Jenis-jenis meroyan
Sempat juga saya membelek-belek beberapa buku rawatan tradisional dan juga menyelak-nyelek info di google. Ringkasan dari kefaham saya terdapat beberapa jenis penyakit meroyan yang selalu menyerang kita. antaranya adalah:
I) Gila meroyan - keadaan angin serta darah kotor yang terkumpul dalam badan selepas berpantang. Ia boleh menyebabkan punca sakit kepala, sakit urat, dan boleh membawa kepada penyakit angin meroyan jika tidak dikawal. Keadaan ini berkemungkinan berpunca daripada pengeluaran darah kotor dari badan secara tidak sempurna.
2) Meroyan Api - keadaan emosi ibu yang tidak stabil menebabkan si ibu yang kesakitan, keresahan, kebingungan menjadi garang, bengis dan juga boleh bertindak di luar jangkaan keatas bayi sendiri.
3) Meroyan Urat - Ibu mengalami ketegangan urat saraf hingga kadang kala boleh menyebabkan kekejangan anggota badan secara tiba-tiba.
4) Meroyan Lendir - si ibu sentiasa kelihatan pucat, lesu dan mata pudar. juga menyebabkan keguguran rambut dan susut berat badan.
4) Meroyan Lendir - si ibu sentiasa kelihatan pucat, lesu dan mata pudar. juga menyebabkan keguguran rambut dan susut berat badan.
5) Meroyan Tinggal - si ibu akan bercakap atau membebel seorang diri. Sering bertindak di luar jangkaan seperti ketawa mengilai, cuba melarikan diri dari rumah dan memukul anak.
6) Meroyan Bulu - ibu sentiasa merasa seram sejuk, mengigil dan menggeletar sehingga boleh menyebabkan kancing gigi
7) Meroyan Kulit - mereka akan sentiasa tergaru-garu kerana mengalami kegatalan pada kulit .
Rawatan penyakit meroyan
Meroyan , penyakit angin, dan juga ketegangan urat boleh di kawal secara natural. Bagi rawatan tradisional, penggunaan herba juga dikatakan dpat membantu mengurangkan masalah ini, Misalnya, dari pengalaman saya selepas melahirkan Sobirin 2 tahun lepas. Bidan yang mengurut saya menggunakan campuran beberapa jenis rempah untuk mengelakkan diri dari terkena penyakit meroyan. Sempat juga la saya bertanyakan itu da ini semasa bertungku. Antara herba yang digunakan adalah herba cekur, halia, kunyit dan lada hitam dikatakan bagun suntuk membuang angin dan berfungsi sebagai antioksidan serta antibengkak.
kepelbagaian herba untuk atasi masalah angin dan bengkak urat selepas besalin |
Kalau dahu orng menggunakan semua bahan-bahan asli dengan kaedah tersendiri, sekarang kita semua juga boleh menjaga kesihatan dengan natural tampa melibatkan ubat-ubatan dan bahan kimia. Kini terdapat rumusan-rumusan bahan sumber alam ini dalam bentuk pil dan capsul. Terpulang kepada individu tersebut. Pengalaman saya masa berpantang sebelum ni semua saya ambil yang jenis pil je. saya jenis yang tidak boleh trima rasa pahit.. eeee x sanggup.. hehe..
Cara mudah untuk mengatasi masalah angin, kekejangan urat serta stress adalah dengan mengambil B-complex. kandungan vitamin BI, B2, B3, B6 dan BI2 baik untuk mengurangkan stress dan juga sakit kepala serta migrin. Sekrang baru saya faham kenapa setiap kali saya ke klinik mintak ubat migrin, doktor mestikan memberikan sekali vitamin B. Tujuannya adalah untuk mengurangkan begkak urat akibat angin, sakit urat bahu dan juga antistress. Pendek kata, B complex ni pun memang terbaik la untuk atasi masalah angin, stress, bengkak urat dan juga meroyan ketika di dalam pantang. Kalu dulu ubat migrin ni sentiasa menjadi peneman saya, sekarang alhamdulillah no more ubat dah sekarang sejak mengamalkan B complex ni setiap pagi. hidup jadi lebih sihat dengan hanya degan yang natural. =)

Peneman dahulu Vs Peneman sekarang |
0 comments:
Post a Comment