TIPS ATASI KULIT BERMINYAK DENGAN RM 0.50 SEHARI

Sebut pasal kulit berminyak ni kan... memang kita semua tidak terkecuali .... Sesiapa yang cakap kulit dia x pernah berminyak tu memang tidak logik la ye. Segala kekotorang di sekeliling kita sudah memadai untuk membuatkan kulit kita menghasilkan minyak, melekit dan juga kelihatan berkilat.

testimoni diri sendiri....sebelum ni saya memang ade masalah jerawat, parut jerawat, dan kulit muka berminyak. Sejak dari dulu lagi sya memang tidak suka mengamalkan kosmetik dan juga produk kecantikan lain. Simple , mudah, cepat.... haha moto diri sendiri la sangat kan. pissttt korang yang ikut cam g ni ye... Pic pemalas nak jaga muka.. bukan tak suka sebernya, cuba cakap perempuan mana yang tak suka bercantik-cantik.. semua suka kan. same with me... tp di sebabkan kadang-kadang bila nk pegang make up je anak tarik kain... so pada saya xpe la.. utamakan anak dulu la...

vitamin C terbaik
Picture selepas penggunaan 2 botol vitamin C shaklee

Pergi kenduri kawen abang sendiri tanpa make up

Haha kalu di kenangkan kembali, sepatut nya sebagai the only one anak perempuan dalam fmly tu, masa hari bahagia abang sendiri harus la bercantik-cantik kan sebab nak bergambar. tapi tebalik pula, waktu ni muka memang x sememeh habis lah... peluh di dahi sibuk menyiapkan bahan hantaran yang last minit buatnye pun. degan x cukup tidur nye lagi... degan vitamin C shaklee ni.. saya bertambah yakin untuk keluar rumah tanpa make up. bakan msa ni je. smpai sekarang pun saya memang sudah tidak menggunakan make up. paling-paling rasa seperti nak sapu bedak. kebas je la bedak talkum anak.. hehe.. pengambilan vitamin C secara berterusan berjaya menghilangkan parut jerawat yang ketara ....

jom saya belanja lah satu gambar sebelum dan selepas penggunaan vitamin C ni. Kalau dahulu jerawat dan parut jerawat kiri kanan... sekarang da lebih yakin untuk tampil kehadan tampa make up. Jimat kos. Duit tak banyak habis untuk beli make up bukan-bukan. Sekurang-kurangnya dengan harga serendah 50 sen sehari, saya boleh berjimat dan merasa selamat dengan produk semula jadi.

Natural Beauty
Sebelum dan selepas.. insyaallah selamanya anpa make up. 


GEGEBLOG DAY 6 : Atasi kulit berminyak dengan Sustained Release Vita C

PEMBONGKARAN RAHSIA KEKAL CERGAS SELEPAS SEHARIAN BEKERJA

Tajuk ni memang menarik untuk di kupas, saya sendiri seorng ibu yang berkerjaya, bejalan sana si sini demi untuk membantu ekonomi keluarga dan juga merupakan ibu yang menyusukan seorng anak lelaki yang tersangat la lasaknya. Seorang full time house wife yang menguruskan rumah  eisyhhhs ... orng cakap wanita ni kalu ye pun fokus untuk berjaya dalam kerja. tapi hal-hal rumah tangga tidak boleh juga nak di abaikan betul tak?. Selepas penat seharian berperang di tempat kerja. Balik je kerja terus singgah ke taska atau pun rumah pengasuh untuk ambil anak.

ESP sumber tenaga
Ninja Mak tidak akan pernah mengalah kerana keletihan.
Anak ..... setelah seharian di tasaka masa yang sikit ni la juga dia nak bermanja degan kita. Belum pun sempat letak bag-bag yang penuh di bahu, dalam kepala setiap ibu-ibu ni sudah terbayangkan.. ''hari ni nak masak ape ye? semaknya rumah.nk mulakan mengemas dari mana dahulu ni?'' lepas tu mula la pegang itu tak kena pegang ni nampak sana da di sepahkan balik oleh anak bertuah kita tu kan.. Keadaan ni sememangnya sudah menjadi rutin harian saya. 8-9 jam di office, 6-8 jam bekerja di rumah sebagai agen Shaklee. Keesokan paginya sebelum anak dan suami bangun.. dah bermula aktiviti kita masak memasak di dapur untuk siapkan bekalan sarapan suami dan anak nanti....

