SUMBER SEMULA JADI TAMBAH SUSU IBU

Kali ni saya x nak bebel panjang2.. just nk syer ngn para ibu ape yang perlu korang makan tuk tmbah susu ye....

1. Lobak putih
    sape yang lalu bleh la bland dan di minum jus nye.. saya x lalu.. huhu kalu masak je saya boleh makan. =)

2. Lobak merah
    boleh di cmpur dalam salad or boleh juga di masak sebagai sayur campur

3. sawi

4. Kuchai

5.Pucuk manis

6. Geti
    sayur yang sesuai dijadikan bahan masak lemak atau tumis air

7. Pegaga
    boleh la di minum jusnya..

8. Peria
    di makan sebagai ulam

9. Jantung pisang
    sedap di makan celur atau di buat kerabu

10. Oren
      sebagai sumber vitamin c juga...

11. Betik
     boleh dimakan pucuk atau buahnya sebagai milk booster

12. Halba
      rendam halba ni kemudia minum airnya begitu sahaja.

13. Jintan hitam
      boleh digunakan sebagai bahan asas masakan seperti sup, masak kicap dan lain-lain.

14. Barli.

15. oat

16. Kurma
      sedap jika di kisar bersama susu untuk mendapat rasa susu yang enak.

17. Longan kering
      di jadikan minuman kering

18. Tauhu dan tempe
      di goreng sahaja

19. susu

20. kacang soya...

*****Perlu diingatkan bahawa jenis-jenis makanan yang diambil ini hanya berkesan sekiranya korang merangsang payudara mengeluarkan susu.

Selamat mencuba =)


Your Shaklee Distributor                                    

    Pn Lin Alin

SID     : 954892  
Tel       : 018-9676986 / wasap 013-2787947
Fb       : Lin Alin
Fb Page: cutecottonshop.com   

PENGURUSAN SUSU IBU DARI 'A TO Z'

Alhamdulillah semakin ramai ibu-ibu di luar sana yang sudah open dan mahu menyusukan anak sendiri. Ramai juga yang telah bertanya-tanya saya cara-cara untuk menguruskan susu-susu perahan ibu ni.. jadi untuk memudahkan saya yang kuat membebel ni... terbuka pula hati saya untuk mewujudkan entry ni.. harap dapat membantu mammy di luar sana ye,

korang tahu x... sebenarnya susu ibu mengandungi banyak sel hidup. Sebab tu la, susu ibu perahan ni perlu disimpan menggunakan kaedah yang betul agar kandungan nutriennya kekal terpelihara dan tidak musnah... jom ikuti tekni penyimpanan susu ni dari step A to step Z ye.

A - pilih bekas yang sesuai dan disteril terlebih dahulu untuk menyimpan susu. Pastikan bekas itu boleh di tutup degan rapat. Bekas kaca dan plastik keras ( cthnya : plastic storage bag x kisah la jenama ape pn pilihan saya) adalah lebih baik kerana dapat menyimpan susu-susu ini dalam tempoh yang lama disamping menjimatkan ruang freezer korang.



B - kalu korang pilih tuk guna plastic storang, pastikan ia tebal dan tidak bocor ye.. kang ade plk yang nangis putih mata kalu susu plastik tu bocor t kn.

C - kalu korang pilih nk simpan susu di dlam bekas  yang keras pula. pastikan yang ade penutup ye.. ini boleh mengelakkan susu korang berbau mcm2 k.

D- Jangan sesekali menggunakan plastik aiskrim untuk menyimpan susu kerana ia tidak bersih dan mudah pecah. Di kuatiri boleh merosakkan kualiti susu tersebut

E - jangan gunakan bekas yang bewarna kerana di takuti kalau-kalau warna tersebut luntur atau meresap ke dalam susu.

F - Pastikan bekas yang di gunakan di steril degan baik sebelum digunakan.

