5 SEBAB KENAPA BAYI MENOLAK UNTUK MENYUSU

Rata-rata dari ibu- ibu baru sekarang telah didedahkan dengan  kepentingan dan kebaikan susu ibu. Tetapi hakikatnya proses penyusuan bayi bukanlah semudah yang disangka. Kadangkala terdapat juga kes dimana hasrat untuk menyusukan bayi secara eksklusif tiba- tiba hampir padam apabila bayi menolak untuk menyusu.
Bayi yang mengalami ketidakselesaan badan juga akan menolak untuk menyusu

5 penyebab kenapa bayi menolak susu ibu.

Keadaan dimana bayi menolak susu ibu yang di sebabkan oleh ketidak selesaan mereka disebut sebagai nursing strike. Jika bayi anda juga merupakan salah seorng dari mereka..Ibu sila  jangan panik, teruskanlah bertenang dan yakinkan diri bahawa anda boleh atasi masalah ini. Cuba fahami dan cari punca serta dapatkan penyelesaiannya. Antara penyebab bayi menolak susu ibu adalah:

1. Puting 

Kebanyakkan bayi yang sudah terbiasa dengan puting tiruan akan terbiasa dan terlena dengan kenikmatan menghisap puting tersebut. Hal ini kerana menghisap puting tiruan adalah lebih mudah berbanding payudara ibu.

2. Bau produk penjagaan diri 

bagi bayi yang sudah terbias dengn bau badan ibu semestinya mereka akan terasa terganggu dengan haruman lain yang menghilangkan bau natural dari badan si ibu. Jadi kemungkinan untuk bayi terasa terganggu sewaktu sesi penyusuan adalah terganggu dengan kehadiran bau- bauan asing selain dari bau badan ibu.

3. Sakit 

faktor ketidakselesaan badan juga kadang kala boleh mengganggu emosi bayi anda untuk menyusu

4. Tumbuh gigi 

dalam fasa ini bayi anda akan merasa gatal pada gusi. Pada ketika ini bayi lebih suka mengigit dari menghisap.

5. Kurang perhatian 

Berkemungkinan ibu yang kurang memberi perhatian ketika bersama bayi akan menyebabkan bayi menolak untuk menyusu. Terutama sewaktu sesi penyusuan berlaku misalnya si ibu terlalu sibuk mengadap hand phone sedangkan pada waktu ibu bayi anda mahu bermanja dengan anda.

Antara cadangan penyelesaian

1. Banyakkan sentuhan ibu dan anak

Dakaplah bayi anda seboleh-bolehnya tanpa pakaian dan lakukan selama mungkin. Tekni ini di sebut skin to skin. Teknik ini dikatakan boleh mendatangkan keinginan menyusu dalam masa lebih lama kerana bayi merasakan dirinya selesa, selamat dan di berikan perhatian sepenuhnya oleh anda.

2. Jangan putus asa

Dapatkan posisi yang paling selesa dan bayi anda sukai. Setiap bayi mempuyai cita rasa yang berbeza. Anda perlulah bersabar ye.

3. Waktu yang tepat.

Bagunkan bayi anda secara perlahan-lahan ketika tibanya waktu menyusu. Sediakan waktu yang tepatuntuk menjayakan penyusuan anda. Payu dara anda perlu dikosongkan bila tiba waktunya.

susu ibu juga boleh diminum melalui botol susu

Supply vs deman

Belum tentu susu ibu yang bnyak seawal pantangakan menjaminkan penyusuan itu akan berjaya untuk 2 tahun. Dan belum tentu si ibu yang bersaiz kecil serta mempunya susu yang boleh di ibaratkan` kais pagi makan pagi, kais petang makan petang` akan gagal di pertengahan jalan penyusuan selama 2 tahun. Sebenarny penghasilan susu ibu adalah bergantung kepada permintaan bayi anda.. Semakin kerap bayi anda menyusu, semakin kerap la payudara anda kosong, makan sekerap itu la susu anda akan dihasilakan kembali untuk memenuhi payu dara anda. 

Jadi bagi ibu-ibu yang tidak mempunyai susu yang banyak, saya sarankan anda untuk terus mencuba pelbagai cara natural untuk meningkatkan kuantiti susu anda. Anda boleh la cuba 
-makan makanan yang boleh menjadi milkbooster anda.
- kurangkan minum minumam yang boleh mengurangkan susu
- amalkan memakan vitamin- vitamin penyusuan untuk kuatkan badan ibu

Untuk dapatkan keterangan yang lebih lanjut mengenai pemilihan milkbooster ini, anda boleh la menghubungi saya melalui nombor dibawah. Banyak lagi yang boleh kita bualkan selain dari topik ini ye, ingat tau,,, jangan panik jika anak menolak susu anda. Sekian

Lin alin
018-2890438

0 comments:

Post a Comment