Penatkan.. ini x termasuk kalu anak demam dan merengek tanda badan tidak sihat, kadang-kadang waktu tidur cuma 3 jam je sehari. menjadi seorang wanita berkerjaya ,juga ibu kepada seorng bayi, dan juga full time amik task sebagai isteri menguruskan anak memang memerlukan tenaga yang secukupnya. Jom saya kongsikan tips-tips kekal sihat saya.

tips kekal sihat Ninja Mak saya :

# amalan memulakan aktiviti harian dengan sesudu madu asli- dikatakan dapat membantu memberikan tenaga sepanjang hari.

# ambil sarapan yang agak berat- biasanya sakan akan pastikan sarapan saya lengkap degan sumebr tenaga seperti nasi, roti, dan juga mee.. Makanan ini sangat di perlukan oleh badan kerana pada waktu pagi ni, penggunaan tenaga untuk melakukan kerja-kerja analisis di dalam makmal sangat-sangat di perlukan.

# ambil supplement protein tambahan - untuk saya.. of course saya pilih Energy soy Protein (ESP) Shaklee. Sekadar berkongsi ape yang saya rasa sepanjang pengambilan ESP ni.. biasanya selepas balik dr kerja memang saya da habis energy. Orang kata bagai mengntuk di sorong bantal. Dapat 'landing atas lantai walaupun tiada bantal, merupakan satu nikmat yang tidak terhingga. terlalu penat. Tetapi bila teringatkan yang saya ade satu lagi perut kecil yang tengah membesar. tepaksa lah ku gagahi jua tulang 4 kerat ni untuk bangun mengetuk kuali dan periuk. untuk kekal cergas. saya pilih untuk minum ESP sebagai sumber tenaga sbooster saya. Pernah juga sebelum ni try tidak ambil selama beberapa hari... feuuhhhh penat teramat sangat.. eisyh... eisyh.. eisyh...... sebab ni la saya telah terjatuh cinta degan kebaikan ESP ni.
ESP dulu jom ...

# time management diri kena betul - jika korang ade jadual aktiviti korang insyaallah penat yang korang rasa juga boleh dikurangkan. Maksudnya disini, make sure korang pandai membahagikan masa untuk berkerja, membuat kerja rumah , dan habiskan masa berkualiti dengan anak dan suami. Jangan bertangguh kerja .. tanguh kerja bermaksud korang menempah hidup yang lebih memenatkan.

# Amalkam minum susu bercampur halia sebelum tidur - insyaallah berhasil.. saya da cuba amalkan minun susu suam bersama halia selama 3 minggu. Alhamdulillah sebaik je bangun pagi terus ke toilet untuk membuang semua toxin dalam badan. Kajian menunjukakan apabila usus kita sihat dan toxin semua sudah keluar dari badan. Badan kita akan rasa segar dan kekal sihat bertenaga. Kalau korang tidak percaya silakan cuba sendiri ye.. insyaallah...

susu sumber tenaga
rahsia kekal bertenaga teknik Ninja saya.. amalkan minum susu bersama halia sebelum tidur

GEGEBLOG DAY 7 : atasi keletihan bersama ESP

ATASI MEROYAN SECARA NATURAL

Penyakit meroyan atau juga dikenali sebagai kemurungan, biasanya lebih mudah mengginggapi wanita yang dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak. Di dalam ilmu perbidanan pula, penyakit meroyan dikatakan serius kerana sekali terkena berkemungkinan untuk berlarutan seumur hidup sekiranya di biarkan tanpa rawatan. Salah satu punca penyakit meroyan ini ialah darah bantal yang tidak keluar degan sempurna atau teratur, yang seterusnya boleh menjadi darah beracun. Darah Beracun ini akan menyerang saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita. 

