HIMPUNAN TEKNIK-TEKNIK / TIPS MEMBANYAKKAN SUSU IBU.

Ramai kawan2 saya yang baru melahir kn baby comel2... Tahniah semua.. selamat menjadi ibu dan selamat berpantang ye semua.... bila da jd ibu ni bnyak juga soalan-soalan yang diutarakan kepada saya mengenai penyusuan susu ibu... antara soklan yang paling kerap diutarakan.. '' lin still menyusu sobirin kn.. and susu lin nampak meriah.. bukan ke anak lin da setahun lebih? ade tips x tuk menyusu sehingga 2 tahun,. atau cara nak banyak kan susu?''. ... fuhhh terasa cm duta susu ibu plk bila kawan-kawan tanya cam tu...syukur Alhamdulillah... ini rezeki sobirin...

setiap anak yang di lahirkan ke duania ni telah di tetapkan rezeki masing-masing. pecayalah setiap ibu yang melahirkan anak sememangnya mampu untuk menyusukan anak sendiri.. yang penting kt sini.. ibu-ibu and bakal-bakal ibu perlu buat persiapan mental sejak dari masa mengandung lagi. main set kana set dari awal... nk susu kan ank.. insyaallah Allah akan tolong... ok la.. sepanjang hari ni saya ade buat ckit research mengenai tip-tip meningkatkan susu ibu... sama ada dari pengalaman seniri, dari hasil carian EN GOOGLE.. dan majalah.. ade sikit2 petua orng lama2 juga ye.. jom layan.....


Pemakanan

1) Lobak Putih
2)Sawi
3) Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam pun sedap. hehe
4)Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal
pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
5) Kacang Hijau
6) jenis kekacang - cth badam di bakar dan bland degan susu..
7) Petola, bayam, daun turi - masak lemak manis


Minuman

1) Minum susu - susu kambing insyaallah yang terbaik
2) Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian
menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah
banyak air susunya.
3) Longan Kering - di buat jus dan di minum
4) Halba - rendam dan minum airnya. Bole juga telan sesudu kecil ngan
air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2
masakan cth kari.
5) Oat
6) Amalkan minum milo/nestum/ horlicks panas atau suam.
7) Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
8) Soya - minum secawan sehari.
9) Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
10) Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.


Supplement

1) kopi habatussauda.
2) Pil penambah susu ibu
3) protein soya shaklee)
4) Makan ubat homeopati - alafafa, china off, calc flour
5) omega 3
6) obimim
7) kalsium
8) vitamin c

Urutan

1) sikat puting setiap hari, baca selawat pastu sikat dari atas keputing..kanan dan juga kiri
2) cuci dengan berus gigi puting2 tuuu takut tersumbat liang2
puting susu
3) kalau sblm mengepam tuuuu, ambik kedua belah tangan urut dari
atas terus lurutkan kebawah...(bc selawat dulu)...insyaallah itu
salah satu urutan utk BF

Pil hormone prolactin (* recommended)

1) Domperidone*
2) Maxolon
3) Metoclopramide (boleh jadi depression)
4) Motilium
5) Raglan (boleh jadi depression)
p/s-pil2 ini bole didapati difarmasi, tapi dptkan nasihat
doktor/pharmacist sebelum ambil ubat2 ini


Cara-cara Lain

1) baca surah al baqarah ayat 60. sambil baca letakkan tangan pada
breast tu. (satu lagi surah surah al-Hujurat kalau tak salah)
2) Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan
pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada.
Lakukan setiap hari.
3) Bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling
payudara diwaktu pagi sebelum mandi
4) Pucuk betik - Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana
muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali
sehari.

Psikologi

1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak. Kalau rasa
susu semakin kurang tetapi anak baru saja berumur beberapa minggu,
jangan cepat panik. Susukan seperti biasa. Banyakkan solat dan doa
mudah-mudahan susu kembali normal.
2) Ketika di tempat kerja dan ketika mengepam susu, bayangkan wajah
anak. Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita
teringat kepada anak.
3) Semakin kerap menyusukan anak, semakin banyak susu. Kosongkan
payudara anda bermakna menghantar isyarat bahawa susu perlu
dihasilkan lagi.
4) Demand n Supply- kerapkan susuan, kalau ada masa, baby tidur,
perahkan susu, tak kisahlah walau dapat 0.5oz pun, kerana by theory,
more demand, more supply

Masa pengepaman

1)cuba pam sekerap mungkin, lagi byk kita pam...lagi byk pengeluaran susu. saya sendiri mengepam setiap 3jam sekali.. kalu terlewat pump alamatnya basah la baju n bengkak susu.
2)kerap direct feed bby pada waktu mlm ye ....sebab bila mlm kalau kita bg baby isap boleh membaykkan pengeluaran susu juga. dr pengalaman sya selepas direct saya akn bagun juga tuk pump baki susu byang x di habiskan bby.
3) bila pam, pam sampai susu tak keluar.....nanti breast kita akan produce susu baru....istilah yg kita selalu guna mcm kita 'buang
sampah...sampah dah penuh, kita buang dlm tong sampah...pastu kita
ganti dgn plastik sampah baru' gitu jugak mcm air susu kita...bila
kita dah habis pam, die akan mengeluarkan susu baru
4) sblm pam minum air suam dulu....lepas pam pon minum jugak.
5) jgn minum air sejuk/ais nanti susu cepat keringjgn minum teh/nescafe taou.....mkn supplement jgn tinggal Ubat


Beberapa cara mengepam yang berkesan:

a) Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama. if guna pump yang singgle, saya sarankan smbil mengepump sebelah kira cthnya. brest yang di sebelah kanan boleh la di urut secara lembut untuk menrangsang pengeluaran susu.
b) Di antara pam elektrik dan manual, saya lebih suka elektrik kerana ia lebih cepat  dan setengahnya berstimulasi seperti bayi menghisap. sekarang saya menggunakan medela free stile.. sngt puas hati..
c) Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. sobirin setiap kali nampak sy mengepam. dia suka datang mengendeng nk isap juga... sangt membantu ank umi sorang ni. sekejap je botol da penuh if pump smbil susukan dia.hehe i like.....
d) setiap kali lepas mengepam dan menyusukan ank., make sure breast koeong betul2.. boleh cuba teknik mermit (iaitu perah guna tangan)... bila semua susu da keluar baru la susu baru boleh refill semula., hehe
teknik mermit
(boleh rujuk di entry selanjutnya ye)
e)Tawakkal kepada Allah dan berharap susu keluar dan cukup untuk baby.



Semoga petua-petua ni dpt membantu ibu2..

Your Shaklee Distributor                                    

    Pn Lin Alin

SID        : 954892  
Tel         : 018-2890438
Fb         : Lin Alin
Fb Page: cutecottonshop.com    


PENGEDAE SAH BARANGAN SHKLEE DI SEKITAR:
Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Sepang, Dengkil, dan postage ke seluruh Malaysia.

0 comments:

Post a Comment