PANDUAN MENYEDIAKAN BEKALAN SUSU IBU KE RUMAH PENGASUH / NURSERY

Assalamualaikum ibu-ibu muda.. sihat ke?

Entry kali ini khas kepada ibu-ibu baru yang masih tertanya-tanya cara untuk membekalkan susu ibu kepada bayi-bayi mereka sewaktu hendak memulakan tugas. Saya masih teringat-ringat lagi malam yang esoknya saya akan menghantar baby saya ke nursery. Tak lena tido dibuatnya.. hati ni tersangat a risaukan keadaan baby yang hanya seusia 40 hari dan akan akan dihantar ke nursery. Dijaga oleh cikgu-cikgu muda yang masih belum pun berkahwin. apatah lg mempunyai anak. Macam-macam persoalan di kepala saya...

'' Boleh ke cikgu-cikgu ni jaga anak aku?'',
''Nak ke Sobirin duduk dengan orang lain?'',
''Macam mana kalau dia menagis nanti, Boleh ke cikgu-cikgu tu tackel dia suruh diam?''
''Berapa banyak  susu nak di bekalkan kepada dia esok?''

macm2 soalan la berlegar-legar di kepala saya... tapi dalam bnyak-banyak soalan, ade 1 persoalan yang 'gedabak' belegar2 dikepala saya ni membuatkan saya temenung di depan peti ais....

Macam mana nk pack susu tuk Sobirin ni..? Terbagi lebih kang rugi pula.. Stok susu dalam freez (EBM) da la tak bnyak... kalau bagi terkurang plak.. belapar pulak dia nanti... hmmmm


Khas untuk ibu-ibu baru di luar sana saya harap entry saya kali ni dapat membantu ye... if ada pape nak tanya pun harap jangan la segan-segan untuk berkongsi masalah dan bertanya. insyaallah saya kan tolong yang termampu  .=)

Tp sebelum tu. saya harap ibu-ibu boleh bezakan antara fresh milk, EBM, dan stok susu ye. Kepada sesiapa yang belum tahu. Saya ade nyatakan maksudnya di bawah. 

*Fresh milk= susu yang di perah dan belum dibekukan. Disimpan didalam Chiller (bahagian dingin sahaja, bukan tempat beku)

*EBM = susu yang telah di masukkan dan di bekukan di dalam freez

*stok susu = susu yang telah di keluarkan dr freezer ke bahagian chiller (untuk mencairkan susu) 

Ok da kenal istilah kan.... katakan esok (31 Jun) kita nk gunakan susu ni ye...malam sebelum tu kita da kuarkan EBM ke bahagian chiller peti ais. Ini bertujuan untuk mencairkan susu. susu yang telah di keluarkan dari freezer ini kita namakan stok susu..stok susu ini perlu dihabiskan sebelum 24jam. so anda kena make sure yang stok susu ni habis diminum oleh bayi anda. Cane pulak nak make sure susu dihabiskan..? ok sape nak tahu sila sambung baca k.

TAHU JUMLAH SUSU YANG DIPERLUKAN

katakan bayi anda minum 3oz sekali sesi feeding... pack stok susu ke dalam botol storage hanya 3oz/botol. katakan bayi anda minum susu setiap 3 jam sekali dan last baby anda menyusu adalah pukul 8 pagi. Jadi untuk ibu yang bekerja 8jam (office hour) anda perlu sediakanlebih kurang 4 - 5 botol storage yang berisi stok susu 3oz.

EBM  first in first out

anda harus ingat sewaktu lepas pantang penghasilan susu kita sangat bnyak. Ini adalah waktu yang tepat untuk mengumpul EBM. Tp jangan la sampai tak begerak pulak ye EBM dalam freezer tu sebab susu di dalam frezer ni ada tarikh luputnya. Pastikan anda lablekan pada storage botol/bag ,tarikh-tarikah pemerahan susu tersebut. Guna susu bertarik yang paling awal diperah...Senang cerita.. yang mana masuk dulu , yang itu la harus keluar dulu ye..ini adalah  untuk mengelakkan pembaziran. Anda boleh pack susu seperti berikut.

katakan tadi anda memerlukan 4 botol storage yang dilablekan dengan nombor 1,2,3, & 4... yang setiap satunya berisi 3oz. (so total susu yang diperlukan untuk anak pada hari itu adalah 12oz ). So anda boleh mengisis susu dalam setiap botol seperti dibawah:

botol ber no1 = Stok susu 3oz (dr chiller selepas kesemua EBM cair)
botol ber no2 = fresh milk 3oz
botol ber  no3 = fresh milk 3oz
botol ber no4 = fresh milk 3 oz

*** jika botol ke empat tidak habis.. kita masih boleh menggunakan susu fresh ni untuk esok pula. 
***Susu fresh yang masih belum di bekukan boleh bertahan di dalam chiller selama 3-4 hari. 

 
Begini la seterusnya sehingga la bayi anda besar ye ibu-ibu.. Xde la susah sangat kan nak breastfeeding anak-anak kita kan walaupn si ibu bekerja, outstation, or nk tinggal bayi sekejap untuk urusan rasmi di kampung... Selamat mencuba...  

Bapak pn boleh bantu jaga bayi sambil breastfeed.hehe


OH YA , SAPE-SAPE YANG BERNIAT NAK TAMBAHKAN EBM... JOM TNYA SAYA K.


0 comments:

Post a Comment