Hari ni saya nak berkongsi sedikit tip buat ibu2 yang menyusu bayi..ibu2 yang mengandung pn same.. boleh dijadikan panduan. Ok la.. x nak membebel pnajang-panjang. Berikut adalah beberapa PANDUAN MAKANAN kepada anda ye..
1. Minum air secukupnya
Korang perlu minum air secukupnya semasa bersahur dan juga semasa berbuka puasa untuk mengelakkan dehidrasi kepada badan korang. harus diingatkan ye,, dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, mengigil, letih, loya, pening, dan rasa haus melampau... selain dari mengeringkan susu.. oleh itu, korang kena la minum air at list 2L sehari atau bersamaam 8 gelas sehari... Sekiranya korang mengalami dehidrasi yang teruk , adalah lebih baik korang berbuka puasa untuk mengelakkan perkara yang tidak di ingini berlaku.
2. Jangan skip bersahur
Sunat bg kita untuk melambat-lambatkan bersahur. Makanlah makanan-makanan yang berkhasiat seperti kurma, oat, madu, susu, sumber protein dan lain-lain lagi untuk memberi tenaga sepanjang hari. Elakkan makan makanan yang berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang di ambil.
3.Makan kurma ketika berbuka
Amalkan memakan kurma 3 biji sebelum mengambil makanan berat. insyaallah akan memberikan tenaga berpanjangan sepanjang bulan Ramadan.
4. makan banyakkan buah dan sayur
Amalan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sangat baik terutama untuk ibu dan bayi. Bagi tujuan membanyakkan susu, korang bleh la try banyakkan mengambil sayur sawi, lobak putih, barli, dan lain-lain.
5.Ambil lebih lemak sihat
Jumlah lemak akan bekurang di dalam susu ibu ketika berpuasa. Oleh itu, korng kenalah banyak mengambil lemak sihat bg memastikan bayi banda mendapat keperluan nya yang mencukupi. Korng boleh try bnyakkan pengambilan susu dan produk tenusu seperti keju dan sebagainya.
6.amalkan madu
Madu dikatakan dapat meningkatkan kadar serapan kalsium kepada tubuh si pemakannya. Selain itu ia juga adalah sumber tenaga semulajadi dan dapat meningkatkan stamina kepada korang.
7. Elak minuman berkarbonat
Pengambilan air yang mencukupi memamg amat-amat di sarankan. tetapi korang kurangkan la pengambilan air berkabonat ye... yang berkafein adalah sama skli tidak elok kepada penghasilan susu badan korang.. nak ke nanti anak jd hiper aktif kerana kafein yang korang minum. takung penat pulak ibu yang berpuasa nk kajar anak-anak kan? heheh
ok la..rasanya cuku setakat ni.. akhirkata dari saya.. jom sama2 kita menantika Ramadan yang bakal menjelang ni degan hati yang penuh iklas dan begembira.... insyaallah tahun ni pertama kali saya akan menyambut Ramadan ber tiga.. sebelum ni.. berdua je,.. Semoga Ramadan kali ni membawa seribu rahmat kepada kita semua ye... amin... =)
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN...... =)
0 comments:
Post a Comment