KENAPA PENGHASILAN SUSU IBU MERUDUM?

Pengalaman saya menyusukan ank sepanjang setahun tujuh bulan ni memang banyak pasang surutnya... Kadang-kadang susu kita akan banyak and ade satu-satu masa pulak susu kita akan merudum..Tapi persoalannya sekarang.. adakah bila susu kita merudum kita akan terus beralih arah untuk terus je memberikan susu formula kepada ank kita??

Kenapa penghasilan susu ibu merudum?

pengalaman menyusukan anak adalah berbeza untuk setiap ibu dan ank.. so sesuatu tip penyusuan yang berkesan untuk seseorng ibu menyusukan ank nya mungkin tidak sama dengan seorng ibu yang lain...
Jom kita kenali beberapa faktor utama yang boleh menyebabkan susu ibu merudum:

I. SI IBU KEPENATAN.

Ini adalah cabaran paling utaman kepada seseorng ibu kerana lazimnya bila kita ade ank kecik , seseorng ibu boleh hilang fokus degan cepat, rasa penat untuk menguruskan ank, penat menguruskan rumah dan tidak cukup waktu tidur di sebelah mlm juga. Pengalaman saya menyususu dan dalam masa yang sama menguruskan bahan-bahan kimia adalah sangat memenatkan. Pembahagian masa di atara kerjaya dan tanjungjawab sebagai seorng ibu perlulah di bahagiakan sama rata. sebagai cth: saya akan cuba slot kn sesi mengepump sebnyak 3 kali sehari dalam tempoh 9 jam bekerja. nekad.. walau ape pn yang terjadi.. walau siapa pun korang di office, tanggung jawab sebagai ibu haruslah di jalan kan demi kebaikan dan kesihatan ank.

2.CAFFEINE

Sebagai ibu menyusu cuba lah semampu korang untuk elakkan pengambilan caffeine secara berlebihan. Ini adalah kerana pengambilan cafeeien secera berlebihan akan menyebabkan badan kita dehydrate. Terutamanya dalam bulan puasa, disarankan korang minum sebnyak mungkin air masak untuk menjaga kuantiti susu. Sesetegan baby akan mengalami kembung perut jika ibu yang nyusu mengambil caffien secara berlebihan ...juga menyebabkan kesukaran baby untuk tidur atau boleh juga menyebabkan bayi  hyperaktif.

3.PENGAMBILAN PIL PERANCANG

Jika korang sedang merancang untuk tidak hamil degan menggunakan pil perancang, ketahuilah ye pil perancang ni boleh menyebabkan kuantiti susu merudum. Sesetegan pil pencegah kehamilan ini mempunyai hormon estrogen, hormon yang boleh merencatkan penghasilan susu korang. jadi. sila la dapatkan nasihat yang pakar ye. =)

4.REMPAH RATUS

Sesetengah herba seperti pasli, oregano, dan pudina mungkin mempunyai negatif kesan ke atas bekalan susu korang jika diambil dalam kuantiti yang besar.

5. ALKOHOL

Pengambilan alkohol adalah sagant tidak digalakkan untuk ibu menyusu. Ia boleh menukarkan rasa susu korang, dan seterusnya menyebabkan bayi korang menolak untuk minum degan kerap. Semakin bayi korang kurang menyusu, penghasilan susu juga akan bekurang. Pengambilan alkohol bukan sahaja boleh menyebabkan susu korang bekurangan tetapi boleh menyebabkan ank korang mengalami fasa kelewatan untuk pembangunan minda.

5.MENGANDUNG LAGI

jika seseorng ibu menyusu mengandung, hormon semasa mengandung akan menyebabkan production susu ibu merudum.

6. STRESS


Stress yang beterusan akn mengganggu penghasilan susu ibu. Seharusnya ibu yang menyusu di galakkan untuk berada dalam keadaan yang tenang sewatu menyusu secara terus kepada bayi mahupun sedang mengepump. Sedikit tips yang boleh saya kongsikan untuk menggalakn penghasilan susu ibu,. cubalah untuk melihat / bayangkan wajah bahagia bayi2 korang sewaktu tengah mengepump, menyusu secara terus kepada bayi atau pun melihat gambar2 yang boleh buat anda berasa gembira untuk merangsang hormon penghasilan susu korang. insyaallah, saya da cuba.. and it's work for me. konsepnya.. ibu happy susu pn xde segan-segan nak keluarkan hehehe =)

Ini dalah sebahagian faktor kenapa susu ibu boleh drop dapat saya kongsikan. Tapi apa yang penting di sini. untuk penjagaan susu ibu secara berpanjangan make sure korang minum banyak air dan mengamalkan pemakanan sihat ye. Dah jadi ibu nmpaknya korang da x boleh la nk makan sebarangan je.Cerita mengenai pemakanan berkhasiat untuk ibu menyusu, jom godek2 link ni k.

tips untuk make sure payudara betul2 kosing klik teknik mermit.

jom breastfeed bby kita.
jom breastfeed bayi kita... sayangai ank2 kita.. =)

0 comments:

Post a Comment