BAGAIMANA NAK MENGAJAR ANAK MINUM SUSU IBU BEKU (EBM) SEBELUM MULA BEKERJA

Assalamualaikum.

Sedikit penerangan ringkas dari saya ye hari ni.. Salah seorang sahabat saya (juga merupakan ibu baru) ada bertanya kan mengenai cara-cara nak mengajar baby minum susu EBM... almaklum la.. sejak dari lahir hingga lepas pantang baby x pernah hisap susu ibu yang beku-beku ni... 24jam ibu sentaisa ada d sisi.. Pantang bebunyi sikit... xperlu bancuh.. x perlu tungggu.. cuma perlu selak baju dan tetus ke mulut baby.... akhirnya... bluupppp... kenyang...Alhmdulillah...

Tp kalu di fikir-fikirkan jika bayi sudah terbiasa minum susu ibu direct (DF).. mcm mana nanti ibu-ibu nak mula bekerja... betul x? saya sendiri pun terpikir-pikir soalan yang sama.... ape perlu ibu-ibu buat?.. haaaa nak tahu.. jawapannya cuma 1.. ibu-ibu kena train anak-anak masing-masing minum susu ibu beku (EBM) dengan menggunakan botol...cuba dan trus mencuba ye... nasihat saya ibu-ibu jang cepat putus asa ye.. mula-mula memamg akan ada sesi drama ni.. tp da lama-lama insyaallah.. doa n tawakal ye para ibu.
di sini saya ada sediakan sedikit panduan untuk ibu-ibu melatih bayi masing-masing menggunakan EBM.. harap dapat memberi sedikit panduan ye..
 
Ambila masa lebih kurang dalam 2 minggu untuk melatih bayi anda ye... Masa ni juga ambil masa anda untuk membuat stok-stok EBM sebabyak mungkin sebagai bekalan anak-anak anda nanti... ok  katakan dalam sehari bayi anda menyusu 4x sehari dalam masa anda bekerja (office hour). Cuba ambil 1 dari 4 sesi ini untuk memberikan kepada anak anda susu EBM yang di panaskan pada hari pertama hingga hari ke3 percubaan....

kemudia.. jika anak anda semakin dapat menerima susu EBM tersebut.. cuba tambahkan sesi pemberian susu perahan lagi kepada 2 sesi... dan begitulah seterusnya sehingga bayi anda dapat menerima susu perahan (EBM) anda.. insyaalah pada hari ke14 pasti bayi anda sodah boleh menerima susu perahan dan juga perahan badan ye.. Selamat mencuba.....=)

**** kepada ibu-ibu yang bercadang untuk memgumpulkan stok EBM kepada bayi masing2... jom tnya saya bagaimana ..? insyaallah saya akan cuba membantu semampu saya ye.. jom borak2 degan saya.... ada boleh Pm Lin Alin di FB https://www.facebook.com/lin.alin.3154 atau sms/whatsapp/call alin di 013-2787947 ye... harap jangan segan-segan.. =)

CARA MENGGUNAKAN SUSU IBU BEKU (EBM)

Breastfeeding dan ibu berkejaya sekarang ni sudah tidak asing lagi.. Ramai ibu-ibu yang berjaya dalam kerjaya, masih lagi berjaya memberi susu ibu kepada anak-anak mereka. Susu-susu ini di pam, di perah, disimpan,  dan di bekalkan bersama anak-anak ke nursery atau ke rumah pengasuh. Saya adalah salah seorng ibu yang sangat-sangat mementingkan kesihatan anak dan sanggup megharungi susah senanag memperjuangkan Breastfeeding untuk 2 tahan.. insyaallah.. doakan saya ye untuk perjalanan yang masih panjang...

Entry kali ni saya nk ajar ibu-ibu cara-cara menggunakan susu perahan yang telah dibekukan... saya buat 6 step untuk memudahkan lagi penerangan saya ye :

Langkah 1: Keluarkan susu beku (EBM) dari Freezer ke bahagian Chiller.

