RISAUNYA ANAK MENANGIS SEWAKTU PERTAMA KALI KE SEKOLAH, CARA ATASINYA.

Esok adalah hari pertama untuk anak- anak mula bersekolah. Sempat juga petang tadi berborak dengan seorng sahabat yang sibuk membuat persiapan akhir untuk anak sulung beliau memulakan persekolahan. Bercerita punya cerita sambil berkongsi pengalaman menghantar adik bongsu saya masuk darjah satu sebelum ni, terasa pula nak berkongsi beberapa tips atasi anak menangis di sekolah. Teruskan membaca sehingga habis ye.

Bermulalah fasa baru di dalam kehidupan mereka apabila pertama kali menjejakan kaki ke sekolah. 

Tips atasi anak menagis sewaktu pertama kali menjejakan kaki ke sekolah.


1. Beli kelengkapan sekolah bersama-sama dengan anak.

Hal ini penting untuk memberikan persediaan awal mental kepada mereka. Pastikan mereka di beritahu kenapa kita belikan dia segala alat tulis, kasut baru, baju sekolah baru yang seragam dengan rakan lain.

2. Tunjukkan sekolah yang bakal di jejakinya sehari sebelum pendaftaran.

Tak kenal maka tak cinta, betul kata orng dulu-dulu. Jadi bawalah anak anda kenali kawasan sekolah barunya nanti. Setiap kali anda lalu di hadapan sekolah tersebut, beritahu anak yang tidak lama lagi dia juga bakal menjadi salah seorang pelajar yang hebat di sini. Lagi kerap lagi bagus.

hero memang takkan nangis, heheheh. anak buah yang mendaftarkan diri hari ni. - darjah satu

3. Berjanji tidak akan lewat mengambilnya balik nanti.

Sebelum meninggalkan dia bersama kawan-kawan, berjanjilah kepada anak anda bahawa anda tidak akan lewat menjemputnya pulang nanti. Haha bila da berjanji dengan anak-anak tu pandai-pandai la ye menepati janji. Jangan sapai esok anak-anak tak nak pergi sekolah dengan alasan ..'Mama tipu, mama janji nak ambil adik awal, tp mama datang lepas semua kawan adik balik' sudah la ye..hehe.

4. Cuba kenalkan anak anda dengan seorng dua sahabat.

Jika ada rakan-rakan yang setadika dengannya agak mudah lah kerja anda. Sekurang-kurangnya bila terdapat seseorng yang dikenalinya bersama. Kurang la sikit perasaan takut tu kan.

5. Dapatkan nombor telefon cikgu

Bagi mengurangkan kerungsingan ibu bapa juga, cubalah dapatkan nombor telefon cikgu kelasnya. Hal ini penting bagi membolehkan ibu bapa mengetahui perkembangan anak-anak anda.

6. Berikan bekal di minggu pertamanya,

Terdapat ramai pelajar yang baru memulakan persekolahan tidak biasa dengan urusan jual beli. Almaklumlah masa tadika dulu bila tiba waktu makan semuanya diuruskan oleh pembantu tadika. Berilah masa untuk mereka untuk anak belajar beratur di kantin dan membeli makanan. Selepas seminggu pertama jika anak anda sudah agak positif. Bekalkanlah duit poket secukupnya untuk kegunaan harian.

7. Beritahu anak anda sekolah adalah tempat yang paling selamat.

Jika anak anda masih lagi berasa takut, beritahunya sekolah adalah tempat yang paling selamat ketika anda keluar berkerja. Sekolah juga tempat yang paling menyeronokkan di waktu ini kerana terdapat ramai kawan-kawan yang mahu belajar bersama. Jika anak anda masih takut juga, masukkan lah ke dalam bagnya sehelai sapu tangan kepunyaan anda. Beritahunya jika dia masih takut, genggam la sapu tangan tersebut untuk mengurangkan perasaan nya.

Dalam menangani emosi anak-anak ini, ibu bapa perlulah memainkan peranan sebagai hero untuk menenangkan hati mereka..... jangan sesekali memaksa mereka untuk menerima keadaan baru itu dengan cepat. Berilah mereka masa untuk belajar menerima fasa baru dalam hidup mereka. Sebelum menenangkan hati anak-anak anda, anda juga mesti berfikiran positif dan beri kepercayaan penuh kepada anak-anak anda ye. insyaallah semuanya akan ok. =)


makanan tambahan untuk kanak-kanak

cara memastikan anak mengemkan semula mainan mereka

2 comments:

  1. Anak saya mse orientasi last week, 1st & 2nd day tak nangis..3rd & 4th day nangis sbb mse 2nd day jatuh sampai lebam pipi..tahan sakit sorg2 takde tmpt mengadu..pendam je..die tak nagis kot sbb cikgu pun tak tahu die jatuh sampai lebam..mesti die takut nak nangis..yela kan..tak kenal sape2..kalo kat rumah mesti dah nangis..mesti die rase takde orang jage die..sebab tu malam lepas blk sekolah tu die nak ummi temankan gie skolah, kalo tak die taknak pergi..tengok keadaan die mmg sedih sangat..mase gie anta die mase hari ke 3 tu, masa nak explain kat cikgu ape yang jadi, air mata saya dah berlinang dah..huhu..hati seorang ibu kan..5th day dah ok blk sbb selalu tipu die cakap “ummi tunggu dalam kete ea..petang nnt baru blk”….mggu nie alhamdulillah ok..siap ckp, abah takyah tggu la, pergi kerja je(padahal tak prnh tggu pun tapi ckp je nk tggu kt bwh:)).

    Kesimpulannya, masa anta anak hati mesti kering..kalo nangis tinggalkan je…balik cepat2..pandai2 la cikgu handle nnt..kite mesti percaya yg cikgu boleh handle diorang. Bile kite blk anak2 mesti akan berhenti menangis..InsyaAllah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. zurida mula2 rasa cm nak begenang air mata bila pk anak saya plk nnt cane la agknya plk kn. tp bila baca part day 5 dia suh umi n abah dia balik trtiba rasa bangga.... anak membesar degan cepat n paham keadaan sekeliling kn... syukur alhamdulillah.semoga ank zueida jd insan terbilang n bejaya dunia akhirat

      Delete