Malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa dan di mana kita berada. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar, saya sarankan untuk mengadakan fist aid kit ni di setiap rumah. Kelengkapan first aid kit ni bukan la tujuan untuk untuk merawat anak seperti seorang doktor merawat pesakitnya tetapi sekadar untuk bantuan kecemasan awal sebelum sempat berjumpa doktor.
First Aid Kit untuk baby |
Antra kejadian yang mungkin boleh berlaku di rumah
I) terjatuh
2) Luka
3) demam
4) selsema
4) selsema
5) terkena gigitan serangga
6) melecur
7) cirit-birit
8) tercekik
9) kembung perut
I0)melecur
Jadi penyediaan first aid kit ni sangat penting untuk langkah awal rawatan kecemasan yang ringan untuk anak-anak kita. Simpan kotak ubat-ubat ni di tempat yang mudah dilihan dan mudah dicapai semasa di perlukan. Ini First Aid Kit box untuk Ahmad Sobirin. saya dah stanby by jika perlu.
Antara BArang yang perlu ada di dalam First Aid Kit box dan simpanan saya ni adalah:
I) termometer - menyukat suhu
2) cool fever - meredakan panas badan
3) Ubat demam (mengikut dose dan nasihat Doktor ye)
4) ubat batuk
5) Gel alovera - untuk kulit melecur
6) minyak baby - kembung perut
7)Bandage strip - (hansaplast) untuk menutup luka kecil
8) minyak gamat - meringankan luka
9)oral syringe - memberi bayi makan ubat
I0) lampu suluh kecil - untuk menyuluh jika didapati bayi tertelan sesuatu, elak tercekik
II)Calamine lotion / herbal bland - melegakan gigitan serangga dan masalah kulit
# yang paling penting saya rasa wajib ada bersama dgn first aid kit ini adalah number telefon kecemasan yang boleh di hubungi ketika perlu. Antaranya adalah ;
I) Klinik pakar kanak-kanak berhampiran / Doktor keluarga anda
2) Hospital yang berdekatan
3)Balai polis dan balai bomba yang berdekatan
4) 2 orng jiran yang berhampiran
Sentiasa fokus kepada aktiviti anak-anak kita. BAhaya menanti di manana-mana |
Ambil Tahu Serba Sedikit tengtang Cara Rawatan kecemasan awal:
Setiap ibu bapa perlu mempelajari serba sedikit mengenai CPR kerana anak-anak berkemingkinanbesar terdedah degan kejadian seperti tercekik, sesak nafas, dan sebagainya. Ilmu mengendalikan anak yang terkena minyak panas, gigitan serangga, patah juga sngt penting untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih parah setibanya di hospital. Ilmu-ilmu seperti ini kita boleh dapati di klinik-klinik yang berhampiran.
Semoga apa yang di kongsikan ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua demi anak-anak tersayang.
bagus bagus, barulah inspector gajet
ReplyDeletethank you sudi singgah membaca di blog saya, =)
ReplyDeletehehe,, lepas ni kena besarkan box first aid kt rumah i, da x muat nk letak semua barang.
ReplyDeleteArtikel ini sangat informatif dalam menerangkan kepentingan dan jenis peralatan yang perlu ada dalam kit pertolongan cemas. Memastikan first aid kit sentiasa lengkap selepas digunakan adalah langkah penting bagi memastikan ia bersedia untuk sebarang kecemasan. Pemantauan dan penambahan stok secara berkala juga dapat membantu mencegah kekurangan peralatan kritikal pada waktu genting.
ReplyDelete