SCOLIOSIS KETIKA HAMIL

Kehamilan bersama scoliosis adalah satu benda yang sangat merisaukan.Saya seorng pengidap Scoliosis dan juga Alhamdulillah ibu kepada seorng anak teruna yang kurang lebih setengah bulan lagi akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke dua...Kadang-kadang bila terfikur kembali, keadaan sakitnya tulang belakang sebelum mengandung pun sudah tidak tertahan, apatah lagi sakit belakang akibat scoliosis dan ditambahlagi degan sakit belakang akibat mengandung...eeee ngeri je bila terfikir.

penawar scoliosis, slip disk dan sakit belakang klik for more info

kehamilan dan scoliosis
40 weeks: saat-saat penantian penuh debaran menantikan episod terakhir kehamilanku bersama Scoliosis.
 Gambar di tepi pantai ni, saat-saat menanti hari untuk bersalin kan Ahmad Sobirin, lama juga saya bercuti sebelum kelahiran, minggu ke 37 saya da start ambil cuti. Risau sebab waktu tu da mula bleeding.. rest je kt rumah. Sebenarnya kurang lebih sebulan juga la saya mula bercuti sebelum besalin, masa pergi buat last chek up di Hospital Serdang tuk conform kan sama ada saya boleh besalin cera normal atau tidak, waktu tu mmg da start bleeding. Katanya da bukak 3 cm. Doktor bagi pilih sama ada besalin secara normal atau pun oprate tetapi akan di tidukan terus selama mana operation dijalan kan. saya da x ingt ape istilahnya. cuma yang saya tahu masa tu saya memang nak tngok anak saya masa lahir. untuk itu, saya pilih untuk besalin secara normal tanpa ubat penahan sakit (epidural). Saya x boleh amik epidural ni sebab ruas-ruas tulang belakang saya da ter 'compress'.

Alhmdulillah Pertarungan nyawa saya untuk berjihat melahirkan seorng khalifah di permudahkan, pukul 5 pagi saya terbangun kerana terasa seperti hendak ke toilet, sebaik sahaja bangun dari katil, terasa seperti darah menitik2 keluar bersama lendiran jernih, (masa ni mmg rasa x sakit, x rasa pape) sangat terkejut.. pada pukul 7 pagi mula begegas ke hospital dan darah sudah bnyak keluar. masa ni pinggang dan tulang belakng da mula sakit, risau, sume cukup. Sebernya keadaan tlg belakang saya agak terkeluar di tengah belakang. Memang saya tidak boleh berada dalam posisi telentang kecuali di atas tilam yang lembut. Ye ini mmg masalah utama bg saya ketika hendak bersalin kn Sobirin.
Kehamilan dan Scoliosis
Demi mu anak, umi sanggup lakukan ape sahaja




''Andaikata pada waktu ni umi tepaksa membuat pilihan antara nyawa terakhir dan juga awk sayang, .....umi akan pilih untuk menggunakan nyawa terakhir umi untuk memberitahu... UMI SAYANG AWAK DUNIA AKHIRAT sayang''

Saya di berkan bilik khas iaitu bilik besalin yang mempunya katil dan tilam wad yang lembut untuk mengurangkan risiko keatas tulang belakang saya. X sama seperti katil besalin yang lain, tilam nye khas untuk ibu2 normal bersalin, Alhmdulillah tidak lah terlalu lama untuk melahirkan ank sulung saya ni. cuma memerlukan masa selama 3 jam sahaja berhempas pulas menahan sakit kontrasi hendak besalin. pukul 9.30 pagi masuk dewan besalin... dan pukul I0.25 pagi.. segalanya selesai... Allah hu Akhbar. Rezeki saya untuk Ahmad Sobirin. ank betuah umi... Segala kerisaun hilang cam tu je bila dapat melihat dan memeluk dia.. syukur... Rezeki itu hnya datang dari Allah.. mintak la daripadaNya. Persoalan sebelum kawen (Doktor nasihatkan untuk tidak mengandung-> akan menghadapi sakit belakang yang lebih berbanding ibu-ibu normal -> nasihat dr segi komplikasi ketika besalin.. Alhamdulillah.. Allah Maha Berkuasa.. Syukur.

Nasihat saya kepada merekang yang mempunya masalah seperti saya, bnyak kan pembacaan dan positifkan minda ye. jangan terlalu fikirkan perkara yang negatif.... kuasa minda kita sngt besar, ape yang kita pikirkan itu lah yang akan mempengaruhi kehidupan kita.........doa banyak-banyak.....insyaallah

0 comments:

Post a Comment