G - SUSU IBU BOLEH BERTAHAN SELAMA 4 JAM PADA SUSU BILIK (yang tidak melebihi 25 dgree)

H - susu ibu boleh bertahan 3 - 5 hari di dalam peti ais bersuhu 4 dgree atau lebih rendah. Simpan susu di ruangan paling dalam dan jauh dari pintu ye... untuk memastikan suhu tidak berubah berbanding kawasan berhanpiran pintu .

I - dalam freezer pula ( bersuhu -20 dgree) ... deep freezer la maksud saya, susu boleh bertahan 6-12 bulan.  tetapi jika di simpan didalam freezer 2 pintu peti ais.. susu anda hanya boleh bertahan 3-6 bulan  sahaja. Tetap anda sisarankan untuk meng   gunakan susu tresebut tidak melebihi 3 bln ( mengikit penggunakan freezer peti ais tersebut)

J- Susu yang di alihkan dari freezer hanya tahan 24 jam sahaja ye.

K - Elakkan menyimpan susu bersama2 dengan makanan lain degan tidak menutup... di  kuatiri susu ibu akan tercemar degan bakteria2 lain pula.

L - Susu- susu yang di pump dalam hari yang sama boleh dicampurkan ye.Tetap pastikan korang samakan  dan sejukkan susu ini terlebih ( sekurang-kurangnya sejam) dahulu sebelum mencampurkan mereka.

M - Buat peraturan.. susu yang di bekukan adalah bekalan untuk sepanjang hari bersama pengasuh.. manakala susu yang di simpan dalam chiller adalah susu fresh untuk  di simpan / dibekukan. seelokkanya... pastikan anak- anak korang di bekalkan juga sebotol 2 susu2 fresh ye.

N- Pastikan 60% susu fresh dan 40% susu yang di nyah bekukan di bekalkan kepada pengasuh sehari ye.. sbb susu fresh mempunya banyak antibody yang aktif berbanding susu perahan .

O - ANDA PERLU SENTIASA MELEBELKAN SUSU MENGIKUT TARIKH DAN MASA SUSU DIPERAH. KEMUDIAN GUNAKAN SUSU YANG MULA DI PERAH TERLEBIH DAHULU.

P - jika ank anda di tinggalkn dirumah pengasuh atau taska.. pastikan nama ank anda ditulis dengan jelas untuk mengelakan tertukar susu ye... ni sngt penting.. takut2 kang x pasal2 korang ade ank susuan plk kng.. huhu

Q - Pack kan susu hanya cukup-cukup untuk sekali penyusuan sebotol.. ctn 2 - 3oz sahaja per botol.... kemian darapkn dengan brape kali agk2 ank anda akn mintak susu sehari.... cthnya.... jika ank d tinggalkn selama 8 jam....tinggakanlah 4 hungga 5 botol yang berisi 2-3oz susu setiap botol ye... ikut keperluan ank anda.

R - susu ibu yang telah dipanaskn perlu dihabiskan 1- 2 jam. kalu x habis.. jangan la sayang tuk buang ye.

S - Susu ibu dikatakan basi jika bebau dan rasa masam seperti santan basi.

T - panaskan susu dengan merendamkan nya dalam air yang bersuhu 40 dgree supaya nutrien nya tidak rosak.

U - susu yang di cairkan tidak boleh di bekukan semula.

V - Tinggal kn sedikit ruang di dalam plastik penyimpanan susu untuk memastikan susu dapat mengembang sewaktu di bekukan .


 

W - susu ibu perlulan di bekukan jika tidak di perlukan dalam tempoh 4 - 5 jam

X - pastikan korng guna ice pack yang cukup tuk sejuk kan susu ibu perahan di office.

Y- make sure susu yang dibekukan di dalam plastik bag tidak terjatuh atau terhentak kerana ditakuti akan menyebab kn plastik penyimpanan susu itu bocor.

Z - JIKA STOK SUSU IBU BEKU TELAH MELEBIHI JANGKA HAYAT, JANGAN SESEKALI BERASA SAYANG TUK MEMBUANYA .

