PANDUAN MAKANAN TIDAK SIHAT UNTUK IBU HAMIL

"TAHNIAH.... anda menagndung... " seronik kan bila kita dengar seorng doktor mengungkapkan ayat ini. Terasa di awang-awangan sekejap antara percaya atau tidak di dalam rahim kita hidup sesuatu yang boeh di ibaratkan sebagai tanda cinta kita terhadap suami. Dia awal fasa mengandung ni, banyak benda yang biasa kita makan kita perlu kurangkan , dan ade juga benda yang jarang kita makan kita perlu ambil lebih sedekit demi kesihatan anak. 

Tahukan korang, sebenarnya terdapat beberapa jenis makanan yang perlu di elakkan ketika mengandung?
Jom kita bincang apakah makanan yang perlu di elakkan ketika kehamilan. 

I. Alkohol

Minuman beralkohol adalah benda paling utama yang perlu di elakan oleh ibu mengandung. Dikatakan minuman berakohol akan menyebabkan pembantutan tumbesaran bayi dalam kandungan serta boleh merencatkan pertumbuhan sel-sel otak nya. 

2.Minuman berkafein dan bergas

Pengambilan minuman berkafein secara berlebihan dikhuatiri menyebabkan anak dilahirkan degan berat yang kurang dan menyebabkan risiko besar keguguran. Selai itu pengambilan air bergas dan juga coklat yang berlebihan berisiko menyebabkan anak besar dalam kandungan.  Pengambilan kafein yang berlebihan mampu merosakkan zat kalsium di dalam tulang dan membantutkan pertumbuhan tulang bayi korang. Namun kepada ibu-ibu pencinta setia kopi, yang la terlalu rungsing ye. Korang masih boleh menikmati kopi korang dalam kuantiti yang sedikit. Hadkan kepada kopi korang kepada maximum 200mg sehari (I2 ouns cawan). Xde lakorang mengidam pula nanti ye hehe.

3.Pil dan ubat-ubatan
Kita selalu dengar ibu-ibu hamil ni bertanyakan soalan sebegini. ''Boleh ke ibu mengandung makan penadol?''..."kalu ambil ubat batuk akan ade kesan ke tidak ke atas bayi dalam kandungan saya ni".. dan macam-macam lagi la. PAda pendapat saya, sebelum korang buat keputusan untuk mengambil sesuatu ubat atau pil, bertemulah doktor korang dulu untuk meminta nasihat. Sesetengah dari ubat-ubatan ini boleh memberikesan kepada bayi korang. Rujuk lah pakar sakit puan dan farmasi korang sebelum mengambilnya terutama pada fasa awal kehamilan. 

4.Merkuri
Sebagai seorang ahli kimia di salah sebuah pusat penyelidikan, risiko untuk terdedah dengan bahan merkuri ini adalah sangat tinggi. Tetapi harus di ingatkan disini. Merkuri bukan sahaja terdapat di makmal-makmal kimia sekolah, universiti atau pun pusat penyelidikan. Ia juga berada di sekeliling korang termasuk di dalam makanan korang.. Haa? betul ke?....

Ye betul, Merkuri juga terdapat di lama ikan bilis, "shark-fin", ikan tuna, Macerel dan juga ikan-ikan besar lain. Hati-hati juga degan makanan yang di dalam tin ye. Kandungan merkuri ini adalah sangat bahaya dan boleh menyebabkan masalah saraf kepada bayi korang. 

5. Daging mentah atau separuh masak / makanan mentah
Maaf kepada peminat daging mentah dan separuh masak. Pelbagai bakteria termasuklah bakteria toxoplasma yang tidak di perlukan oleh bayi korang banyak terkumpul di dalam makanan jenis ini. Elakkan memakan daging  atau ikan mentah seperti sushi, tiram separuh masak dan juga daging BBQ yang korang x pasti msak ke tidak. Cuba elakkan di sepanjang tempoh mengandung 9 bulan ni ye. 

Demi kesihatan dan perkembangan anak, apa salahnya ibu-ibu berkorban sedikit nafsu makan kan. Pejam celik pejam celik alah.. kejap je 9 bulan tu.... lepas tu da boleh makan la balik... hehehe... harap sedikit sebnyak entry ni dapat memberi manfaat kepada korang . Untuk ibu-ibu yang sudah bersedia untuk menyusukan anak. Jom tambah ilmu mengenai makanan harian wajib untuk tambah susu ibu. Persedian awal tu penting untuk memastikan kita bersedia di kemudain hari kn.

                                                    JOM BREASTFEED BABY KITA

Your Shaklee Distributor                                     

    Pn Lin Alin

SID     : 954892   
Tel       : 018-2890438
Fb       : Lin Alin
Fb Page: cutecottonshop.com    


0 comments:

Post a Comment