Pada malam esoknya kita akan bekerja, trunkan EBM dalam jumlah yang hanya cukup-cukup untuk kegunaan bayi anda sahaja. Process pencairan susu beku (EBM) ini mengambil masa yang agak lama juga untuk dicairkan. Contohnya saya bekerja pada pukul 8pagi hingga 6petang... selepas balik keja pukul 6petang tu sesampai je saya kat rumah terus buka peti dan menurunkan EBM ke bahagian bawah peti iaitu chiller. Ibu-ibu kena ingat ye.. susu yang di cairkan hanya tahan dan perlu dihabiskan 24jam dari tempoh susu itu di trunkan ye. 

Langkah 2: Rendamkan susu tersebut di dalam takungan air sejuk atau lalukan EBM di bawah air mengalir

Jika keesokan harinya susu hanya cair hanya 60% - 70%... jangan panik... Rendamkan atau lalukan EBM tersebut di bawah air mengalir.. insyaallah cepat. Saya selalu buat begini kalau terbangun lewat dan susu masih lg belum cair sepenuhnya... mmg pantas.

**JANGAN SEKALI-KALI MEMANASKAN/MERENDAMKAN EBM TRUS ke dalam air panas / memanaskan EBM menggunak microwave kerana proces ini akan merosakkan  nutrien susu tersebut..

Langkah 3: Tuang susu yang telah cair ke dalam botol

Setelah EBM cair sepenuhnya, tuangkan susu ini ke dalam botol-botol storage untuk memudahkan pengasuh/ cikgu menggunakan susu ini.. Kaedah ini memudahkan pengasuhnya kerana masa nk gunakan susu-susu dari botol-botol ni , diorang hanya perlu pasangkan puting je kepada botol-botol tersebut. Pastikan botol-botol storage ini di nomborkan untuk memudahkan pengasuhnya melihat dengan cepat susu dari botol mana yang perlu digunakan dahulu... ada juga kawan-kawan saya meletakkan tarikh pada botol-botol tersebut.. Saya rasa cara menomborkan botol lagi memudah. Sya rasa anda pn sedia maklum kerenah anak masing-masing.. masa baby kita nangis.. mmg suma benda pn nk cepat-cepat je kn...xsempat dah nak belek-belek tarikh yang mana dahulu yang mana kemudia kn.. betul x?? 

boleh klik link ini untuk mendapatkan 'Panduan Membekalkan Susu Ibu ke Rumah Pengasuh' ye:

http://stayhealthywithgreenapple.blogspot.com/2013/06/panduan-menyediakan-bekalan-susu-ibu-ke.html 

 Langkah 4: Rendam dalam air panas / wamer 

 Selepas tu pengasuh / cikgunya hanya perlu rendamkan botol ini kedalam air panas/ panaskan mengunakan womer sahaja semasa anak kita memerlukan. Sebelum anda meninggalkan anak anda bersama susu-susu tersebut, Pastikan pengasuh telah paham cara-cara untuk menggunakan susu-susu ini. Bukannya apa. dr pengalaan saya penah sekali cikgu Sobirin memanas susunya dengan cara memasukkan air panas ke dalam susu (susu +air panas) sebelum di berikan kepada dia. Kaedah ini salah ye sebab baby bawah 6 bulan tidak digalak minum air masak.. hanya susu ibu exclusive sahaja... cara yang betulnya adalah dengan merendamkan botol bernombor td ke dalam cawan berisi air panas k..Anda kena pastikan pengasuh betul-betul paham ye 2 kaedah yang berbeza ni..Paling penting... jangan panaskan susu ibu dengn air yang sedang megelegak k..
a)teknikrendaman untuk menyah beku       b) teknik rendaman dalam air suam untuk  memanaskan

Langkah 5 :Check suhu

seperti biasa. Chek suhu susu sebelum diberikan kepada bayi.. susu yang dipanaskan seharusnya hanya memadai menyamai susu badan manusia sahaja.. anda kena ingat. susu yang terlalu panas hanya akan merosakkan protein susu tersebut ye.

