KETAHUI CARA MEMBUAT NASI ARAB KABSA YANG MELETOP.

Nasi Arab Kabsa sudah semakin mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai cara hidangannya bergantung kepada cita rasa masing- masing. Untuk saya sekeluarga, boleh dikatakan sebulan hambir 3 hingga 4 kali juga la kami akan keluar mencari kedai nasi arab yang sedap. Banyak yang kami telah cuba tetapi hanya satu yang menjadi pilihan hati, taraaaa. sudah tentu Kedai Nasi Arab Jalan Riko, Kajang. Bincang punya bincang dengan suami, boleh tahan koyak juga la poket jika asyik nak kena makan kedaikan. So... ini jalan penyelesaiannya. BUAT SENDIRI LA nasi arab tu.. hehehe
resepi nasi arab kabsa
Nasi Arab Kabsa Home Made

Cuba punya cuba, setelah beberapa kali buat.. ini hasilnya.. taraa... pic ni menunjukkan Nasi Kabsa yang telah mendapat kekulusan suami. katanya.. sedap..hehehehe malu i... tetapi x tahu le sedap ke tidak pada korang ye. Nak tahu.. meh la sama- sama cuba:

BAHAN_BAHAN REMPAH KASAR

5 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
I biji bunga lawang
I0 biji lada hitam
I batang kulit kayu manis
2 helai daun salam
I biji limau kering

BAHAN - BAHAN NASI ARAB KABSA


I ekor ayam dipotong beberapa bahagian ( Ikut suka)
3 cawan beras yaman / 500g
4 cawan air
2 sudu minyak sapi
I set rempah kasar seperti di atas
I biji bawang besar di potong dadu
3 ulas bawang putih di potong dadu
2 bii buah tomato dipotong dadu
I sudu besar rempah kabsa
I biji lada bagla di potong dadu
setengah sudu kecil serbuk lada hitam
garam
2 sudu minyak zaitun
sedikit pewarna kuning (saffron)

CARA MEMASAK:

I. Basuhkan beras, rendam selama I5 minit dan toskan
2. Panaskan minyak sapi. Tumis rempah kasar, bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
3. Masukkan tomato dan rempah kabsa. Teruskan menggoreng sehingga tomato layu
4. Kemudian, masukkan air, garam, dan ayam. Masak sehingga ayam masak.
5. Keluarkan ayam dan masukkan lada banggala
6. Masukkan beras dan kacau sehingga sebati. Letakkan ayam di atas nasi.
7. Tutup periuk dan masak degan api sederhana
8. Selepas 30 minit/ wap naik, masukkan saffron dan gemburkan nasi dan siramkan minyak zaitun ke atas nasi.
9. siapppppp.. sedia untuk di makan.... bau memang semerbak sungguh rempah-rempah ni hehe.

BAHAN - BAHAN SOS

2 biji tomato
2 biji cili merah
setengah biji bawang besar
2 helai daun ketumbar
2 sudu besar air lemon.

cara penyediaan : kisar semua bahan tanpa air

BAHAN - BAHAN SALAD

2 biji timun jepun ( dipotong dadu)
I biji lada banggala dipotong dadu
I sudu kecil minyak zaitun
sedikit garam

cara penyediaan : Gaul kan semua bahan sebelum dihidangkan

Ok da siap.... mudahkan.. nampak je macam susah, tetapi mudah je sebenarnya. Yang susah tu sebenarnya sebab kita x jupa kedai yang jual rempah ratus arab. Saya sendiri, banyak skip-skip barang yang x de. misalnya saffron, saya gantikan degan kunyit idup untuk dapatkan warna kuning. Warna je kan.. so x kisahla. jaji rasa tetap sama. Jemput makan semua.. kepada mereka yang mementingkan kesihatan dan tengah berdiet untuk tubuh yang di ingini...xpe jang takut... boleh la cuba tip-tips penjagaan badan yang saya share kan ni ye. jemput la klik link di bawah untuk info lanjut.. selamat membaca =)

#panduan slim kepada si pencinta makanan

#Petua 2 minggu 2 kilogram berat hilang

#Nak Kurus, SERIUZ NAK KURUS

0 comments:

Post a Comment