubat-ubatan dan bahan kimia. Kini terdapat rumusan-rumusan bahan sumber alam ini dalam bentuk pil dan capsul. Terpulang kepada individu tersebut. Pengalaman saya masa berpantang sebelum ni semua saya ambil yang jenis pil je. saya jenis yang tidak boleh trima rasa pahit.. eeee x sanggup.. hehe..

Cara mudah untuk mengatasi masalah angin, kekejangan urat serta stress adalah dengan mengambil B-complex. kandungan vitamin BI, B2, B3, B6 dan BI2 baik untuk mengurangkan stress dan juga sakit kepala serta migrin. Sekrang baru saya faham kenapa setiap kali saya ke klinik mintak ubat migrin, doktor mestikan memberikan sekali vitamin B. Tujuannya adalah untuk mengurangkan begkak urat akibat angin, sakit urat bahu dan juga antistress. Pendek kata, B complex ni pun memang terbaik la untuk atasi masalah angin, stress, bengkak urat dan juga meroyan ketika di dalam pantang. Kalu dulu ubat migrin ni sentiasa menjadi peneman saya, sekarang alhamdulillah no more ubat dah sekarang sejak mengamalkan B complex ni setiap pagi. hidup jadi lebih sihat dengan hanya degan yang natural. =)

B complex
Peneman dahulu Vs Peneman sekarang



GEGEBLOG DAY 5 -Masalah urat lega dengan B-complex 

TIPS PILIH OMEGA-3 DI PASARAN

Omega-3 bukan la sesuatu benda asing didalam diri kita. Badan kita memerlukan asid lemak Omega-3 degan secukupnya untuk memastikan kelangsungan hidup yang sihat. Dari pembacaan saya, Omega-3 ini kaya dengan DHA (docosahexaenoic acid) dan EPA (eicosapentaenoic acid). Kedua-dua unsur  ini sangat diperlukan untuk mencegah penyakit jantung, penyakit alzheimer, dan depresi. Selain itu, sebuah penelitian juga mengungkap bahwa omega-3 berkaitan dengan usia panjang.

Dalam kebanyakan makanan yang terdapat di dunia ini, majoriti jika diajukan soalan asal usul sumber omega-3 terbaik .... rata-rata kita membayangkan ikan betul x?.. hehe saya pun sama, asal sebut omega je dalam kepala msti membayangkan ikan. Yes, memang betul.. ikan merupakan sumber tertinggi asid lemak omega-3. Bagi yang tidak suka makan ikan, jangan risau, hari ni saya akan berkongsikan mengenai sumber makanan lain yang mempunyai omega selain dr ikan salmon, ikan keli, ikan haruan dan pelbagai jenis-jenis ikan lain lagi. Walau bagaimanapun dikatakan Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan.

minyak ikan terbaik
Ikan Salmon merupakan sumber omega-3 yang tidak asing lagi.

Makanan sumber alam yang kaya degan Omega-3

I)Daging sapi yang hanya makan rumput
2) Biji flax
3)Telur ayam
4) kacang walnut
makanan yang kaya dengan minyak ikan
Makanan dari sumber alam yang kaya dengan Omega-3

Manfaat utama Omega-3

i) Disebabkan kehadiran omega-3 sering berkait rapat degan DHA dan EPA, antara kebaikan Omega-3 yang paling ketara adalah membantu mencegah penyakit darah yang berkaitan degan saluran darah tersumbat dan juga strok. Ia juga dapat membantu merendahkan paras kolestrol, dan menghindari pembekuan darah didalam salur darah, Mengawal masalah obesiti, serta membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

2) DHA adalah nutrien utama yang diperlukan didalam proses perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. Ia memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine.

3) Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru

4) kajian menunjukkan yang Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif

5) Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) - Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.

6) Mencegah Imsomnia dan membantu mengurangkan tekanan - EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety). neurasthenia, insomnia, autism, kanak2 hiperaktif dan penyakit schizophrenia.

Tips memilih suppliment omega 3 di pasaran

i) semak dose - suppliment omega 3 yang terbaik harus mempunyai I000mg DHA dan EPA. Kombinasi 2 zat ini menandakan tahap kualiti makanan tambahan tersebut.kedua zat ini mampu untuk menurunkan paras kolestrol dalam darah

2) omega untuk ibu menyusu - pilih suppliment omega 3 yang tinggi kandungan DHA nya.. kerana minyak ikan ini dikatakan mampu merangsang perkembangan minda bayi korang.DHA juga bagus untuk meredakan kemurungandan sebarang gangguan emosi atau stress

3) pastikan suppliment ini menjalani ujian penyulingan moleku. ujian ini memastikan toksindan bahan cemar seperti merkuri, plumbum dan lain-lain PCB dipisahkan dari minyak ikan ini.

4) pilih minyak ikan omega yang diperbuat daripada ikan yang tinggi asid lemak omega 3 secara semulajadi. Setiap ikan tidak mempunyai jumlah omega yang sama. Sebagai contoh ikan Tuna dikatakan kaya dengan omega. Sebaiknya pilihlah ikan yang terdapat di perairan sajuk dan  laut dalam.

omega terbaik dari sumber ikan laut dalam
minyak ikan laut dalam
omega guard
Omega Guard Shaklee adalah pilihan terbaik untuk kesihatan terbaik anda