Langkah 6 :Dah boleh bg terus kepada bayi anda 

Ok bila da ready suma... da boleh bagi kepada bayi .. hehe mudahkan.... so kenapa nak bg banyak alasan lagi untuk xnak breastfeeding bayi anda.... sedangkan zaman RASULULLAH S.A.W dulu pn... ibu-ibu mencari ibu susu kepada anak masing-masing . Bandingkan dengan zaman sekarang ni yang dah bnyak teknologi-teknologi yang memudahkan ibu-ibu untuk menyusukan anak-anak kita.. da x de alasan lg kn...Islam sendiri menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi.

Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud;

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."



JOM BREASTFEEDING BAYI KITA.... insyaallah saya doakan ibu-ibu di luar sana berjaya BF anak masing2 selema 2 thn ye... Doa kan saya juga. 


**** untuk pertanyaan atau perkogsian ilmu.. harap jangan segan untuk berkongsi k... untuk pertanya mengenai set menyusu shaklee juga boleh la call/sms/whatsapp saya Alin ye- 013-2787947.

PANDUAN MENYEDIAKAN BEKALAN SUSU IBU KE RUMAH PENGASUH / NURSERY

Assalamualaikum ibu-ibu muda.. sihat ke?

Entry kali ini khas kepada ibu-ibu baru yang masih tertanya-tanya cara untuk membekalkan susu ibu kepada bayi-bayi mereka sewaktu hendak memulakan tugas. Saya masih teringat-ringat lagi malam yang esoknya saya akan menghantar baby saya ke nursery. Tak lena tido dibuatnya.. hati ni tersangat a risaukan keadaan baby yang hanya seusia 40 hari dan akan akan dihantar ke nursery. Dijaga oleh cikgu-cikgu muda yang masih belum pun berkahwin. apatah lg mempunyai anak. Macam-macam persoalan di kepala saya...

'' Boleh ke cikgu-cikgu ni jaga anak aku?'',
''Nak ke Sobirin duduk dengan orang lain?'',
''Macam mana kalau dia menagis nanti, Boleh ke cikgu-cikgu tu tackel dia suruh diam?''
''Berapa banyak  susu nak di bekalkan kepada dia esok?''

macm2 soalan la berlegar-legar di kepala saya... tapi dalam bnyak-banyak soalan, ade 1 persoalan yang 'gedabak' belegar2 dikepala saya ni membuatkan saya temenung di depan peti ais....

Macam mana nk pack susu tuk Sobirin ni..? Terbagi lebih kang rugi pula.. Stok susu dalam freez (EBM) da la tak bnyak... kalau bagi terkurang plak.. belapar pulak dia nanti... hmmmm


Khas untuk ibu-ibu baru di luar sana saya harap entry saya kali ni dapat membantu ye... if ada pape nak tanya pun harap jangan la segan-segan untuk berkongsi masalah dan bertanya. insyaallah saya kan tolong yang termampu  .=)

Tp sebelum tu. saya harap ibu-ibu boleh bezakan antara fresh milk, EBM, dan stok susu ye. Kepada sesiapa yang belum tahu. Saya ade nyatakan maksudnya di bawah. 

*Fresh milk= susu yang di perah dan belum dibekukan. Disimpan didalam Chiller (bahagian dingin sahaja, bukan tempat beku)

*EBM = susu yang telah di masukkan dan di bekukan di dalam freez

*stok susu = susu yang telah di keluarkan dr freezer ke bahagian chiller (untuk mencairkan susu) 

Ok da kenal istilah kan.... katakan esok (31 Jun) kita nk gunakan susu ni ye...malam sebelum tu kita da kuarkan EBM ke bahagian chiller peti ais. Ini bertujuan untuk mencairkan susu. susu yang telah di keluarkan dari freezer ini kita namakan stok susu..stok susu ini perlu dihabiskan sebelum 24jam. so anda kena make sure yang stok susu ni habis diminum oleh bayi anda. Cane pulak nak make sure susu dihabiskan..? ok sape nak tahu sila sambung baca k.

