Kebanyakan minuman berkarbonat dan kopi mengandungi kafein, sejenis stimulan. Pada kadar yang rendah, kafein tidak akan membahayakan ibu mahupun bayi dalam kandungan. Tetapi, kandungan kafein yang berlebihan didalam darah mampu membahayakan ibu bahkan bayi dalam kandungan.Ibu mengandung disarankan mengehadkan pengambilan kafein tidak lebih dari 200mg sehari.
Kajian terbitan ''American Journal of Obstetric & Gynecology, Febuari 2008'', pakar epidemiologi dari Kaiser Permanente Division of Research di California mengatakan bahawa wanita yang mengambil kafein lebih dari 200mg (bersamaan dengan 12 oz kopi atai 30 oz teh), berisiko dua kali ganda lebih tinggi untuk mengalami keguguran.
Pakar percaya risiko individu mungkin perlu diambil kira. Jika anda mempunyai risiko keguguran atau kelahiran pramatang yang tinggi, atau jika anda terdedah kepada faktor penyebaba keguguran, adalah langkah bijak untuk mengelakkan pengambilan kafein atau sekurang-kurangnya mengehadkan pengambilan berdasarkan kajian terkini. Dalam masa yang sama, jika anda masih muda dan sihat serta tidak berisiko tinggi, anda mungkin selamat walaupun mengambil sedikit lebih dari saranan.
Kafein bertindak sebagai agen diuretik dan menyebabkan badan kita kehilangan air serta vitamin yang penting seperti kalsium. Sangat penting untuk badan kita sentiasa terhidrat bagi memastikan fungsi organ berjalan dengan lancar terutamanya semasa mengandung.
Selain memberi kesan dehidrasi terutama apabila ibu tidak meminum air secukupnya, kehilangan vitamin penting seperti kalsium juga memberi masalah kepada ibu dan bayi. Ini kerana, kalsium sangat diperlukan bagi memenuhi keperluan pembinaan tulang dan mengekalkan ketumpatan tulang untuk ibu. Kekurangan kalsium akan meningkatkan risiko osteoporosis untuk ibu hamil.
Kebanyakan air berkarbonat juga mengandungi perisa tiruan, pewarna makanan tiruan dan bahan tambahan seperti pengemulsi dan pengawet, yang mana tidak sesuai untuk diambil oleh ibu hamil.
Ramai orang yang menggemarkan air berkarbonat akan minum minuman ini dalam kuantiti yang banyak kerana ia selalu dihidang sejuk serta manis. Ini akan menyebabkan pengambilan kalori yang berlebihan tanpa nutrien yang sihat. Pengambilan yang berterusan akan mengakibatkan kenaikan berat badan secara berlebihan semasa hamil. Ini kerana, air berkarbonat mengandungi kandungan gula dan seterunya kalori yang tinggi. Lebihan berat badan semasa mengandung akan menyukarkan penurunanberat badan selepas besalin.
''Mencegah lebih baik dari mengubati''
Jom sama-sama jaga kesihatan keluarga kita..
berminat nk cuba set penurunan berat badan and nk cuba shape kan your body... jom shake.. shake... degan shaklee ye....
Your Shaklee Distributor
Pn Lin Alin
Tel : 018-2890438
Fb : Lin AlinFb Page: cutecottonshop.com
PENGEDAE SAH BARANGAN SHKLEE DI SEKITAR:
Bandar Baru Salak Tinggi, Nilai, Sepang, Dengkil
0 comments:
Post a Comment