Jenis-jenis meroyan

Sempat juga saya membelek-belek beberapa buku rawatan tradisional dan juga menyelak-nyelek info di google. Ringkasan dari kefaham saya terdapat beberapa jenis penyakit meroyan yang selalu menyerang kita. antaranya adalah:

I) Gila meroyan - keadaan angin serta darah kotor yang terkumpul dalam badan selepas berpantang. Ia boleh menyebabkan punca sakit kepala, sakit urat, dan boleh membawa kepada penyakit angin meroyan jika tidak dikawal. Keadaan ini berkemungkinan berpunca daripada pengeluaran darah kotor dari badan secara tidak sempurna. 

2) Meroyan Api - keadaan emosi ibu yang tidak stabil menebabkan si ibu yang kesakitan, keresahan, kebingungan menjadi garang, bengis dan juga boleh bertindak di luar jangkaan keatas bayi sendiri. 

3) Meroyan Urat - Ibu mengalami ketegangan urat saraf hingga kadang kala boleh menyebabkan kekejangan anggota badan secara tiba-tiba.

4) Meroyan Lendir - si ibu sentiasa kelihatan pucat, lesu dan mata pudar. juga menyebabkan keguguran rambut dan susut berat badan.

5) Meroyan Tinggal - si ibu akan bercakap atau membebel seorang diri. Sering bertindak di luar jangkaan seperti ketawa mengilai, cuba melarikan diri dari rumah dan memukul anak. 

6) Meroyan Bulu - ibu sentiasa merasa seram sejuk, mengigil dan menggeletar sehingga boleh menyebabkan kancing gigi

7) Meroyan Kulit - mereka akan sentiasa tergaru-garu kerana mengalami kegatalan pada kulit .

Rawatan penyakit meroyan

Meroyan , penyakit angin, dan juga ketegangan urat boleh di kawal secara natural. Bagi rawatan tradisional, penggunaan herba juga dikatakan dpat membantu mengurangkan masalah ini, Misalnya, dari pengalaman saya selepas melahirkan Sobirin 2 tahun lepas. Bidan yang mengurut saya menggunakan campuran beberapa jenis rempah untuk mengelakkan diri dari terkena penyakit meroyan. Sempat juga la saya bertanyakan itu da ini semasa bertungku. Antara herba yang digunakan adalah herba cekur, halia, kunyit dan lada hitam dikatakan bagun suntuk membuang angin dan berfungsi sebagai antioksidan serta antibengkak. 

rawatan meroyan
kepelbagaian herba untuk atasi masalah angin dan bengkak urat selepas besalin

Kalau dahu orng menggunakan semua bahan-bahan asli dengan kaedah tersendiri, sekarang kita semua juga boleh menjaga kesihatan dengan natural tampa melibatkan ubat-ubatan dan bahan kimia. Kini terdapat rumusan-rumusan bahan sumber alam ini dalam bentuk pil dan capsul. Terpulang kepada individu tersebut. Pengalaman saya masa berpantang sebelum ni semua saya ambil yang jenis pil je. saya jenis yang tidak boleh trima rasa pahit.. eeee x sanggup.. hehe..

Cara mudah untuk mengatasi masalah angin, kekejangan urat serta stress adalah dengan mengambil B-complex. kandungan vitamin BI, B2, B3, B6 dan BI2 baik untuk mengurangkan stress dan juga sakit kepala serta migrin. Sekrang baru saya faham kenapa setiap kali saya ke klinik mintak ubat migrin, doktor mestikan memberikan sekali vitamin B. Tujuannya adalah untuk mengurangkan begkak urat akibat angin, sakit urat bahu dan juga antistress. Pendek kata, B complex ni pun memang terbaik la untuk atasi masalah angin, stress, bengkak urat dan juga meroyan ketika di dalam pantang. Kalu dulu ubat migrin ni sentiasa menjadi peneman saya, sekarang alhamdulillah no more ubat dah sekarang sejak mengamalkan B complex ni setiap pagi. hidup jadi lebih sihat dengan hanya degan yang natural. =)