Di harap pengkongsian ini sedikit sebanyak dapat  membantu anda ye... peringatan ni juga tuk diri saya sendiri.. Semoga Allah memudahkan urusan korang  semua ye... JOM BREASTFEED BABY KITA =)


Your Shaklee Distributor                                    

    Pn Lin Alin

SID     : 954892  
Tel       : 018-2890438 (wasp/wechat/telegram/sms/call)
Fb       : Lin Alin
Fb Page: cutecottonshop.com   

MAKANAN HARIAN WAJIB UNTUK MENAMBAHKAN SUSU IBU

Sebagai seorng ibu yang menyusu, penjagaan diet harian adalah sangat penting untuk menjaga kuantiti dan kualiti susu korang. Salah satu jalan yang terbaik adalah degan menjaga pemakanan di dalam tempoh penyususan ini. Insyaallah saya akan berkongsikan sedikit tips degan korang semua ye... =)

 

Selepas membuat sedikit research untuk diri sendiri.. saya ade satu conclusion mengenai beberapa jenis makanan yang patut di ambil oleh ibu2 menyusu. Saya rasa patut ibu2 menyusu yang lain juga tahu... nk tahu makanan ape yang saya maksudkan... jom truskan pembacaan ye.

1.Ikan Salmon
-ikan salmon ini terbukti mempunya lemak sihat yang di sebut DHA. sangat sesuai untuk pekembangan minda bayi korang ye.. kalu x de pn..boleh gantikan degan ikan keli dan haruan... murah pn murah kn...

 

2.Barli.
- barli dikatakan dapat meningkankan kuantiti susu ibu.

3.Produk Susu Rendah Lemak
-x kisah la korang suka yang mana, baik susu, keju or yogurt...Produk-produk ini mebekalkan protein, vitamin D dan Vitamin B kepada kita.. Selain itu..susu juga sumber kalsium kepada kita.

 

4.Kekacang
-Kacang-kacangan, terutama yang berwarna gelap seperti kacang hitam dan kacang merah, adalah makanan untuk ibu menyusui yang sangat bermanfaat. Bukan saja mereka kaya akan zat besi tapi juga kaya dengan protein berkualit... pengambilan tempe juga sngt bagus untuk diet ibu menyusu.

5.Telur
-Kuning telur adalah salah satu sumber vitamin D – nutrisi penting untuk menjaga tulang korang supaya kuat dan membantu tulang bayi korang tumbuh dengan baik. Selain itu telur adalah cara mudah untuk memenuhi keperluan protein harian kita. ( baru perasan masa dalam pantang patut la mama tiap-tiap pagi gorengkan saya telur mata untuk bersarapan - orng dulu berpantang x bagi kita makan telur takut gatal katanya.. tp saya ni pantang nampak makanan x kira la gatal ke x.. menyusu mmg selalu buat kita lapar sngt... alhmdulillah ok.. saya amalkan sehingga la sekarang.... saya da jd bahan uji kaji kiranya nih..al maklumla mak mertuaku adalah nurse pencen.... hehe ) ade sape2 brani nk try...weee

6.Sayuran hijau
-Sayuran hijau seperti bayam, kangkung ,brokoli serta kacang panjang sangat kaya dengan vitamin A, yang perlu untuk bayi korang. Sayuran juga merupakan sumber kalsium, vitamin C, zat besi, antioksidan dan rendah kalori.Saya ada dengar kubis boleh mengurangkan susu.. kalu kita mengalami bengkak susu pun kita gunakan kelopak kubis untuk mengurangkan bengkak.. yang ini saya xperna try makan lg.. takut juga saya kalau-kalau mengurangkan susu,, so saya memang pantang kubis smpai sekarang.

 

7.Air
- Dehidrasi akan menurunkan tahap tenaga seseorang secara drastic. Untuk meningkatkan tenaga korang pastikan korang minum air yang banyak ye...pastikan anda minum air masak 8 gelas sehari... kalu yang minum lebih lg bagus k..

