TIPS MENYUSUKAN KEMBALI ANAK SETELAH 3 BULAN BAYI MINUM SUSU FORMULA

Assalamualaikum ibu-ibu, semalam lin ade terima satu persoalan dari seorng sahabat kita yang ingin menyusukan semula bayinya setelah 3 bulan anaknya minum susu formula.. Alhamdulillah kembang kempis dada lin terasa bangga kerana ibu ini telah di berikan kekuatan dan azam baru untuk menyusukan anknya kembali. Tahniah sahabat... Lin doa kn semoga Imah bejaya susukan anak ye.

ok lah, sahabat kita ni baru sahaja lepas pantang dan anaknya berumur 3 bulan. Sebelum ni anak ini di berikan susu formula kerana si ibu kekurangan susu. Jika korang juga ada keinginan dan rasa untuk menyusu anak masing-masing kembali. Tiada istilah telambat yang patut di berikan sebagai alasan untuk anak korang tidak mendapat susu ibu ye. Jom kongsi tips untuk menukar perhatian ank kembali menyusu direct dengan ibu... chekidaut.......

Tips mudah untuk alih perhatian bayi..

I. mulakan langkah pertama dengan memberikan bayi korang susu ibu yang di perah di dalam botol
(proses menukar susu dahulu).

2. Skin to skin, masa awal-awal.. perlahan-lahan make sure korang rapatkan bayi korang ke dada untuk memastikan bayi tersebut mendapat kehangatan dan juga bau badan ibu. proses ni bukan sahaja patut di lakukan ketika di dalam dewan besalin, pada saya kemesraan antara ibu dan anak perlu sentiasa di tunjukkan supaya anak sentiasa berasa selamat dan selesa ketika menyusu. Lakukan secara perlahan-lahan. jika ank korang memberonta, mulakan degan memeluk ank anda skin to skin dengan memberikan susu ibu di dalam botol terlebih dahulu berikutan anak anda sudah terbiasa degan botol setelah sekian lama.

3. Jika bayi sudah selesa, pastikan korang memberikan ank korang direcet setiap kali bayi anda menangis. Oh ye.. jika korang adalah ibu berkerjaya, korang boleh la selang-seli penggunaan botol dan memberikan susu secara direct feed. Bukannya apa, di takuti bila ank korang sudah selesa direct feed susah pula nk terima botol kembali masa korang bekerja kan.

Tips untuk memastikan susu ibu mencukupi untuk bayi korang.

I. banyakkan minum air suam dan juga air masak.

2. Kerapkan waktu mengepump, conthnya 2 hingga 3 jam sekali pump. ini penting untuk merangsang susu korang kembali terhasil untuk keperluan anak. Sila jangan terpengaruh dengan gambar-gambar susu ibu yang banyak di internet ye. Korang wajib tahu setiap bayi keperluan susunya dalah berbeza. cukup sekadar korang faham DEMAN VS SUPPLY...... semakin kerap payudara korang kosong , maka semakin cepat la susu ibu yang baru akan terhasil.

3. Buat stok susu untuk anak. Ini penting untuk memastikan anak korang sentiasa cukup stok ketika anak anda di hantar ke taska atau ke rumah pengasuh.

4. Lakukan mermit untuk setiap kali lepas proses pump dan direct feeding.Kenapa? untuk memastikan breast korang betul-betul kosong selepas pump or direct. Saya ade sediakan entry step by step untuk ibu-ibu yang hendak belajar teknik mermit yang betul. boleh klik sini ye.

5. Setiap kali lepas pump or direct feeding, minum la  secawan susu, or milo, or horlic, atau benda-benda suam untuk merangsang susu korang cepat terhasil semula. awas... kurangkan minum air yang sejuk ye di awal-awal percubaan menyuskan anak korang balik ni. Air sejuk akan menyebabkan breast lambat bengkak.

6. Cuba banayk kan makanan yang dikatakan mampu merangsang penghasilan susu ibu. Contohnya.. susu, habatus saudah, madu, buah longgan, durian, jantung pisang, soya dan bnyak lagi la.. setiap orng milk booster nye x sama. bergantung pada badan masing-masing...

Jadi kepada ibu-ibu yang mahu kembali menyusu anak. saya doakan semoga korang semua kuat dan tabah demi kebaikan anak. Pengorbanan ibu membawa ke syurga.. Ayuh pejuang susu ibu.. kita gempur demi kebaikan bby kita bersama.... kalu ade tip2 lain yang saya tertinggal or korang rasa menjadi untuk tembahkan susu.. mohon share sama2 ye. Kita belajar sama......=) jom bf bby kita..

lin alin
0I8-2890438

0 comments:

Post a Comment