RESEPI CHEESE CAKE KEGEMARAN SOBIRIN

Fresh dr Oven cik Lin

yummmey..... tak menyempat-nyempatkan nak tunggu cheese cake ni sejuk jap-jap tanya.. ''umi da boleh makan ke''..''bila boleh makan ni umi?''. untuk alihkan perhatian, meh kita layan entry resepi cheese kek kegemaran ank saya ni jam smbil teman dia menyusu.... Sebelum ni da penah try buat da. Dan hasilnya.. taraaaaa.. setengh je mmg tuk si kecik ni sorng je.. umi ngn abi dapat sorang suku .. jadi la.. so di sebabkan x puas makan. abi Sobirin request buat lg sekali.. haaaaaa.. ok jom layan resepi ni ye.

Bahan-bahan untuk cheese cake Sobirin:

# biskut oreo / biskut digestive / kek coklat (ikut kesukakan masing-masing)
# mentega
# 1 cawan gula ( sy guna setengah cawan je sbb nk bg ank kecik mkn )
# 500g cream cheese
# 1 kotak weeping cream
# 3 biji telur
# 1/4 biji lemon
# 1 sudu kecil asin vanila

cara-caramembuatnya:
1. Biasanya saya lebih gemar menggunakan kek coklat yang di beli siap dari Tesco sebagai tapak cheese cake saya. Potong kek coklat tadi menjadi cebisan kecil-kecil dan mampatkan kek tersebut kedalam dasar loyang. Jika korang menggunakan biksut.. pastikan korang hancurkan dulu biskut tersebut dan kemudian tuangkan mentega cair untuk memastikan biskut-biskut tersebut tidak berderai ketika mengangkatnya.

2. masukkan loyang yang berisi kek ini tadi ke dalam peti sejuk untuk make sure kek tersebut bercantung antara satu sama lain.

3. Sementara tu, jom buat cream cheese. Mix kan 500G cream cheese dan gula di dalam mixer. pukul degan kelajuan yang rendah. Kemudia bila nampak cream tersebut sebati. Masukkan telur puting dan kuning bersama-sama secara perlahan-lahan. pukul sehingga cream dan telur sebati dalam kelajuan sederhana.

4. selepas itu masukkan sedikut perahan lemon dan juga asin vanila ke dalam adunan tadi. Sekali lagi gaul dalam kelajuan yang sederhana.

5. akhir sekal. masukkan sekotak weeping cream kedalam adunan dan teruskan menadun sehingga adunan sebati. Make sure korang da g panaskan oven ye masa process mengadun ni.
tempt 150 dgree

6. keluarkan loyang yang berisi kek coklat tadi. Tuangkan adunan cream cheese kedalam loyang ini dan ratakan. Kemudan boleh dibakar dalam suhu 150 dgree selama 45 minit. Senang cite korang nmpak toping kektu jadi kekuningan.. so it the best time la tuk di angkat keluar dr oven. hehehe...

tarrrraaaa,,, hasilnya cam dalam pic di atas ye... ni x siap lagi ni..... nak kena sejukkan didalm peti sejuk dulu minimin 2 jam sebelum boleh di sapu topping.... biasanya untuk topping saya beli jem blueberry dr kedai2 kek yang berdekatan.. x payah susah-susah nk buat. hehe...

ok bila da siap nnt.. nak-nak pulak di makan time sejuk2 kan.. wauuuu.. mmg tangkap leleh la.. hehehe. terus terjatuh cinta pandang ke dua cik abg u olz nnt..hehe selamat mencuba. insyaallah ade masa nnt saya up date kan step by step pic untuk memudahkan korang try ye.... =)

taraaa... hehe sengaja letakkan printed upin ipin ni khas buat ank umi

0 comments:

Post a Comment