8. Elakkan Minum Kafein
- kalu nk minum jugak minum la.. tapi kalu bayi yang menyusu susah tdo.. faham-faham sendiri la ye. =)

9.Makanan Sunnah
- yang ini yang saya amalkan... setiap hari saya akan pastikan saya ambil 3 biji kurma sebelum bersarapan..dan juga habatussaudah... mmg berkesan tuk saya... setiap kali lepas makan je kurma dan habatussaudah... dalam 30 minit melompat-lompat nk cari pump.. xtahan bengkak.. lebih baik kalu di ambil bersama susu kambing ye...

 

10.Makanan tambahan
- yang ini terpulang kepada korang nk try ke x.. kalu korang leh make sure diet korang betul2 lengkap degan nutrien yang badan ibu dan ank perlukan.. rasanya da x perlu vitamin.. tp saya mmg x leh nk make sure benda ni.. so saya consume set menyusu shaklee. tepulang ye sape nk try naturally boleh, nk amik suppliment lain pn boleh..... sape2 nk try milk booster shaklee boleh contact saya ye =)

                                            
                                                    JOM BREASTFEED BABY KITA

Your Shaklee Distributor                                    

    Pn Lin Alin

SID     : 954892  
Tel       : 018-2890438
Fb       : Lin Alin
Fb Page: cutecottonshop.com   


VIVIX AWSOME


Assalamualaikum.. Perkongsian pagi ini adalah mengenai satu lagi produk SHAKLEE yang terbaik untuk pesakit-pesakit kencing manis, pengidap diabetis, sakit lutut, darah tinggi, sakit pinggang, dan seangkatan dengan nya...Si kurus ramping kecil molek VIVIX ni juga sesuai untuk di jadiakan hadiah istimewa buat yang tersayang




 

Antara kebaikan- kebaikan VIVIX ini adalah:
1)menggalakkan penuaan yang sihat / antioksidan / menganjalkan kulit..
2)Membantu mengelakkan kanser
3)Mengurangkan risiko sakit jantung
4)Mengurangkan komplikasi kencing manis
5)Meningkatkan kesihatan arthristis & menyokong kesihatan sendi
6)Membantu mengurangkan risiko nyayuk
7) menggalakkan pengurangan berat badan
8)Meningkatkan sistem immune
9) menyokong kesihatan mata
10)menggalakan kesihatan keseluruhan

 



 testimonial pertama... kradit tu kak JIHA...
Beliau telah memberikan vivix ni kepada ibunya yang juga penginap kencing manis...alhmdulillah ibu beliau selesa degan VIVIX dan masalah mata ibunya beransur pulih selepas menggunakan produk ini. Alhmdulillah..
 
Tesyimonial ke 2 kesan positif  VIVIX yang mengalami darah tinggi, sakit lutut dan asma


 

Testimonial ke3 VIVIK mengenai mild strok

 

Testimonial ke 4, VIVIX... kesan positif kepada penghidap Diabetes. jom ikuti kisah beliau.








 

Dengan kuasa dan kehendak dari DIA... insyaallah.. kita hanya berusaha... kalu x berusaha kita tidak tahu keberkesanan VIVIX ni terhadap diri anda dan orng-orang yang anda sayang kn... bak kata orng.. x kenal maka x cinta.... jom la kita becinta degan VIVIX ni ye.... hadiakan la kepada insan-insan yang tersayang...
Jika berminat jom wasap saya ye tuk free consultation .


Your Shaklee Distributor                                    

    Pn Lin Alin

SID     : 954892  
Tel       : 018-9676986 / wasap 013-2787947
Fb       : Lin Alin
Fb Page: cutecottonshop.com   

