SUMBER SEMULA JADI TAMBAH SUSU IBU

Kali ni saya x nak bebel panjang2.. just nk syer ngn para ibu ape yang perlu korang makan tuk tmbah susu ye....

1. Lobak putih
    sape yang lalu bleh la bland dan di minum jus nye.. saya x lalu.. huhu kalu masak je saya boleh makan. =)

2. Lobak merah
    boleh di cmpur dalam salad or boleh juga di masak sebagai sayur campur

3. sawi

4. Kuchai

5.Pucuk manis

6. Geti
    sayur yang sesuai dijadikan bahan masak lemak atau tumis air

7. Pegaga
    boleh la di minum jusnya..

8. Peria
    di makan sebagai ulam

9. Jantung pisang
    sedap di makan celur atau di buat kerabu

10. Oren
      sebagai sumber vitamin c juga...

11. Betik
     boleh dimakan pucuk atau buahnya sebagai milk booster

12. Halba
      rendam halba ni kemudia minum airnya begitu sahaja.

13. Jintan hitam
      boleh digunakan sebagai bahan asas masakan seperti sup, masak kicap dan lain-lain.

14. Barli.

15. oat

16. Kurma
      sedap jika di kisar bersama susu untuk mendapat rasa susu yang enak.

17. Longan kering
      di jadikan minuman kering

18. Tauhu dan tempe
      di goreng sahaja

19. susu

20. kacang soya...

*****Perlu diingatkan bahawa jenis-jenis makanan yang diambil ini hanya berkesan sekiranya korang merangsang payudara mengeluarkan susu.

Selamat mencuba =)


Your Shaklee Distributor                                    

    Pn Lin Alin

SID     : 954892  
Tel       : 018-9676986 / wasap 013-2787947
Fb       : Lin Alin
Fb Page: cutecottonshop.com   

PENGURUSAN SUSU IBU DARI 'A TO Z'

Alhamdulillah semakin ramai ibu-ibu di luar sana yang sudah open dan mahu menyusukan anak sendiri. Ramai juga yang telah bertanya-tanya saya cara-cara untuk menguruskan susu-susu perahan ibu ni.. jadi untuk memudahkan saya yang kuat membebel ni... terbuka pula hati saya untuk mewujudkan entry ni.. harap dapat membantu mammy di luar sana ye,

korang tahu x... sebenarnya susu ibu mengandungi banyak sel hidup. Sebab tu la, susu ibu perahan ni perlu disimpan menggunakan kaedah yang betul agar kandungan nutriennya kekal terpelihara dan tidak musnah... jom ikuti tekni penyimpanan susu ni dari step A to step Z ye.

A - pilih bekas yang sesuai dan disteril terlebih dahulu untuk menyimpan susu. Pastikan bekas itu boleh di tutup degan rapat. Bekas kaca dan plastik keras ( cthnya : plastic storage bag x kisah la jenama ape pn pilihan saya) adalah lebih baik kerana dapat menyimpan susu-susu ini dalam tempoh yang lama disamping menjimatkan ruang freezer korang.



B - kalu korang pilih tuk guna plastic storang, pastikan ia tebal dan tidak bocor ye.. kang ade plk yang nangis putih mata kalu susu plastik tu bocor t kn.

C - kalu korang pilih nk simpan susu di dlam bekas  yang keras pula. pastikan yang ade penutup ye.. ini boleh mengelakkan susu korang berbau mcm2 k.

D- Jangan sesekali menggunakan plastik aiskrim untuk menyimpan susu kerana ia tidak bersih dan mudah pecah. Di kuatiri boleh merosakkan kualiti susu tersebut

E - jangan gunakan bekas yang bewarna kerana di takuti kalau-kalau warna tersebut luntur atau meresap ke dalam susu.

F - Pastikan bekas yang di gunakan di steril degan baik sebelum digunakan.