TAHU JUMLAH SUSU YANG DIPERLUKAN

katakan bayi anda minum 3oz sekali sesi feeding... pack stok susu ke dalam botol storage hanya 3oz/botol. katakan bayi anda minum susu setiap 3 jam sekali dan last baby anda menyusu adalah pukul 8 pagi. Jadi untuk ibu yang bekerja 8jam (office hour) anda perlu sediakanlebih kurang 4 - 5 botol storage yang berisi stok susu 3oz.

EBM  first in first out

anda harus ingat sewaktu lepas pantang penghasilan susu kita sangat bnyak. Ini adalah waktu yang tepat untuk mengumpul EBM. Tp jangan la sampai tak begerak pulak ye EBM dalam freezer tu sebab susu di dalam frezer ni ada tarikh luputnya. Pastikan anda lablekan pada storage botol/bag ,tarikh-tarikah pemerahan susu tersebut. Guna susu bertarik yang paling awal diperah...Senang cerita.. yang mana masuk dulu , yang itu la harus keluar dulu ye..ini adalah  untuk mengelakkan pembaziran. Anda boleh pack susu seperti berikut.

katakan tadi anda memerlukan 4 botol storage yang dilablekan dengan nombor 1,2,3, & 4... yang setiap satunya berisi 3oz. (so total susu yang diperlukan untuk anak pada hari itu adalah 12oz ). So anda boleh mengisis susu dalam setiap botol seperti dibawah:

botol ber no1 = Stok susu 3oz (dr chiller selepas kesemua EBM cair)
botol ber no2 = fresh milk 3oz
botol ber  no3 = fresh milk 3oz
botol ber no4 = fresh milk 3 oz

*** jika botol ke empat tidak habis.. kita masih boleh menggunakan susu fresh ni untuk esok pula. 
***Susu fresh yang masih belum di bekukan boleh bertahan di dalam chiller selama 3-4 hari. 

 
Begini la seterusnya sehingga la bayi anda besar ye ibu-ibu.. Xde la susah sangat kan nak breastfeeding anak-anak kita kan walaupn si ibu bekerja, outstation, or nk tinggal bayi sekejap untuk urusan rasmi di kampung... Selamat mencuba...  

Bapak pn boleh bantu jaga bayi sambil breastfeed.hehe


OH YA , SAPE-SAPE YANG BERNIAT NAK TAMBAHKAN EBM... JOM TNYA SAYA K.


TIPS NAK TAMBAH SUSU


Anda penah x mengalami masalah penghasilan susu merudum..pening? risau takut susu x sukup untuk anak-anak.. hmmmm... memang mencabar betul jd seorang ibu  ni kan,,, bnyak benda nak kena pk.. Saya sendiri pn mengalami masalah yang sama. Ape nk buak kalu kita mengalami detik ni......??? RELEX.. jangan panik.... k.. jangan stress-stress.. nnt susu ibu makin bekurang...

Dalam entri hari ini saya akan kongsikan 5 tips untuk menambahkan kuantiti susu para ibu.... jom chekidauttttttt....

1.      Kerap menyusu
Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.

2.      Amalan tradisi
Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.
3.      Makanan herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.
4.      Minum air ikut keperluan
Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu,
 jus
5.      Posisi yang betul
Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.

Mudahkan untuk mencuba tip-tip ni.... selain itu anda boleh juga mengambil makanan-makanan tambahan untuk membantu menambahkan air susu (MILK BOOSTER) dan sumber-sumber vitamin yang penting untuk ibu dan anak. Sudah bnyak makanan tambahan yang saya cuba dan Alhamdulillah akhirnya ALFALFA dan Protein Soya ESP dari SHAKLEE yang sesuai dan memberikan hasil yang positif kepada saya dan ramai ibu-ibu2 di luar sana. Kalau anda x cuba anda xkan tahu kehebatan MILK BOOSTER SHAKLEE ni..Mana lagi nk cari set menyusu yang paling murah dan bekesan selain shaklee ni.....sesiapa yang berminat nk cuba.. jom halo-halo saya ye..=)