B complex
Peneman dahulu Vs Peneman sekarang



GEGEBLOG DAY 5 -Masalah urat lega dengan B-complex 

TIPS PILIH OMEGA-3 DI PASARAN

Omega-3 bukan la sesuatu benda asing didalam diri kita. Badan kita memerlukan asid lemak Omega-3 degan secukupnya untuk memastikan kelangsungan hidup yang sihat. Dari pembacaan saya, Omega-3 ini kaya dengan DHA (docosahexaenoic acid) dan EPA (eicosapentaenoic acid). Kedua-dua unsur  ini sangat diperlukan untuk mencegah penyakit jantung, penyakit alzheimer, dan depresi. Selain itu, sebuah penelitian juga mengungkap bahwa omega-3 berkaitan dengan usia panjang.

Dalam kebanyakan makanan yang terdapat di dunia ini, majoriti jika diajukan soalan asal usul sumber omega-3 terbaik .... rata-rata kita membayangkan ikan betul x?.. hehe saya pun sama, asal sebut omega je dalam kepala msti membayangkan ikan. Yes, memang betul.. ikan merupakan sumber tertinggi asid lemak omega-3. Bagi yang tidak suka makan ikan, jangan risau, hari ni saya akan berkongsikan mengenai sumber makanan lain yang mempunyai omega selain dr ikan salmon, ikan keli, ikan haruan dan pelbagai jenis-jenis ikan lain lagi. Walau bagaimanapun dikatakan Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan.

minyak ikan terbaik
Ikan Salmon merupakan sumber omega-3 yang tidak asing lagi.

Makanan sumber alam yang kaya degan Omega-3

I)Daging sapi yang hanya makan rumput
2) Biji flax
3)Telur ayam
4) kacang walnut
makanan yang kaya dengan minyak ikan
Makanan dari sumber alam yang kaya dengan Omega-3

Manfaat utama Omega-3

i) Disebabkan kehadiran omega-3 sering berkait rapat degan DHA dan EPA, antara kebaikan Omega-3 yang paling ketara adalah membantu mencegah penyakit darah yang berkaitan degan saluran darah tersumbat dan juga strok. Ia juga dapat membantu merendahkan paras kolestrol, dan menghindari pembekuan darah didalam salur darah, Mengawal masalah obesiti, serta membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

2) DHA adalah nutrien utama yang diperlukan didalam proses perkembangan otak janin semasa dalam kandungan. Ia memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine.

3) Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru

4) kajian menunjukkan yang Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif

5) Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) - Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.

6) Mencegah Imsomnia dan membantu mengurangkan tekanan - EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety). neurasthenia, insomnia, autism, kanak2 hiperaktif dan penyakit schizophrenia.

Tips memilih suppliment omega 3 di pasaran

i) semak dose - suppliment omega 3 yang terbaik harus mempunyai I000mg DHA dan EPA. Kombinasi 2 zat ini menandakan tahap kualiti makanan tambahan tersebut.kedua zat ini mampu untuk menurunkan paras kolestrol dalam darah

2) omega untuk ibu menyusu - pilih suppliment omega 3 yang tinggi kandungan DHA nya.. kerana minyak ikan ini dikatakan mampu merangsang perkembangan minda bayi korang.DHA juga bagus untuk meredakan kemurungandan sebarang gangguan emosi atau stress

3) pastikan suppliment ini menjalani ujian penyulingan moleku. ujian ini memastikan toksindan bahan cemar seperti merkuri, plumbum dan lain-lain PCB dipisahkan dari minyak ikan ini.

4) pilih minyak ikan omega yang diperbuat daripada ikan yang tinggi asid lemak omega 3 secara semulajadi. Setiap ikan tidak mempunyai jumlah omega yang sama. Sebagai contoh ikan Tuna dikatakan kaya dengan omega. Sebaiknya pilihlah ikan yang terdapat di perairan sajuk dan  laut dalam.

omega terbaik dari sumber ikan laut dalam
minyak ikan laut dalam
omega guard
Omega Guard Shaklee adalah pilihan terbaik untuk kesihatan terbaik anda