GEMUK SELEPAS BESALIN, APA PUNCANYA?

Kita sering mendengr luahan rasa hati kebnyakan ibu-ibu yang merungut tentang kenaikan berat badan selepas besalin. Apakah yang menjadi penyumbang kepada msalah gemuk selepas besalin ini ye? jom kita siasat beberapa punca yang saya kira mungkin menjadi penyebab berpandukan pengalaman saya dan juga beberapa orng sahabat saya.

"Masa berat naik mendadak x rasa pape, semudah ABC, tapi nak turunkan baik kepada asal bukan main susah lagi".... anatara keluhan para ibu selepas besalin.

gemuk selepas besalin
Benarkah Bengandung punca kegemukan seseorng ibu ?

Vitamin Ibu mengandung seperti obimin menjadi sebab kandungan menjadi dan mengemukan?

Tidak sama sekali, menurut pakar-pakar perubatan pengambilan multivitamin seperti obimin bertujuan untuk menambahkan tahap darah merah ibu, bukan nya untuk membesarkan bayi dan juga menggemukan ibu semasa kehamilan mahupun selepas kelahiran. Malah multivitamin ini sangat di perlukan ibu mengandung untuk mengurangkan masalah pendarahan sewaktu prosess kelahiran. Saiz bayi di dalam kandungan besar pula lebih banyak di pengaruhi daripada baka atau adakalanya ibu menghadapai diabetis.

Berapa banyak kalorikah yang di perlukan oleh ibu sepanjang tempoh kehamilan?

Sebagai panduan untuk mengawal pemakanan dan berat badan semasa mengandung, anda tidak digalakkan makan dengan niat ' makan untuk berdua'. Ini penting untuk mengelakkan penambahan terlalu banyak berat badan. Seharunya kenaikan berat badan haruslah mengikut jumlah yang telah di tetapkan bagi setiap bulan kehamilan. Dikhuatiri kenakan berat badan yang tidak terkawal boleh menyebabkan ibu menghadapi risiko diabetis dan kesukaran ketika kelahiran akibat ruang untuk bayi keluar berkurangan. Jadi, para ibu perlu mengawal pemakanan dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan mengurangkan manis-manisan dan karbohidrat yang menjadi punca kenaikan berat badan.
punca masalah ibu gemuk selepas besalin
Risiko anak besar di dalam kandungan akibat jumlah pemakanan ibu yang tidak terkawal.

Dua punca yang di kenal pasti ni sering kali di jadikan alasan untuk mereka yang yang risaukan bentuk badan akan berubah selapas kelahiran. Seharusnya kita lebih peka kepada jenis-jenis pemakanan yang kita ambil sewaktu tempoh mengandung dan menyusu. Bukan sahaja dikatakan ibu mengandung sahaja sering menggunakan alasan ''makan untuk berdua'', masalah yang sama juga seringkali juga di gunakan oleh ibu menyusu. '' Saya perlu makan dengan banyak untuk memastikan kesihatan anak.'' Ini salah sama sekali kerana bukannya jumlah kuantiti makanan itu yang perlu di risaukan semasa menyusu, tetapi betul ke ibu menyusu ini mendapat vitamin yang cukup untuk menampung keprluan ibu dan anak. Makanan lah sampai pecah perut pun, tetapi hanya sebahagian zat dari makanan ini sahaja yang akan sampai kepada bayi anda melalui penyusuan. Amalkan lah pemakanan dengan cara yang betul untu mengelakankan masalah yang lebih teruk berlaku selepas kelahiran.Sekian.

''Cantik luar, cantik dalam, cantik selepas besalin, barula suami sayang''

0 comments:

Post a Comment