G - SUSU IBU BOLEH BERTAHAN SELAMA 4 JAM PADA SUSU BILIK (yang tidak melebihi 25 dgree)

H - susu ibu boleh bertahan 3 - 5 hari di dalam peti ais bersuhu 4 dgree atau lebih rendah. Simpan susu di ruangan paling dalam dan jauh dari pintu ye... untuk memastikan suhu tidak berubah berbanding kawasan berhanpiran pintu .

I - dalam freezer pula ( bersuhu -20 dgree) ... deep freezer la maksud saya, susu boleh bertahan 6-12 bulan.  tetapi jika di simpan didalam freezer 2 pintu peti ais.. susu anda hanya boleh bertahan 3-6 bulan  sahaja. Tetap anda sisarankan untuk meng   gunakan susu tresebut tidak melebihi 3 bln ( mengikit penggunakan freezer peti ais tersebut)

J- Susu yang di alihkan dari freezer hanya tahan 24 jam sahaja ye.

K - Elakkan menyimpan susu bersama2 dengan makanan lain degan tidak menutup... di  kuatiri susu ibu akan tercemar degan bakteria2 lain pula.

L - Susu- susu yang di pump dalam hari yang sama boleh dicampurkan ye.Tetap pastikan korang samakan  dan sejukkan susu ini terlebih ( sekurang-kurangnya sejam) dahulu sebelum mencampurkan mereka.

M - Buat peraturan.. susu yang di bekukan adalah bekalan untuk sepanjang hari bersama pengasuh.. manakala susu yang di simpan dalam chiller adalah susu fresh untuk  di simpan / dibekukan. seelokkanya... pastikan anak- anak korang di bekalkan juga sebotol 2 susu2 fresh ye.

N- Pastikan 60% susu fresh dan 40% susu yang di nyah bekukan di bekalkan kepada pengasuh sehari ye.. sbb susu fresh mempunya banyak antibody yang aktif berbanding susu perahan .

O - ANDA PERLU SENTIASA MELEBELKAN SUSU MENGIKUT TARIKH DAN MASA SUSU DIPERAH. KEMUDIAN GUNAKAN SUSU YANG MULA DI PERAH TERLEBIH DAHULU.

P - jika ank anda di tinggalkn dirumah pengasuh atau taska.. pastikan nama ank anda ditulis dengan jelas untuk mengelakan tertukar susu ye... ni sngt penting.. takut2 kang x pasal2 korang ade ank susuan plk kng.. huhu

Q - Pack kan susu hanya cukup-cukup untuk sekali penyusuan sebotol.. ctn 2 - 3oz sahaja per botol.... kemian darapkn dengan brape kali agk2 ank anda akn mintak susu sehari.... cthnya.... jika ank d tinggalkn selama 8 jam....tinggakanlah 4 hungga 5 botol yang berisi 2-3oz susu setiap botol ye... ikut keperluan ank anda.

R - susu ibu yang telah dipanaskn perlu dihabiskan 1- 2 jam. kalu x habis.. jangan la sayang tuk buang ye.

S - Susu ibu dikatakan basi jika bebau dan rasa masam seperti santan basi.

T - panaskan susu dengan merendamkan nya dalam air yang bersuhu 40 dgree supaya nutrien nya tidak rosak.

U - susu yang di cairkan tidak boleh di bekukan semula.

V - Tinggal kn sedikit ruang di dalam plastik penyimpanan susu untuk memastikan susu dapat mengembang sewaktu di bekukan .


 

W - susu ibu perlulan di bekukan jika tidak di perlukan dalam tempoh 4 - 5 jam

X - pastikan korng guna ice pack yang cukup tuk sejuk kan susu ibu perahan di office.

Y- make sure susu yang dibekukan di dalam plastik bag tidak terjatuh atau terhentak kerana ditakuti akan menyebab kn plastik penyimpanan susu itu bocor.