PANDUAN MEMBERUS GIGI BAYI

Penjagaan gigi anak-anak seharusnya diberi lebih perhatian sebaik sahaja gigi mereka tumbuh.. Gigi pertama bayi anda biasanya akan tumbuh sekitar 6 bulan dan ke atas.. Berus gigi yang khusus boleh digunakan dalam penjagaan gigi bayi anda. Kini terdapat kepelbagaian jenis berus gigi bayi di pasaran untuk anda pilih.. ada yang boleh di sarunkan di jari ibu dan ada juga jenis batang yang biasa seperti orng dewasa...
Ubat gigi tidak wajar diberikan kepada bayi anda yang berumur 18 bulan ke bawah.. Memadailah memberus hanya menggunakan air dan berus sahaja..Anda boleh menggunakan ubat gigi berflorida selepas anak anda berusia 2 tahun ( apabila anak anda sudah tau berludah). Sekiranya anak anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies ( gigi berlubang), anda disarankan untuk menggunakan ubat gigi berflorida tetapi pastikan anda hanya meletakkan jumlah yang kecil sahaja ( sebesar kacang pis) di atas berus gigi . Ini adalah kerana, jika anak anda berusia kurang dari 6 tahun dan menelan ubat gigi berflorida dalam jumlah yang banyak, gigi kekal anak anda akan mendapat fluorosis ( tompok-tompok putih – kecoklatan). Ada juga ubat gigi tanpa florida untuk kanak-kanak dan sekiranya anak anda tidak mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies maka ubat gigi tanpa florida amat sesuai untuk digunakan.

 

 Cara memberus gigi bayi anda..

Berus bayi  anda 2 kali sehari, pagi dan juga malam sebelum tidur.
1. Posisi paling bagus untuk anda berdiri ialah di belakang atau tepi anak anda dan memegang rahang bawah anak anda dengan lembut.
2. Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana bahagian ini digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat senang mendapat karies. Kemudian, teruskan dengan bahagian permukaan tepi gigi dan juga bahagian sebelah dalam gigi belakang.
3. Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar dan dalam gigi.
4. Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.
5. Luangkan masa dalam 3 minit untuk memberus gigi bayi anda. Nyanyikan lagu semasa memberus supaya apabila habis lagu dalam masa 3 minit, maka pemberusan gigi pun habis.
5. Bagi yang menggosok gigi bayi,,, memadaidengan menggunakan air ye.. sbb baby x pandai kumur lg.....tetapi jika anak-anak sudah berusai 18 bulan ke atas, Suruh anak anda berkumur dan ludahkan semuanya. Jangan risau sekiranya anak anda tertelan sedikit ubat gigi yang mempunyai kandungan florida rendah. Jika anak anda selalu menelan ubat gigi, gunakan ubat gigi tanpa florida.
6. Jangan lupa memuji anak anda kerana telah memberus gigi.

Haaa dan cntik pun gigi anak umi.... sebagai hadia.. muuuuaaaahhh satu kiss tuk ank umi ni... semoga menjadi panduan untuk anak-anak anda juga ye... 

 

RAMBUT BANYAK GUGUR LEPAS BERSALIN??? APA NAK BUAT?

 
Alamak banyak nye rambut gugur.. atas lantai, atas katil, atas bahu baju, dan lagi teruk bila tejumpa rambut sendiri di dalam makan.. eeeyyuuu.... gelinya.... Orang tua-tua kata si ibu akan mengalami keguguran rambut apabila baby nya pandai main sembur-sembur air liur.. Betul ke? hmmm.. saya juga mengalami masalah yang sama selepas besalin... haih.. kalu x jaga betul-betul.. boleh botak dibuatnya.... So apa patut saya buat.... 

Ada beberapa sebab kenapa keguguran rmbut sering terjadi kepada wanita selepas besalin:

1. Penurunan jumpah hormon estrogen secara mendadak selepas besalin. 
2. Kerap kali kita mengambil makanan process ( cthnya: daging buger, ayam cincang, nuget, sousage, dan lain lain)
3.Badan kita kekurangan ZAT BESI, PROTEIN & ZINC.
4. Stress dan tidak cukup tidur.
5 Bahan kimia yang melampau dalam produk-produk penjagaan rambut... 

Apa yang perlu kita lakukan ye?

