PENGURUSAN SUSU IBU DARI 'A TO Z'

Alhamdulillah semakin ramai ibu-ibu di luar sana yang sudah open dan mahu menyusukan anak sendiri. Ramai juga yang telah bertanya-tanya saya cara-cara untuk menguruskan susu-susu perahan ibu ni.. jadi untuk memudahkan saya yang kuat membebel ni... terbuka pula hati saya untuk mewujudkan entry ni.. harap dapat membantu mammy di luar sana ye,

korang tahu x... sebenarnya susu ibu mengandungi banyak sel hidup. Sebab tu la, susu ibu perahan ni perlu disimpan menggunakan kaedah yang betul agar kandungan nutriennya kekal terpelihara dan tidak musnah... jom ikuti tekni penyimpanan susu ni dari step A to step Z ye.

A - pilih bekas yang sesuai dan disteril terlebih dahulu untuk menyimpan susu. Pastikan bekas itu boleh di tutup degan rapat. Bekas kaca dan plastik keras ( cthnya : plastic storage bag x kisah la jenama ape pn pilihan saya) adalah lebih baik kerana dapat menyimpan susu-susu ini dalam tempoh yang lama disamping menjimatkan ruang freezer korang.



B - kalu korang pilih tuk guna plastic storang, pastikan ia tebal dan tidak bocor ye.. kang ade plk yang nangis putih mata kalu susu plastik tu bocor t kn.

C - kalu korang pilih nk simpan susu di dlam bekas  yang keras pula. pastikan yang ade penutup ye.. ini boleh mengelakkan susu korang berbau mcm2 k.

D- Jangan sesekali menggunakan plastik aiskrim untuk menyimpan susu kerana ia tidak bersih dan mudah pecah. Di kuatiri boleh merosakkan kualiti susu tersebut

E - jangan gunakan bekas yang bewarna kerana di takuti kalau-kalau warna tersebut luntur atau meresap ke dalam susu.

F - Pastikan bekas yang di gunakan di steril degan baik sebelum digunakan.

G - SUSU IBU BOLEH BERTAHAN SELAMA 4 JAM PADA SUSU BILIK (yang tidak melebihi 25 dgree)

H - susu ibu boleh bertahan 3 - 5 hari di dalam peti ais bersuhu 4 dgree atau lebih rendah. Simpan susu di ruangan paling dalam dan jauh dari pintu ye... untuk memastikan suhu tidak berubah berbanding kawasan berhanpiran pintu .

I - dalam freezer pula ( bersuhu -20 dgree) ... deep freezer la maksud saya, susu boleh bertahan 6-12 bulan.  tetapi jika di simpan didalam freezer 2 pintu peti ais.. susu anda hanya boleh bertahan 3-6 bulan  sahaja. Tetap anda sisarankan untuk meng   gunakan susu tresebut tidak melebihi 3 bln ( mengikit penggunakan freezer peti ais tersebut)

J- Susu yang di alihkan dari freezer hanya tahan 24 jam sahaja ye.

K - Elakkan menyimpan susu bersama2 dengan makanan lain degan tidak menutup... di  kuatiri susu ibu akan tercemar degan bakteria2 lain pula.

L - Susu- susu yang di pump dalam hari yang sama boleh dicampurkan ye.Tetap pastikan korang samakan  dan sejukkan susu ini terlebih ( sekurang-kurangnya sejam) dahulu sebelum mencampurkan mereka.

M - Buat peraturan.. susu yang di bekukan adalah bekalan untuk sepanjang hari bersama pengasuh.. manakala susu yang di simpan dalam chiller adalah susu fresh untuk  di simpan / dibekukan. seelokkanya... pastikan anak- anak korang di bekalkan juga sebotol 2 susu2 fresh ye.

N- Pastikan 60% susu fresh dan 40% susu yang di nyah bekukan di bekalkan kepada pengasuh sehari ye.. sbb susu fresh mempunya banyak antibody yang aktif berbanding susu perahan .

O - ANDA PERLU SENTIASA MELEBELKAN SUSU MENGIKUT TARIKH DAN MASA SUSU DIPERAH. KEMUDIAN GUNAKAN SUSU YANG MULA DI PERAH TERLEBIH DAHULU.

P - jika ank anda di tinggalkn dirumah pengasuh atau taska.. pastikan nama ank anda ditulis dengan jelas untuk mengelakan tertukar susu ye... ni sngt penting.. takut2 kang x pasal2 korang ade ank susuan plk kng.. huhu

Q - Pack kan susu hanya cukup-cukup untuk sekali penyusuan sebotol.. ctn 2 - 3oz sahaja per botol.... kemian darapkn dengan brape kali agk2 ank anda akn mintak susu sehari.... cthnya.... jika ank d tinggalkn selama 8 jam....tinggakanlah 4 hungga 5 botol yang berisi 2-3oz susu setiap botol ye... ikut keperluan ank anda.

R - susu ibu yang telah dipanaskn perlu dihabiskan 1- 2 jam. kalu x habis.. jangan la sayang tuk buang ye.

S - Susu ibu dikatakan basi jika bebau dan rasa masam seperti santan basi.

T - panaskan susu dengan merendamkan nya dalam air yang bersuhu 40 dgree supaya nutrien nya tidak rosak.

U - susu yang di cairkan tidak boleh di bekukan semula.

V - Tinggal kn sedikit ruang di dalam plastik penyimpanan susu untuk memastikan susu dapat mengembang sewaktu di bekukan .


 

W - susu ibu perlulan di bekukan jika tidak di perlukan dalam tempoh 4 - 5 jam

X - pastikan korng guna ice pack yang cukup tuk sejuk kan susu ibu perahan di office.

Y- make sure susu yang dibekukan di dalam plastik bag tidak terjatuh atau terhentak kerana ditakuti akan menyebab kn plastik penyimpanan susu itu bocor.

Z - JIKA STOK SUSU IBU BEKU TELAH MELEBIHI JANGKA HAYAT, JANGAN SESEKALI BERASA SAYANG TUK MEMBUANYA .

Di harap pengkongsian ini sedikit sebanyak dapat  membantu anda ye... peringatan ni juga tuk diri saya sendiri.. Semoga Allah memudahkan urusan korang  semua ye... JOM BREASTFEED BABY KITA =)


Your Shaklee Distributor                                    

    Pn Lin Alin

SID     : 954892  
Tel       : 018-2890438 (wasp/wechat/telegram/sms/call)
Fb       : Lin Alin
Fb Page: cutecottonshop.com   

0 comments:

Post a Comment