Z - JIKA STOK SUSU IBU BEKU TELAH MELEBIHI JANGKA HAYAT, JANGAN SESEKALI BERASA SAYANG TUK MEMBUANYA .

Di harap pengkongsian ini sedikit sebanyak dapat  membantu anda ye... peringatan ni juga tuk diri saya sendiri.. Semoga Allah memudahkan urusan korang  semua ye... JOM BREASTFEED BABY KITA =)


Your Shaklee Distributor                                    

    Pn Lin Alin

SID     : 954892  
Tel       : 018-2890438 (wasp/wechat/telegram/sms/call)
Fb       : Lin Alin
Fb Page: cutecottonshop.com   

MAKANAN HARIAN WAJIB UNTUK MENAMBAHKAN SUSU IBU

Sebagai seorng ibu yang menyusu, penjagaan diet harian adalah sangat penting untuk menjaga kuantiti dan kualiti susu korang. Salah satu jalan yang terbaik adalah degan menjaga pemakanan di dalam tempoh penyususan ini. Insyaallah saya akan berkongsikan sedikit tips degan korang semua ye... =)

 

Selepas membuat sedikit research untuk diri sendiri.. saya ade satu conclusion mengenai beberapa jenis makanan yang patut di ambil oleh ibu2 menyusu. Saya rasa patut ibu2 menyusu yang lain juga tahu... nk tahu makanan ape yang saya maksudkan... jom truskan pembacaan ye.

1.Ikan Salmon
-ikan salmon ini terbukti mempunya lemak sihat yang di sebut DHA. sangat sesuai untuk pekembangan minda bayi korang ye.. kalu x de pn..boleh gantikan degan ikan keli dan haruan... murah pn murah kn...

 

2.Barli.
- barli dikatakan dapat meningkankan kuantiti susu ibu.

3.Produk Susu Rendah Lemak
-x kisah la korang suka yang mana, baik susu, keju or yogurt...Produk-produk ini mebekalkan protein, vitamin D dan Vitamin B kepada kita.. Selain itu..susu juga sumber kalsium kepada kita.

 

4.Kekacang
-Kacang-kacangan, terutama yang berwarna gelap seperti kacang hitam dan kacang merah, adalah makanan untuk ibu menyusui yang sangat bermanfaat. Bukan saja mereka kaya akan zat besi tapi juga kaya dengan protein berkualit... pengambilan tempe juga sngt bagus untuk diet ibu menyusu.

5.Telur
-Kuning telur adalah salah satu sumber vitamin D – nutrisi penting untuk menjaga tulang korang supaya kuat dan membantu tulang bayi korang tumbuh dengan baik. Selain itu telur adalah cara mudah untuk memenuhi keperluan protein harian kita. ( baru perasan masa dalam pantang patut la mama tiap-tiap pagi gorengkan saya telur mata untuk bersarapan - orng dulu berpantang x bagi kita makan telur takut gatal katanya.. tp saya ni pantang nampak makanan x kira la gatal ke x.. menyusu mmg selalu buat kita lapar sngt... alhmdulillah ok.. saya amalkan sehingga la sekarang.... saya da jd bahan uji kaji kiranya nih..al maklumla mak mertuaku adalah nurse pencen.... hehe ) ade sape2 brani nk try...weee

6.Sayuran hijau
-Sayuran hijau seperti bayam, kangkung ,brokoli serta kacang panjang sangat kaya dengan vitamin A, yang perlu untuk bayi korang. Sayuran juga merupakan sumber kalsium, vitamin C, zat besi, antioksidan dan rendah kalori.Saya ada dengar kubis boleh mengurangkan susu.. kalu kita mengalami bengkak susu pun kita gunakan kelopak kubis untuk mengurangkan bengkak.. yang ini saya xperna try makan lg.. takut juga saya kalau-kalau mengurangkan susu,, so saya memang pantang kubis smpai sekarang.