1.Kajian ada mengatakan, ibu-ibu boleh melambatkan atau mengurangkan masalah keguguran rambut degan memberi susu badan degan lebih kerap kepada bayi mereka.
2.pengambilan vitamin yang bersesuaian untuk mengatasi masalah ini..
3.teruskan mengamalkan rutin penjagaan rambut seperti bersyempoo, menggunakan perapi serta aplikasikan produk penyuburan rambut yang bersesuaian. cthnya.. set ProSante Hair Care... dari shaklee..

  

Jika korang berminat nak mencuba set penjaagaan rambut secara natural dari shaklee.. jom kita borak2... insyaallah saya akan berikan consultation mengenai masalah keguguran rambut ni...

Your Shaklee Distributor                                    

    Pn Lin Alin

SID     : 954892  
Tel       : 018-9676986 / wasap 013-2787947
Fb       : Lin Alin
Fb Page: cutecottonshop.com   

FADILAT SOLAT TERAWEH

Di sini saya ingin berkongsi bersama rakan-rakan mengenai fadilat dan kelebihan solat terawih dari malam pertama hingga malam terakhir RAMADAN... jom same2 kita rebut peluang ni.. insyaallah bnyak pahala kita boleh kutip hanya special pada bulan ini sahaja ..bnyak kan muhasabah diri ye....


Kelebihan Sembahyang Tarawih Malam 1 Hingga 30

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

FIRST RAMADAN BERSAMA BREASTFEEDING


Ahlan Wasahlan. Ramadhan Kareem. Selamat datang wahai tetamu yang mulia. Alhamdullilah Bulan keberkatan ini Allah masih berikan ruang untuk kita memperbayakkan amalan dan ibadah. Marilah kita bersama menambah Ilmu agar kita dapat mengoptimumkan ibadah kita. Mungkin ada kekurangan ataupun kesilapan kecil yang kita terlupa atau terlepas pandang. Jom Sama-sama kita muhasabah diri ye...

Alhmdulillah hari yang sangat kita tetinggu-tunggu telah tiba.... so macam mana puasa setakat hari ni... harap- harap tidak ada la yang terlupa untuk membuka periuk nasi ye korang... saya bersyukur sangat-sanag kehadrat ilahi .. kerana setakat ni saya masih lagi mempunya tenaga untuk meneruskan puasa hari ini insyaallah...tak seperti sebelum ni... cubaan berpuasa 3x... yang ketiga baru bejaya itu pn memamg da lembik sangat-sangat da.

Saya berharap anda pn begitu juga ye.. kepada ibu-ibu yang menyusu.. jangan skip waktu pump ye... hak anak-anak kita tetap kena sediakan..besar pahalanya seorang ibu menyediakan hak untuk anak-anak mereka... kepada ibu-ibu mengandung  di luar sana juga saya harap dapat meneruskan puasa sebulan ye.. bez tau sblm ni x penah cukup sebulan.. time2 ni la kita nk merasa puasa penuh.. hehehe.... oh ye... untuk sesiapa yang memerlukan tenaga tambahan... n y mengalami penhidratan teruk.. jom tnya saya k.. insyaallah saya akan cuba membantu anda...

SELAMAT BERBUKA DAN SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA =)




Your Shaklee Distributor                                    

    Pn Lin Alin

SID     : 954892  
Tel       : 018-9676986 / wasap 013-2787947
Fb       : Lin Alin
Fb Page: cutecottonshop.com   

FADILAT MEMBACA SURAH AL-KAHFI

Assalamualaikum para pembaca STAYHEALTHY WITH GREENAPPLE. Jom baca surah Al kahfi. Surah ini banyak kelebihannya, kalau tak mampu habiskan sekaligus, baca lah sikit-sikit. Malam ni baca sikit, pagi esok sikit dan petang sikit. Kalau tak mampu juga, bacalah sesudah solat fardhu, surah ini ada 110 ayat. 22 ayat setiap selepas solat.


Antara fadilat-fadilat Surah Al-Khafi :
*(HR Hakim 3349) : “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.”

*(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”

*(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” 


*(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.


*Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’, daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan Surah al-Kahfi maka terhindar daripada Dajjal.” (Riwayat Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At-Tirmizi daripada Qatadah)

*Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’, daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada Surah al-Kahfi, maka terhindarlah ia daripada fitnah Dajjal.” (Riwayat Muslim dan An-Nasai)


Subhanaallah.. besar betul fadilat surah al-kahfi ni kan korang.. so jom kita berusaha menghabiskan bacaan surah ni.. .. sebarkan kepada keluarga dan rakan-rakan mulimin dan muslimat kita juga ye... sekian. 

PANDUAN PUASA UNTUK IBU MENGANDUNG

Assalamualaikum.. Ramadan da semakin hampir... di corong radio dan tv da havoc iklan ''yuuusufff tayyobb''.... . mcm mana ibu2 semua.. dan bersedia ke tuk menyambut Ramadan degan hati yang iklan dan penuh kesyukuran... Alhamdulillah.. saya kira ramai ibu2 yang sudah bersemangat dan bersedia ye menanti Ramadan.. hehe..

Hari ni saya nak berkongsi sedikit tip buat ibu2 yang menyusu bayi..ibu2 yang mengandung pn same.. boleh dijadikan panduan. Ok la.. x nak membebel pnajang-panjang. Berikut adalah beberapa PANDUAN MAKANAN kepada anda ye..

1. Minum air secukupnya

Korang perlu minum air secukupnya semasa bersahur dan juga semasa berbuka puasa untuk mengelakkan dehidrasi kepada badan korang. harus diingatkan ye,, dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, mengigil, letih, loya, pening, dan rasa haus melampau... selain dari mengeringkan susu.. oleh itu, korang kena la minum air at list 2L sehari atau bersamaam 8 gelas sehari... Sekiranya korang mengalami dehidrasi yang teruk , adalah lebih baik korang berbuka puasa untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku. 

2. Jangan skip bersahur

Sunat bg kita untuk melambat-lambatkan bersahur. Makanlah makanan-makanan yang berkhasiat seperti kurma, oat, madu, susu, sumber protein dan lain-lain lagi untuk memberi tenaga sepanjang hari. Elakkan makan makanan yang berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang di ambil. 

3.Makan kurma ketika berbuka

Amalkan memakan kurma 3 biji sebelum mengambil makanan berat. insyaallah akan memberikan tenaga berpanjangan sepanjang bulan Ramadan. 

4. makan banyakkan buah dan sayur

Amalan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sangat baik terutama untuk ibu dan bayi. Bagi tujuan membanyakkan susu, korang bleh la try banyakkan mengambil sayur sawi, lobak putih, barli, dan lain-lain. 

5.Ambil lebih lemak sihat

 Jumlah lemak akan bekurang di dalam susu ibu ketika berpuasa. Oleh itu, korng kenalah banyak mengambil lemak sihat bg memastikan bayi banda mendapat keperluan nya yang mencukupi. Korng boleh try bnyakkan pengambilan susu dan produk tenusu seperti keju dan sebagainya.

6.amalkan madu

Madu dikatakan dapat meningkatkan kadar serapan kalsium kepada tubuh si pemakannya. Selain itu ia juga adalah sumber tenaga semulajadi dan dapat meningkatkan stamina kepada korang.

7. Elak minuman berkarbonat

Pengambilan air yang mencukupi memamg amat-amat di sarankan. tetapi korang kurangkan la pengambilan air berkabonat ye... yang berkafein adalah sama skli tidak elok kepada penghasilan susu badan korang.. nak ke nanti anak jd hiper aktif kerana kafein yang korang minum. takung penat pulak ibu yang berpuasa nk kajar anak-anak kan? heheh 

 ok la..rasanya cuku setakat ni.. akhirkata dari saya.. jom sama2 kita menantika Ramadan yang bakal menjelang ni degan hati yang penuh iklas dan begembira.... insyaallah tahun ni pertama kali saya akan menyambut Ramadan ber tiga.. sebelum ni.. berdua je,.. Semoga Ramadan kali ni membawa seribu rahmat kepada kita semua ye... amin... =)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN...... =)