5 TEKNIK MENGELUARKAN SUSU YANG IBU- IBU WAJIB TAHU

Sekarang ni sudah ramai ibu-ibu yang telah berfikiran terbuka untuk menyusukan anak masing-masing. Pendedahan awal sejak dari awal kehamilan para ibu telah berjaya membuka mata mengenai kebaikan susu ibu berbanding susu lain. 

 5 teknik mudah untuk mengeluarkan susu ibu:

1. Pam Manual

Terdapat pelbagai jenama pump yang menjadi pilihan para ibu. Persoalan yang sering diajaukan kepada saya adalah,. Pump jenama apa yang paling bagus dan berkualiti?.. hmm susah nak jawab ni. Pada saya setiap jenama ade kelebihan dan kekurangan masing-masing.

antara jenis-jenis pump manual yang terbaik mengikut pemerhatian  saya adalah:
a) Medela Harmony
b) Avent Comfort Manual
c)Spectra Handy
Philip Avent Breastpump di datangi dalam bentuk manual dan elektrik 

2.pam elektrik ( singgle & double)

Antara contoh-contoh pump yang paling disukai mengikut kajian saya adalah:

Medela Freestyle mendapat review yang tidak mengecewakan setakat ni

Snow Bear Breastpump yang semakin digemari para ibu
Little Bean BreastPump portable juga mendapat review yang baik setakat ni selain selesa dan harganya yang berpatutan

Walau bagaimana pun, terdapat juga pump-pump lain yang tidak terkecuali mendapat review yang baik daripada para ibu, antaranya adalah seperti berikut: 

a) Spectra
b) Lacte Duet
c) Eve Love
d) Rumble Tuff
e) Unimom Forte
f) Pureen
g) Tommee Tippee
h) Autmmnz

3.Tandem Pumping

Tandem Pumping adalah keadaan dimana ibu-ibu akan memberikan bayi mereka susu secara terus, manakala sebelah lagi payudara akan di pump secara serentak. Teknik ini dikatakan mampu merangsang pengeluaran susu ibu dengan baik pada ketika bayi anda sedang menghisap. Biasanya saya akan melakukan tandem pumping ni sewaktu pulang dari kerja dan ketika bersama anak. Susu yang di kumpulkan di dalam botol saya akan gunakan sebagai bekal 'fresh' untuk anak pada keesokan harinya.

(* fresh bermaksud susu yang tidak dibekukan dan hanya disimpan di bahagian chiller peti sejuk)
Gambaran Tandam pumping sebagai rujukan

4. Menyusukan anak secara terus
Kaedah ini dikatakan paling mudah, cepat dan membantu membanyakkan susu ibu. Harus diingati ye ibu-ibu semua. Banyak atau sedikit susu ibu bukan la terletak kepada saiz payudara, atau keadaan puting, atau saiz badan seseorng ibu. Tetapi penghasilan susu ibu ini adalah berkaitan dengan deman susu oleh anak-anak kita. Semakin kerap payudara kita di kosongkan, semakin cepatlah susu baru akan terhasil untuk keperluan anak kita. Setiap anak adalah mempunyai keperluan terhadap susu yang berbeza ye.

5.marmet
mermit dikatakan teknik yang paling berkesan untuk memastikan payudara anda betul- betul kosong. Biasanya saya akan melakukan mermit setiap kali selepas selesai sesi mengepump. Dr pengalaman saya payudara lebih cepat penuh apabila payudara betul- betul kosong, saya sangat sarankan korang belajar teknik ni untuk ivu- ibu yang memerlukan stok susu yang bnyak ketika bekerja. Kepada yang masih belum mahir ni saya ade ceritakan step by step teknik mermit yang betul sebelum ni... Jemput baca ye.mula2 memang agak susah sikit. Tp bila da biasa... Pump pun korang sengaja tinggal merata2 nanti hehehe.

Mana 1 anda suka?
Saya paling suka teknik 5.. Tiap orng lain2 cara. Bagi saya walau apa pin cara korang.. Yang penting niat Untuk susukan baby selama 2 thn wajib ada dlm hati ye.. Jom breastfeedbaby kita.. untuk dapatkan makanan tambahan untuk ibu menyusu dan milk booster semula jd. pm saya ye.

Lin 
018-2890438

0 comments:

Post a Comment