 

7.Air
- Dehidrasi akan menurunkan tahap tenaga seseorang secara drastic. Untuk meningkatkan tenaga korang pastikan korang minum air yang banyak ye...pastikan anda minum air masak 8 gelas sehari... kalu yang minum lebih lg bagus k..

8. Elakkan Minum Kafein
- kalu nk minum jugak minum la.. tapi kalu bayi yang menyusu susah tdo.. faham-faham sendiri la ye. =)

9.Makanan Sunnah
- yang ini yang saya amalkan... setiap hari saya akan pastikan saya ambil 3 biji kurma sebelum bersarapan..dan juga habatussaudah... mmg berkesan tuk saya... setiap kali lepas makan je kurma dan habatussaudah... dalam 30 minit melompat-lompat nk cari pump.. xtahan bengkak.. lebih baik kalu di ambil bersama susu kambing ye...

 

10.Makanan tambahan
- yang ini terpulang kepada korang nk try ke x.. kalu korang leh make sure diet korang betul2 lengkap degan nutrien yang badan ibu dan ank perlukan.. rasanya da x perlu vitamin.. tp saya mmg x leh nk make sure benda ni.. so saya consume set menyusu shaklee. tepulang ye sape nk try naturally boleh, nk amik suppliment lain pn boleh..... sape2 nk try milk booster shaklee boleh contact saya ye =)

                                            
                                                    JOM BREASTFEED BABY KITA

Your Shaklee Distributor                                    

    Pn Lin Alin

SID     : 954892  
Tel       : 018-2890438
Fb       : Lin Alin
Fb Page: cutecottonshop.com   


VIVIX AWSOME


Assalamualaikum.. Perkongsian pagi ini adalah mengenai satu lagi produk SHAKLEE yang terbaik untuk pesakit-pesakit kencing manis, pengidap diabetis, sakit lutut, darah tinggi, sakit pinggang, dan seangkatan dengan nya...Si kurus ramping kecil molek VIVIX ni juga sesuai untuk di jadiakan hadiah istimewa buat yang tersayang




 

Antara kebaikan- kebaikan VIVIX ini adalah:
1)menggalakkan penuaan yang sihat / antioksidan / menganjalkan kulit..
2)Membantu mengelakkan kanser
3)Mengurangkan risiko sakit jantung
4)Mengurangkan komplikasi kencing manis
5)Meningkatkan kesihatan arthristis & menyokong kesihatan sendi
6)Membantu mengurangkan risiko nyayuk
7) menggalakkan pengurangan berat badan
8)Meningkatkan sistem immune
9) menyokong kesihatan mata
10)menggalakan kesihatan keseluruhan

 



 testimonial pertama... kradit tu kak JIHA...
Beliau telah memberikan vivix ni kepada ibunya yang juga penginap kencing manis...alhmdulillah ibu beliau selesa degan VIVIX dan masalah mata ibunya beransur pulih selepas menggunakan produk ini. Alhmdulillah..
 
Tesyimonial ke 2 kesan positif  VIVIX yang mengalami darah tinggi, sakit lutut dan asma


 

Testimonial ke3 VIVIK mengenai mild strok

 

Testimonial ke 4, VIVIX... kesan positif kepada penghidap Diabetes. jom ikuti kisah beliau.








 

Dengan kuasa dan kehendak dari DIA... insyaallah.. kita hanya berusaha... kalu x berusaha kita tidak tahu keberkesanan VIVIX ni terhadap diri anda dan orng-orang yang anda sayang kn... bak kata orng.. x kenal maka x cinta.... jom la kita becinta degan VIVIX ni ye.... hadiakan la kepada insan-insan yang tersayang...
Jika berminat jom wasap saya ye tuk free consultation .


Your Shaklee Distributor                                    

    Pn Lin Alin

SID     : 954892  
Tel       : 018-9676986 / wasap 013-2787947
Fb       : Lin Alin
Fb Page: cutecottonshop.com