PANDUAN MEMBERUS GIGI BAYI

Penjagaan gigi anak-anak seharusnya diberi lebih perhatian sebaik sahaja gigi mereka tumbuh.. Gigi pertama bayi anda biasanya akan tumbuh sekitar 6 bulan dan ke atas.. Berus gigi yang khusus boleh digunakan dalam penjagaan gigi bayi anda. Kini terdapat kepelbagaian jenis berus gigi bayi di pasaran untuk anda pilih.. ada yang boleh di sarunkan di jari ibu dan ada juga jenis batang yang biasa seperti orng dewasa...
Ubat gigi tidak wajar diberikan kepada bayi anda yang berumur 18 bulan ke bawah.. Memadailah memberus hanya menggunakan air dan berus sahaja..Anda boleh menggunakan ubat gigi berflorida selepas anak anda berusia 2 tahun ( apabila anak anda sudah tau berludah). Sekiranya anak anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies ( gigi berlubang), anda disarankan untuk menggunakan ubat gigi berflorida tetapi pastikan anda hanya meletakkan jumlah yang kecil sahaja ( sebesar kacang pis) di atas berus gigi . Ini adalah kerana, jika anak anda berusia kurang dari 6 tahun dan menelan ubat gigi berflorida dalam jumlah yang banyak, gigi kekal anak anda akan mendapat fluorosis ( tompok-tompok putih – kecoklatan). Ada juga ubat gigi tanpa florida untuk kanak-kanak dan sekiranya anak anda tidak mempunyai risiko tinggi untuk mendapat karies maka ubat gigi tanpa florida amat sesuai untuk digunakan.

 

 Cara memberus gigi bayi anda..

Berus bayi  anda 2 kali sehari, pagi dan juga malam sebelum tidur.
1. Posisi paling bagus untuk anda berdiri ialah di belakang atau tepi anak anda dan memegang rahang bawah anak anda dengan lembut.
2. Berus bahagian permukaan gigi belakang dahulu kerana bahagian ini digunakan untuk mengunyah makanan dan sangat senang mendapat karies. Kemudian, teruskan dengan bahagian permukaan tepi gigi dan juga bahagian sebelah dalam gigi belakang.
3. Selepas itu berus pula bahagian gigi hadapan, permukaan luar dan dalam gigi.
4. Gunakan teknik berusan secara bulatan kecil seakan gegaran supaya seluruh permukaan gigi dibersihkan dengan sempurna.
5. Luangkan masa dalam 3 minit untuk memberus gigi bayi anda. Nyanyikan lagu semasa memberus supaya apabila habis lagu dalam masa 3 minit, maka pemberusan gigi pun habis.
5. Bagi yang menggosok gigi bayi,,, memadaidengan menggunakan air ye.. sbb baby x pandai kumur lg.....tetapi jika anak-anak sudah berusai 18 bulan ke atas, Suruh anak anda berkumur dan ludahkan semuanya. Jangan risau sekiranya anak anda tertelan sedikit ubat gigi yang mempunyai kandungan florida rendah. Jika anak anda selalu menelan ubat gigi, gunakan ubat gigi tanpa florida.
6. Jangan lupa memuji anak anda kerana telah memberus gigi.

Haaa dan cntik pun gigi anak umi.... sebagai hadia.. muuuuaaaahhh satu kiss tuk ank umi ni... semoga menjadi panduan untuk anak-anak anda juga ye... 

 

0 comments:

Post a Comment