"Lepas deliver...biasalah.sesi berpantang. part yang paling tak best jika beranak normal adalah kena gunting dan jahit kat tutt. sakit dan perit jika mahu buang air kecil. nak buang air besar apatah lagiii. berjam-jam dan berpeluh-peluh dalam toilet nak membuang :P huhu. ini adalah pengalaman sendiri okehh. salah aku jugak,masa pregnant bukannya nak study /baca kat internet cara nak jaga luka jahitan episiotomi. google kat internet just sampai proses nak bersalin. pasal lepas bersalin tak study/baca sangat pon. so pengajaran kat situ, proses berpantang pon kena amik tahu.terutamanya penjagaan luka jahitan episiotomi. melainkan korang beranak tak kena jahit walaupon anak sulung. perghh.heaven.boleh beranak tetiap tahun camtu:P
so ni aku ada himpunkan pelbagai tips penjagaan luka episiotomi supaya luka kat situ cepat baikk.so takde lah korang jalan macam siput/robot sampai 44hari:P haha
1. Pad Ais.
Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja
mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka
selama 10 minit 3-4 jam sekali.
2. Pastikan kawasan perineum bersih.
Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada
luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau
lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh
doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan
kebelakang untuk mengelakan cemaran najis.
Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.
3. Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.
4.Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.
5.Semasa buang air besar,
tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia
juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.
6.Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.
7.Elak dari sembelit.
Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan
makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel.
Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan
sekiranya luka anda teruk.
8.Sitz bath.
Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air
garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.
9.Senaman Pelvic floor.
Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan
mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda
akan dapat melihat perubahannya.
10.Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.
11.Jangan percaya pada mitos.
Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau
memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali.
Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan
secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil
dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada
masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga
menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan
menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.
korang perasan x... masa kita nk balik dr hospital tu dokter ada bekalkan kita ubt untuk cuci luka.. so kang cuba la guna ubat tuk tuk setiap kali ke toilet ye.. jng tahan-tahan.. di takuti nanti jd benda lain pula,,, and lagi satu kalu korang perasan kita juga akn d bekalkan dengan sejenis pil di pangil zinc...
tau x korang Zinc ni berfungsi untuk tambahkan darah yang telah keluar semasa process kelahiran... ye la da namanya pn luka kn... betul x.. so Zinc ni berfungsi untuk menambah darah dan penyembuhan luka degan cepat... So kepada sape2 yang nk cuba zink dr shaklee boleh wasap /sms saya ye tuk pertanyaan lanjut...
SID : 954892
Tel : 018-9676986 / wasap 013-2787947
Fb : Lin AlinFb Page: cutecottonshop.com
PENGEDAE SAH BARANGAN SHKLEE DI SEKITAR:
Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Sepang, Dengkil
0 comments:
Post a Comment