BAYI KELIRU PUTING?

Assalamualaikum, 

Pernah dengar x istilah bayi keliru puting ni? kepada ibu-ibu yang menyusu rasanya terms ni da agak serasi kn degan korang.. Bayi keliru puting ni bermaksud, kekeliruan bayi untuk mengenal pasti puting ibunya dan juga puting tiruan (teat/pacifier).Disebabkan ini la ibu-ibu yang menyusu ank dinasihatkan agar tidak memberikan bayi korang susu di dalam botol.
Sebaliknya menggunakan cawan atau sudu untuk memberikan anak susu sekiranya tidak dapat disusukan secara terus.


Kenal pasti tanda-tanda bayi mengalami kekeliruan puting


Tanda-tanda nyata bayi korang sedang mengalami kekeliruan puting adalah apabila dia menolak untuk disusukan secara terus dan hanya mahu menyusu melalui botol sahaja.  Ini kerana lubang yang lebih besar pada botol susu lebih memudahkan bayi anda mendapatkan susu  didalamnya dan secara tidak langsung mengajar ank anda untuk tidak besabar dan cepat marah kerana susu lambat keluar ketika diberikan susu ibu secara terus.


Jom atasi  masalah kekeliruan puting bayi anda




1. Anak saya juga x terkecuala mengalami masalah keliru puting ni. langkah pertama sekali bila saya sedar ank saya mengalami masalah ini adalah degan 'skin to skin'......beria lah bayi anda merasai kehangatan badan ibunya.. da cuba galakan dia untuk terus cuba mengisap secara terus payudara korang.. Skin to skin ni penting untuk membina kepercayaan kepada aank korang, memberi pelung untuk dia untuk mengenali ibunya serta dapat merapatkan hubungan antara ibu dan ank. Cuba untuk berada bersendirian degan ank korang, biarkan dia menghidu bau badan korang smbil bermain-main dengan sentuhan lembut korang. insyaallah selepas beberapa kali korang lakukan aktiviti skin to skin ni, bayi korang akan mahu menghisap dari payudara korang kembali. Alhmdulillah saya mengambil masa selama 3 hari untuk atasi maslah kekeliruan puting ni dari Sobirin =)

2. Ketika ank masing mamai dan pening-pening lalat ketika sedang tidur. Cuba suapkanputing korang kepada mulut bayi... Pastikan bayi korang betung-betul boleh menghisap susu degan teknik lekapan yang betul. ini penting untuk elakkan bengkak susu.
3. Make sure korang hulurkan payudara korang sebelum bayi korang lapar dan mintra makanan. Sekirangan korang menunggu bayi korang betul-betul lapar, bayi korang akan lebih mudah meragam dan menolak untuk direct feeding dr ibu mereka.

Kebaikan penyusuan secara terus dari si ibu

 1.ibu lebih rabat degan bayi

2.ibu yang menyusu secara terus dapat menjimatkan tenaga untuk bangun di tengah mlm.

3.Kualiti susu ibu lebih terjamin 

4. Anak lebih rapat degan ibu nya. 
Memang tiada salahnya untuk menjadi ibu yang menyusukan anak secara non direct (melalui botol).. nak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Kawan-kawan saya ade jugak yang bejaya menyusukan ank masing-masing secara botol. tp ye la kan.. penatla sikit, nak bngun pump.. nk panaskan susu mlm2....kesimpulannya ape pun cara korang nk breastfeed baby korang.. make sure semangat si ibu kena la kuat and sentiasa berfikir untuk ank ye.... niat dr awal. and do not give up.. 
sweet momie breastfeeding
jom breastfeed baby kita. =) sweet momies


# untuk dapatkan kompilasi tips penyusuan susu ibu . jo klik sini. =)

#


0 comments:

Post a Comment