CARA MENGGUNAKAN SUSU IBU BEKU (EBM)

Breastfeeding dan ibu berkejaya sekarang ni sudah tidak asing lagi.. Ramai ibu-ibu yang berjaya dalam kerjaya, masih lagi berjaya memberi susu ibu kepada anak-anak mereka. Susu-susu ini di pam, di perah, disimpan,  dan di bekalkan bersama anak-anak ke nursery atau ke rumah pengasuh. Saya adalah salah seorng ibu yang sangat-sangat mementingkan kesihatan anak dan sanggup megharungi susah senanag memperjuangkan Breastfeeding untuk 2 tahan.. insyaallah.. doakan saya ye untuk perjalanan yang masih panjang...

Entry kali ni saya nk ajar ibu-ibu cara-cara menggunakan susu perahan yang telah dibekukan... saya buat 6 step untuk memudahkan lagi penerangan saya ye :

Langkah 1: Keluarkan susu beku (EBM) dari Freezer ke bahagian Chiller.

Pada malam esoknya kita akan bekerja, trunkan EBM dalam jumlah yang hanya cukup-cukup untuk kegunaan bayi anda sahaja. Process pencairan susu beku (EBM) ini mengambil masa yang agak lama juga untuk dicairkan. Contohnya saya bekerja pada pukul 8pagi hingga 6petang... selepas balik keja pukul 6petang tu sesampai je saya kat rumah terus buka peti dan menurunkan EBM ke bahagian bawah peti iaitu chiller. Ibu-ibu kena ingat ye.. susu yang di cairkan hanya tahan dan perlu dihabiskan 24jam dari tempoh susu itu di trunkan ye. 

Langkah 2: Rendamkan susu tersebut di dalam takungan air sejuk atau lalukan EBM di bawah air mengalir

Jika keesokan harinya susu hanya cair hanya 60% - 70%... jangan panik... Rendamkan atau lalukan EBM tersebut di bawah air mengalir.. insyaallah cepat. Saya selalu buat begini kalau terbangun lewat dan susu masih lg belum cair sepenuhnya... mmg pantas.

**JANGAN SEKALI-KALI MEMANASKAN/MERENDAMKAN EBM TRUS ke dalam air panas / memanaskan EBM menggunak microwave kerana proces ini akan merosakkan  nutrien susu tersebut..

Langkah 3: Tuang susu yang telah cair ke dalam botol

Setelah EBM cair sepenuhnya, tuangkan susu ini ke dalam botol-botol storage untuk memudahkan pengasuh/ cikgu menggunakan susu ini.. Kaedah ini memudahkan pengasuhnya kerana masa nk gunakan susu-susu dari botol-botol ni , diorang hanya perlu pasangkan puting je kepada botol-botol tersebut. Pastikan botol-botol storage ini di nomborkan untuk memudahkan pengasuhnya melihat dengan cepat susu dari botol mana yang perlu digunakan dahulu... ada juga kawan-kawan saya meletakkan tarikh pada botol-botol tersebut.. Saya rasa cara menomborkan botol lagi memudah. Sya rasa anda pn sedia maklum kerenah anak masing-masing.. masa baby kita nangis.. mmg suma benda pn nk cepat-cepat je kn...xsempat dah nak belek-belek tarikh yang mana dahulu yang mana kemudia kn.. betul x?? 

boleh klik link ini untuk mendapatkan 'Panduan Membekalkan Susu Ibu ke Rumah Pengasuh' ye:

http://stayhealthywithgreenapple.blogspot.com/2013/06/panduan-menyediakan-bekalan-susu-ibu-ke.html 

 Langkah 4: Rendam dalam air panas / wamer 

 Selepas tu pengasuh / cikgunya hanya perlu rendamkan botol ini kedalam air panas/ panaskan mengunakan womer sahaja semasa anak kita memerlukan. Sebelum anda meninggalkan anak anda bersama susu-susu tersebut, Pastikan pengasuh telah paham cara-cara untuk menggunakan susu-susu ini. Bukannya apa. dr pengalaan saya penah sekali cikgu Sobirin memanas susunya dengan cara memasukkan air panas ke dalam susu (susu +air panas) sebelum di berikan kepada dia. Kaedah ini salah ye sebab baby bawah 6 bulan tidak digalak minum air masak.. hanya susu ibu exclusive sahaja... cara yang betulnya adalah dengan merendamkan botol bernombor td ke dalam cawan berisi air panas k..Anda kena pastikan pengasuh betul-betul paham ye 2 kaedah yang berbeza ni..Paling penting... jangan panaskan susu ibu dengn air yang sedang megelegak k..
a)teknikrendaman untuk menyah beku       b) teknik rendaman dalam air suam untuk  memanaskan

Langkah 5 :Check suhu

seperti biasa. Chek suhu susu sebelum diberikan kepada bayi.. susu yang dipanaskan seharusnya hanya memadai menyamai susu badan manusia sahaja.. anda kena ingat. susu yang terlalu panas hanya akan merosakkan protein susu tersebut ye.

Langkah 6 :Dah boleh bg terus kepada bayi anda 

Ok bila da ready suma... da boleh bagi kepada bayi .. hehe mudahkan.... so kenapa nak bg banyak alasan lagi untuk xnak breastfeeding bayi anda.... sedangkan zaman RASULULLAH S.A.W dulu pn... ibu-ibu mencari ibu susu kepada anak masing-masing . Bandingkan dengan zaman sekarang ni yang dah bnyak teknologi-teknologi yang memudahkan ibu-ibu untuk menyusukan anak-anak kita.. da x de alasan lg kn...Islam sendiri menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi.

Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud;

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."



JOM BREASTFEEDING BAYI KITA.... insyaallah saya doakan ibu-ibu di luar sana berjaya BF anak masing2 selema 2 thn ye... Doa kan saya juga. 


**** untuk pertanyaan atau perkogsian ilmu.. harap jangan segan untuk berkongsi k... untuk pertanya mengenai set menyusu shaklee juga boleh la call/sms/whatsapp saya Alin ye- 013-2787947.

2 comments:

  1. tq sgt2.mmg mnari info pnglmn cmni..sm2 kte bf!

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga boleh beri manfaat kepada ibu2 lain ye =)

      Delete